Friday, November 28, 2008

TAg dari MIIM

Dapat homework dari kawan alam maya yang jauh nun kat tempat orang..excited tul nak jawab tag nih!

1) Do you think you're hot?
Errr...hot ker, tak hot ker...kena tanya en.middy la...wakakakaka...

2) upload ur favourite picture of u.




3)Why do you like that picture?
Apa yang lebih membahagiakan hati seorang ibu, kalau bukan anak-anaknya...?

4)When was the last time you ate pizza?
Ishk tak ingatlaa...sebelum puasa hari tu..kalau tak salah..makan kat pizza hut jusco equine

5)The last song you listened to?
Bubbly la...colbie calliat

6)What are you doing right now besides this?
Tadi tengah buat surat...seperti biasa tangan akukan suka merayau g klik kat blog kengkawan...hah tak pasal-pasal kan dah kena tag...Tapi tak perr...sekurang-kurang nya aku tau...aku ada kawannnn...Thanks MIIM...

7)What name would you prefer besides yours?
HAnIDA, HamiSya, IdaHam.....
Nama aku dan hubby yang aku dah kongsikan kepada anak-anak...sebagai tanda kasih, dan ingatan bahawa kami sentiasa bersama mereka walau dimana sahaja...

utk meneruskan ikatan kita di alam maya hini aku panjangkan award nie kepada:-

1) sub
2) minna minna
3) zulie
4) myazara
5) kak ann

8)Who is number 1?

Kawan masa di Vokay dulu...bila teringat dia banyak benda yang boleh buat aku ketawa...wakakaka...

9)Number 3 is having a relationship with?
My ex ketua kelas...hihihi!

10)Say something about number 5?
Seriously, masa kat sekolah dulu aku tengok kak an ni tak macam budak tingkatan lima...a.k.a nampak lebih matang la gitu...orangnya pun lembut jerr tambah dengan rambutnya yang panjang tuu...tul2 gadis melayu lah!

11)How about number 4?
Kalau lumba lari dengan kura-kura...mesti kura-kura menang tau! Inilah kawan aku yang paling lemah lembut pernah aku jumpa...

12)Who is number 2?
Maya...dia pun kena tag ni juga...



Untuk nama2 kt atas nie, jangan buat2 tak paham bahasa plak yerr....aku pulak nak tag korang!..

Dating

mama : Dating malam ni nak tak? Papa pilih nak mkn kat ner. Mama belanja.

papa : Dah gaji la tu. Kete x siap arini

mama : A'ah mama dah gaji hari selasa lg. Kete tak siap, tak kan papa tak blk kot? kita kuar naik gajah la. Nak tak?

papa : Ok saje

mama : Set! Tp ingat...papa yang pilih tempat ok! Jumpa nanti. Love u yang...

papa : Luv u too

Sesekali ajak hubby dating apa salahnya...

On the way balik rumah,en.middy call cakap dia lapar,maklumlah hujan-hujan ni perut tu macam dah terbiasa jerr asyik minta diisi... nak buat makanan en.middy tak pandai...so aku cakap, "tak perlah..kalau mama nampak ada orang jual kuih, nanti mama belilah..kalau tak ada nanti mama buat makanan.." en.middy kul 5.30 dah sampai rumah. Kawannya yang hantar. Hari ni ngan besok patah kaki la laki aku ni, pasal kereta aku hantar g repair, so aku gi keje naik gajah en.middy..kereta hari ni siap la kot..

So semalam sebelum sampai rumah singgah jap kat kedai runcit beli udang, ngan kucai planning nak buat cucur udang...dah masuk dalam kete,pastu terpikir pulak, jap lagi nak dating..kang terkenyang la pulak..beli la roti ngan planta.Roti bakar tak kenyang sangat kut?..(dalam hati)kuar balik, masuk kedai cari roti ngan planta pulak.
Sampai rumah dekat kul 7.30 petang hujan kan main lebat lagi..

Masuk jer rumah ,tengok en.middy tengah layan cerita lama. Tengah busan la tuu..

"papa nak makan cucur udang kerr roti bakar?"
"hujan-hujan ni, cucur udang la.."

Ok la bos dah cakap cucur udang, so cucur udang lah yang harus aku buat...
( kali ni tak ambik gambar...lupa laa..)

Seperti yang dijangka...kami kekenyangan...Alhamdulillah..
Lepas makan, rehat jap..buat apa yang patut...

Layan en.middy main game jepun yang aku tunjuk dlm n3 hari tu...tup-tup tengok jam dah kul 11.00 pm..

Terus en.middy suruh aku siap..JOM!



Tengah tunggu en.middy siap..seperti biasa lah..ambik gambar dulu..

En. middy bawak aku makan kat restoran SOHO SEAFOOD kat Bangi...

Makanan yang kami order...

Alhamdulillah sekali lagi....kenyang. Masakan yang aku order ni sedap..cuma en.middy cakap mahal sikit kot...entahla..aku rasa ok jerr harganya..( semuanya 31.50...mahal ker?)

Kalaupun mahal..takperlah...sekali sekala...apa la sangat.....

MEE GORENG PEDAS...

Rabu malam Khamis yang lepas, ingatkan tak nak makan malam..malas nak masak sebab tau en.middy nak keluar jumpa kawan...

Duduk nengok tv sunyi jer rasa...rindu pulak dengan anak2. Tak sabar nak ambik diaorang sabtu ni...Tu lah..bila dekat rasa serabut, bila jauh tak keruan pulak dibuatnya.

Hantar anak ke kampung bukannya apa..minggu lepas haddy ada checkup rutin untuk bulan ke 6. So nak bagi mak bawak haddy sorang hana tak bagi...kalau hana n haddy ikut nenek, tak kan nak tinggal hanny sorang...lagipun hanny dah tentu-tentu nak ikut...takkan dia nak tinggal. Kesian pulak ngan dia..mesti boring tak ada kawan nak gaduh..

Budak-budak ni pun ...bila ada, asyik bercekau jerr..tapi bila salah sorang tak ada sibuk menanya..."ma, akak ner?", "mama hany mana?"

Lagi satu, kesian kat mak, lepas dah tak kerja, dia duduk rumah sorang-sorang..bosan agaknya...so bila ada budak-budak terisi lah jugak hari-harinya...anak-anak aku paling rapat dengan dia..dah tentu-tentu sejak lahir mak yang membelanya masa aku dalam pantang..mak aku pun kuat lagi...setakat nak dokong budak-budak tu tak ada hal lagi lah..

Selalunya moment paling sedih bila aku nak balik rumah lepas dah habis pantang, mak mesti merayu minta budak-budak tinggal lama sikit dengan dia. Dia kata nanti dia tak tau nak buat apa kat rumah..tapi aku tak leh nak layan sangat...lagi lama, lagi susah nak lepas...tapi aku pun tak nak kejam sangat..takkan aku nak putuskan terus perasaan tu..so aku janji, aku akan selalu bawak budak balik kampung...

Aku kalau offer mak tolong jagakan anak-anak aku...dah tentu dia senyum sampai telinga nyerr...tapi aku tak nak lah..cukuplah mak dah penat jaga aku, takkan dah tua-tua ni nak jaga cucu pulak? Sekali sekala boleh laa...aku pun nak jadi ibu yang baik juga...

Eh!eh!..aku rasa, aku macam nak cerita pasal mee goreng pedas tadi, napa masuk bab anak ngan mak pulak ni?

Sambung balik...cerita MEE GORENG PEDAS..

Di malam yang dingin itu, yang kedengaran hanya lah rintik hujan membasahi bumi. Aku yang dilanda keboringan akibat nengok cerita yang tah apa benda tu, tetiba terasa lapar lah pulak...

"Apa nak makan ni ek?" Dalam peti cuma ada biskut lemak dan mee kuning. Mula lah..."biskut ker mee, mee ker biskut?"

"Argh..goreng mee lah!..."


Terus jer , pecahkan bawang putih ngan cili api, potong sayur...keluarkan meat ball dari fridge
Panaskan minyak, tumis semuanya...taruk air, masukkan garam, gula sikit, kicap, sos cili dan tomato pastu masukkan mee...seng..song..seng..song..seng..



TADAAA!!!!...ini lah dia mee goreng pedas aku! Siap sudah..

Thursday, November 27, 2008

Tag Sub yang ngengada...


Sub, apa yang tertulis di bawah ini adalah yang benar semuanya..termasuklah perkara E fasal 1,2 dan 3 tu....walaupun ianya belum terjadi...semua kesengallan semasa menjawab tag ini tidak ada kena mengena ngan sesiapa pun...kecuali diri aku sendiri...


A. Sebutkan 3 tabiat buruk kat kedai makan


1. Aku suka sangat gaduh ngan tokey kedai yang suka sangat lambat hantar order...bila terasa lama nau nunggunya mula la aku buat muka..suka perli2...( siaplah pelayan2 kat kedai tu...mesti panas telinga) Kalau ngan laki aku, silap-silap kami gi jer cari kedai lain. Bior tokey kedai tu yang makan aku nyer order...

2. Suka bersila atas kerusi... ( kekadang restoran tu sejuk sangat..)

3. Biasanya makanan yang orang lain order akan nampak lebih sedap dari yang aku nyerr...so automatik terkena penyakit si sub . Mula lah sudu dan garfu merayap melebihi sempadan...kalau ngan en.middy, silap-silap terus tukar pinggan....

B. 3 perkara dibuat sebelum tido

1. 1 jam sebelum tido, sembur febreez atas tilam dan seangkatan dengannya...sambil penuhkan bilik ngan aircond.
2. cuci muker, gosok gigi dan paki krim malam
3. check keperluan untuk membuat susu dan menukar pempers malam nanti
4. kunci jam...kul 6.15 dan ekstra kok terlajak kul 6.45 pagi..( eh!eh! 4 lapulak...)

C. 3 perkara dibuat lepas bangun tido

1. off alarm dulu...tak bukak pun mata lagi...main raba jerr
2. bangun buat susu anak..supaya bila aku tinggalkan untuk mandi, dia tak nangis..
3. siap-siap nak g kerjalah...
(kehkehkeh.....cam skema jerr jawapan aku ni..)

D. apa yang sedang anda fikirkan sekarang ni

1. bos aku hantar sms mintak follow up bhgn ukur bahan pasal VO. Malasnyer aku nak call..
2. bila nak kul 5.30 ni..nak balik..kat luar tu punyalah gelap nak hujan..confirm jem tahap babun jap lagi..
3. kat manalah en.middy pilih tempat nak dating malam ni...

E. Plan biler dah pencen nanti A.K.A dah tuo nanti

1. menguruskan satu perniagaan milik sendiri
2. round the world ngan en.middy....yang penting g buat haji dulu
3. nak selalu habiskan masa bersama keluarga walaupun mungkin ketika itu ada perniagaan yang harus diberi perhatian...( ceeewahhh!! macam real siuttt...)

Wednesday, November 26, 2008

SNOW WHITE LA SANGAT....

Dapat benda alah ni masa meronda-ronda kat blog si Sub...


You Are Snow White!
Image hosted by Photobucket.com

Pure and trusting. You are a gentle soul who can get along with just about anyone. Everyone you meet instantly falls in love with you. How can they resist? You have a pure, lovable nature that's irresistable. Just don't trust everyone who comes across your path.


Which Disney Princess Are You?

Terima kasih MIIM..

Thanks miim, akhirnya dapat jugak buat playlist setelah diberi bantuan semaksima mungkin...walaupun lagu yang saya pilih tu punya lah lembab nak berbunyi tapi sekurang-kurangnya dia dah ada kat tepi tu...



Untuk kengkawan yang nak letak lagu kat dalam blog tu...aku panjangkan cara-caranya yang MIIM ajarkan....

----------------------------------------------------------------------------------
dh ada account kt imeem kan,
so login,
click kt create,nnti akan keluar create music playlist,scroll down, click kt button 'new'-bg la apa2 nama kt playlist tu,

kt sblh kiri, bwh button search ada nama u kan, click kt anak panah tepi tu,nnti keluar nama playlist yg u baru create,click button search utk search lagu,dlm search box tue type la nama artis or nama lagu, nnti akan keluar list, then u pilih lagu mana nak. drag ke playlist yg u dh create td,then, click kt playlist tue balik. siap part1.then...

kt dashboard atas skli tue ada 'hello' pastu sblh tu nama u kan, click kt situ. scroll down cr MUSIC PLAYLIST, click kt playlist yg u create td. ok, skrg playlist yg u create tu akan keluar.

Kt bawah playlist tue, click kt box auto play,then click kt 'feature'. Copy code dr kotak 'embed' tue.

Bukak blog, pegi kt layout, click kt edit gadget, pilih HTML, then paste code td,save.

Cuba yer, harap2 kali nie menjadik. Kalo x jadik jgk nnti bgtau.

Tuesday, November 25, 2008

Playlist

sign up dulu kt imeem.com, pastu cr lagu yg nak dimasukkan dlm playlist, pastu create playlist. bila dh buat playlist, click kt box auto play, then featured kan playlist tue. Pastu copy code nya. pegi kt blog, click layout, then edit gadget, pastu pilih html, then paste code kt situ. Cuba dulu ye, kalo x bleh bgtau balik. hrp membantu.


Hahahah...miim reply juga msg yang aku hantar tu...

So, balik kerja ni tak ada apa nak buat, akan ku try masukkan playlist tu dalam blog nih..nengok jadi ker tak jadi...

Mengapa wanita sangat istimewa?

Tengah kemas-kemas meja nak balik, tetiba rasa nak check email kat microsoft Outlook aku pulak...Dalam banyak email yang aku bukak, ada satu email datangnya dari Pn.Suzana yang betul-betul menyentuh hati
...kalau betul ada orang yang mengalami keadaan macam ni, maka aku insaf bahawa aku bukan sendirian mengalami perkara yang semacam itu...So untuk kawan-kawan seangkatan...berbanggalah dan bersyukurlah dengan kelebihan yang Allah berikan untuk kita.
Kekuatan sebagai seorang wanita,isteri dan ibu...

Selamat menghayati...

Alkisah...

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check nestum/susu untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...
ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak.selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kenabeli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa.."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....
"..yelah nak tido la ni.nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..
dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la..nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...
papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya.??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana
memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai isteri.

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailahmereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Gambar dan cerita..

Tengoklah tuu...



Hanny ni dia pemalu sebenarnya...sebab tu susah tul nak dapat gambar dia yang berposing-posing macam kakak dia. Dia lebih suka orang merakamkan kenakalan nyerr...dann sememangnyer gambar macam ni la yang buat aku tersenyum sendiri....



----------------------------------------------------------------------------------

Papa n mama...

Tengah tunggu en.middy balik dari jumpa kawan. Aku dah lama siap. Dia janji nak bawa aku g makan mee goreng pedas...tapi tak balik2 lagi. Bila SMS baru nak balik...tapi yang bestnya..tengah2 boring tahap gaban tu, sempat lagi ambik gambar sendiri...

Lepas makan mee goreng pedas, aku teringin nak nak makan sate lah pulak...demi isteri tersayang ( sayang kerrr??? ) en.middy g cari gerai sate..order 20 cucuk jerr tapi menunggu tak hengat..apa tak nyerr...orang order baru la nak pecahkan arang...baru nak hidupkan api, baru nak kipas...semuanya baru nak buat..aku takut satu jerr...takut en.middy jadi panglima jer kejap lagi...

So untuk mengurangkan kebosanan dan meredakan kepanasan hati en.middy, maka mula la aku buat lawak dalam kereta ni...paksa dia ambik gambar...


----------------------------------------------------------------------------------

Biskut pertama Haddy


Mula-mula mesti lah rasa dulu....pastu gigit ngan gusi....

Gigit2 tak putus

Teruk biskut tu kena belasah ngan Haddy...tapi memang keras gila..aku yang ada 36 batang gigi ni pun siksa nak makan. Tapi untuk melatih gusi, biskut ni memang la bagus..

Mengamuk juga akhirnya...gigit-gigit tapi tak dapat isinya...last-last bagi biskut marry jer lah...

----------------------------------------------------------------------------------
Cuba teka Haddy tengah buat apa tu?

Gambar sebelum...

Gambar sedang...

Gambar selepas

Wakakakakkakaka.........................

----------------------------------------------------------------------------------
Makan aiskrim...

Sekali sekala belanja anak-anak makan ais krim...tak boleh selalu..nanti batuk n selsema.

Suruh beli yang magkuk tak mau, tengok dah comot...

Ergh...ergh..egrh...dapnyerr.....

Sehingga menjilat jari....

Tadaa...ma, kakak nyerr dah habis...

Ngeh..ngeh..ngeh...siapa suruh makan lambat? Meh sini hana tolong habiskan....( nasib baiklah hanny tengah mood baik, kalau tak, mau dibalingnya ais krim tu...kang aku jugak yang susah..mana aku nak cari aiskrim tu? Yang jual dah balik)

----------------------------------------------------------------------------------

TANGGA..


Peace...ha ko tengok sub, nakal tak nakal budak perempuan. Kalau dah namanya budak tu...tak kiralah pempuan ker lelaki samajerr..


Tak bagi ikut depan, dia naik ikut tepi..kreatif kan? Siap posing maut lagi si Hana nih!
Yang si Hany pulak tengah sibuk nak lepas diri...

Macam tak berguna langsung pagar yang en.middy pasang tuu kan?...

TAG dari MAYA

Biasalaa..tengah ada masa ni, buat la tag Maya kecit dulu...

A - Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia.

MAYA ni....

1. Pernah duduk satu dorm ngan aku.

2. Pernah ada secret admire yang sama ngan aku. Tapi maya tak tau kot...( So, SUB...simpan rahsia sampai mati key!)

3. Baik hati

4. Penyedih orangnya ( mudah menangis )

5. Tapi tetap Happy go lucky

6. Bakal muda sentiasa sebab maya ni kecit jer orangnya...

7. Prihatin ngan kengkawan

8. Aku ada simpan lagi gambar dia ngan pakwe dia masa kat sekolah dulu

9. Paling kecit diantara kami. Kami panggil dia Maya Kecik sebab dulu kat hostel ada sorang lagi Maya. Tapi Maya tu kami panggil Maya Besar.( mesti korang terbayang muka maya besar tukan? Kwang..kwang..kwang...Sub! jangan ketawa key! )

10. Paling tak leh lupa, masa kat asrama maya ni lemah semangat...so senang sangat kena kacau. Sekarang dah ada hero, mesti tak kena kacau lagikan?

( P/S : Maya sorry key kalau ada yang tak berkenan kat hati...ikhlas ni )

B - Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. about yourself

1. Berusia 28 tahun, ketinggian 159cm, berat 72 kg, berkahwin dengan lelaki bernama Hamiddy bin Muhamad pada 24.04.04, setakat ini dikurniakan 3 orang cahaya mata 2 puteri dan seorang putera.

2. Seorang yang panas baran dan aku lah mama yang paling tak sporting...tapi aku juga senang sejuk dan mudah sangat nak ketawa. Dan yang sebenarnya aku juga senang sangat nak menangis.

3. En. Middy kata aku cantik anak2 pun cakap aku cantik ( tapi masa aku siap-siap nak gi jalan laa...dua puteries aku tu memang kuat bodek)

4. Sejahat-jahat manusia, mesti ada sedikit kebaikan...sebaik-baik manusia pun pasti terkhilaf juga

5. Sangat sayang keluarga dan kawan-kawan

6. Balik kerja terus tuju dapur masak n kemas rumah. No lepak2. Sebab tu anak aku kurang kasih sayang..hehehee

7. Suka masak

8. Suka makan

9. Ada hati nak kurus

10. Last sekali benda yang aku paling tak suka tentang diri aku ialah...aku tak boleh pegang duit atau tau dalam bank ada duit...tetiba jer ada benda nak dibelinya...
BILA LAH NAK KAYA...BOLEH BUKA SHOPPING COMPLEX..BUAT RUMAH SEKALI DALAM TU..

TAG ni habis sampai disini ajerr...tidak dipanjangkan kepada sesiapa pun.

Tahniah buat Hana

Tahniah, buat Hana seorang kawan lama yang aku baru berjaya contact balik hari tu.

Rezekinya murah...dapat balik Perak untukbersama suami tersayang ditambah lagi dengan kehadiran orang baru...dia dah mengandung 3 bulan..

Ok laa..buat Hana,

MySpace layout: CoolSpaceTricks.com
Tahniah ok!

Semoga gembira disamping suami tersayang, semoga lebih disayangi dan bersyukurlah banyak-banyak dikala orang baru mula hadir, hana dah dapat tukar ke Perak. Lega rasanya tengok kawan tak mengandung sorang-sorang di tempat orang..

Walaupun kita tak sempat jumpa, idut doakan hana gembira di sekolah baru. Jaga diri baik-baik, jaga baby baik-baik, makan makanan yang berkhasiat, dan mesti happy-happy selalu. Idut tau hana tak berapa gembira bertukar ke sekolah cina, tapi demi tanggungjawab dan kesihatan baby, hana jangan tension-tension tau! Nanti kena darah tinggi pulak..

Ok hana semoga berjaya dan selamat datang ke dunia baru!
MySpace glitters: CoolSpaceTricks.com

Monday, November 24, 2008

Makan-makan sehari

Orang g pasar pagi2. Aku pergi pasar dah tengah hari..Rumah aku pasarnya Pasar Borong Selangor. Disebabkan nama dia pasar borong, jadi tak ada hal lah nak g pukul berapa pun. Sebab dia sentiasa bukak. Walaupun malam.
Sampai jer kat pasar borong tu, aku terus tuju gerai makan yang ada kat tepi tu. Beli sarapan. Ingatkan nak beli yang ringan-ringan jer. Tapi bila masuk jer kat kedai tu, nampak pulak lauk nasi lemak dia, aku tak boleh tahan. So, membungkuslah aku 2 tapau nasi lemak. Satu lauk sambal paru, lagi satu sambal udang ngan petai. Disebabkan aku yang ceduk sendiri, maka wajiblah banyak isinya. Sarapan aku tengahari tu, nasi lemak dua bungkus RM 8 .

Lepas menapau, simpan tapauan aku dalam kereta. Baru la aku masuk dalam pasar. Tak tau lagi nak masak apa ni. Jalan sana, jalan sini, round dulu satu pasar baru dapat idea nak masak apa. Biasalah orang peempuan ni, kalau ada 50 kedai, mesti nak tengok semuanya dulu. Sebab tu tak suka en.middy ikut. Nanti aku tertekan nengok gelagat dia yang tak suka berlama-lama dalam pasar mahupun pasaraya.

Korang tengok jer apa yang aku dah bawak balik dari pasar, mesti dah tau aku nak masak apakan?

Pandai...

Baby kailan ni aku tumis/goreng ngan ikan masin dan cendawan butang...


Manakala kepala ikan merah tadi, sudah tentulah masak kari...dan yang wajib ada juga ialah sambal belacan yang mesti ada bila makan dengan lauk kari..


Memandangkan aku ngan en.middy dah melantak nasi lemak pukul 12.30 tgh hari, maka pukul 3 barulah aku masuk dapur, pukul 4+ baru la kami makan...

So inilah masakan untuk makan petang aku hari ini..

----------------------------------------------------------------------------------

Sebelum ni, aku ada cakap, hari Ahad adalah hari rehat-rehat dan makan-makan sehari...

Maka dapur aku still berasap untuk supper malam ni.

Sambil tengok Enchanted...nak tau aku buat apa?...tgk jer la gambor kat bawah ni


Mula-mula ingat nak goreng 2,3 biji jerr..tetiba adik ipar aku nak menyinggah so, goreng jer la sesikat yang ada tu..


Sedap kau..cicah ngan gula. Makan tengah panas-panas lak tuh..pergh..

Air kopi pulak....

Ditambah pula ngan hujan kat luar...

Bayangkan asyiknya menikmati pisang goreng panas dan air kopi di malam yang dingin ini..


Take 5

Hari ni sibuk sikit...kerja tak banyak tapi semuanya nak cepat. Lagi-lagi nak urus claim kontraktor dan perunding...maklumlah dah hujung tahun.. semuanya nak cepat...Tapi sambil buat claim, sambil jenguk2 blog kengkawan. Sekarang aku dah tak macam dulu, pegang jer mouse mesti pergi ie, pastu mesti masuk blog. Kalau dulu nak mengular aku suka cari games.
Ni tengah buat kerja pun sempat lagi nak update...APA-APA SAJALAH...SEMUANYA KERANA HAMPARAN HATI INI...

Sunday, November 23, 2008

Part time Homework


Tengah tak da kerja nih, buat Tag dari zulie la...
Siap ni baru g pasar...hari ni kan hari masak memasak...secara tak langsung dia jadi hari makan..makan.. dan makan..


Your name / username ;


Right handed / Left handed;

Favourite letter yg suka tulis;


Least favourite letter to write;

Tulis The quick brown fox jumps over the lazy dogs;

org yg wanted di tag;

Saturday, November 22, 2008

1. TAK PUAS HATI DAN TERKILAN


Sepanjang minggu lepas, coretan aku tak berapa jelas isinya. Tapi aku tahu, kalian faham dan jelas tentang perasaan aku. Rasa ketidakpuasan hati, terkilan..namun dalam masa yang sama terselit berita gembira yang suam-suan kuku...

Aku sendiri tak tau, perlu ker aku coretkan semua sebab ketidakpuasan hati aku disini, memandangkan aku sendiri adalah kakitangan kerajaan. Adakah aku melanggar etika dan adakah coretan ini nanti melarat-larat dan secara tidak langsung menunjukkan kepincangan pihak yang lain. Kalau boleh aku tak nak..

Tetapi, untuk puaskan hati kawan-kawan yang setia bertandang ke hamparan isi hati ini,. Maaf kerana buat korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Cukuplah aku katakan, ketidakpuasan hati ini berlaku semuanya kerana aku dan beberapa rakan kerja yang lain terlepas peluang kenaikan pangkat hanya kerana sebab-sebab yang tidak sepatutnya berlaku.

Bukan kerana gilakan jawatan, tapi apalagi kayu pengukur yang boleh digunakan untuk membuktikan prestasi kita sebagai pekerja.

Bagus sangat ker kau ni?

Kerana itu lah perlunya aku dinilai. Namun peluang untuk dinilai itu sendiri, aku dan kengkawan yang lain terlepas hanya kerana syarat yang kami patuhi.

Sekiranya selepas penilaian, aku memang tak layak untuk naik pangkat, korang ingat aku nak bising-bising ker?

Dan kerana itu lah aku dan seorang kawan baik ambik keputusan untuk panjangkan perkara ini kepada pihak atasan.

Maka, pada...

Hari Jumaat, pukul 2.15 petang, dengan perasaan yang bercampur baur dan semangat dari kawan-kawan dan orang atasan, aku gagahkan juga diri ini memandu ke HQ di Jalan Sultan Salahuddin. Dengan satu harapan, semoga semuanya berkeadaan baik dan ketidakpuasan hati ini diberi perhatian.

En. Mizi dah dah tunggu


Sampai jer kat HQ, Mizi dah pun menunggu...aku tak tau lah, kalau hanya aku dan Mizi yang tak puas hati tentang perkara ini. Tapi pada aku, secara peribadi,..perkara ini tak boleh didiamkan. Sekurang-kurangnya pihak atasan perlu diberitahu. Supaya ayat standart "terlepas pandang" tidak akan digunakan dengan sewenang-wenangnya.



Sampai jer kat pejabat Timbalan Ketua Pengarah, hati ini tuhan saja yang tahu. Aku orang yang kesembilan akan masuk jumpa TKP. Selam 5 1/2 tahun berkhidmat, first time aku jumpa TKP ni. Siapa tak nerves..

Antara yang menunggu giliran

Poyos...muka selamba tapi hati....


Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang aku harapkan. Semuanya aku dah luahankan dan cerita.TKP pun akui dia faham kenapa kami datang jumpa dia. Perkara ini tak sebesar mana tapi kesannya akan aku bawa sepanjang perkhidmatan.

Alhamdulillah sekali lagi kerana di akhir perbincangan, TKP janji akan siasat perkara ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Semoga apa jua tindakan dia, akan memberi kebaikan kepada semua dan tidak akan merugikan sesiapa..kerana aku taknak jadi penyebab kepada sesuatu yang tidak baik pula...Amin!

Itulah jawapan untuk soalan tentang ketidakpuasan hati serta rasa terkilan aku sepanjang minggu ini.


2. BERITA GEMBIRA YANG SUAM-SUAM KUKU...

Setelah dua tahun menunggu, dan setelah aku tidak mengharapkan apa-apa...akhirnya permohonan untuk bertukar ke PUTRAJAYA di makbulkan...Alhamdulillah...dekat sikit dengan rumah dan tak perlulah tempoh jem yang membosankan itu lagi.

Kenapa aku panggil berita gembira yang suam-suam kuku?

Itu adalah kerana semuanya masih dalam proses. Surat tawaran berpindah belum sampai lagi kat tangan aku. Tapi kabar-kabar angin yang bertiup kencang dan panggilan telephone dari unit sumber manusia tempoh hari kadang-kadang buat hati ini berkembang dan harapan berbunga...maka terbit sedikit keyakinan. Namun apa-apa pun, semuanya boleh berubah bila-bila masa. Rezeki dah sentuh bibir pun boleh terlepas inikan pula.......sebab tu aku still gambarkan berita ni suam2 kuku lagi.

Satu lagi berita gembira...

MENANG CABUTAN BERTUAH CARE4..

Sedang menikmati nasi beriani kat meja, sambil2 menyiapkan sikit kerja sebelum aku bertolak ke HQ semalam...aku dikejutan dengan satu panggilan telepon..

...?... : Selamat petang dan salam sejahtera Puan Syahida..
Aku : Salam sejahtera, siapa ni?

...?... : Maaf mengganggu puan, saya Rojer..puan ada ingat tak, puan ada isi satu form untuk cabutan bertuah di pasaraya care4?

Aku : Yerr ingat..

Rojer : Ok, tahniah yer puan...puan telah terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk cabutan bertuah itu...so puan akan diberi boucer untuk bla..bla..bla..bla..

Aku : Ala...susah la nak ingat..tak boleh bagi surat jer ker?

Rojer : Oh minta maaf puan, sebenarnya saya akan set apointment dengan puan untuk serahkan boucer2 ni. Puan boleh ker datang ke Hotel kami Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan besok pukul 3?

Aku : Owh k,...( 5 star hotel tu..tak mimpi nak jejak hotel mewah camtu )

So, aku pun dah set ngan en.middy petang ni kul 3 pergi Palace of The Golden Horses.

Cerita selanjutnya nanti aku up date....


----------------------------------------------------------------------------------

( sambungan cerita...update selepas balik dari PotGH)

Dalam kereta on the way nak pergi PotGH...

En.middy yang ngengada...spoil jerr

Dah pun masuk perkarangan PotGH...cantikkan?

Sesampai sajer aku disuruh isi borang maklumat diri dan suami..

Lepas isi aku dibawa ke satu bilik, macam kat kopitiam la lebih kurang, pastu ada sorang person incharge tanya soalan remeh temeh konon-kononnya macam nak mesra2 la gitu...aku bila sampai bab-bab macamni, mula lah rasa lain macam. Aku memang fobia kalau jumpa jurujual/promoter nih. Terus jer rasa meluat..aku pun tak tau apasal.

Duduk jer kat meja tu...budak tu pun kenalkan diri. Dia macam penasihat percutian ker tah apabenda ...aku pun lupa...

En.Middy dah bengang dah..talipon kata suruh datang ambik boucer tapi bukak cerita bab lain.
Mungkin ada yang dah kena atau dah tau, tapi yang tak tau aku bagitau...sebenarnya dia dapat maklumat diri aku memang dari form yang aku isi untuk cabutan bertuah di care4. So, dari situ dia jemput kita datang, cerita bla..bla..bla...rupa-rupanya nak kita masuk members hotel diaorang..

Dia offer percuma 7 hari setahun sehingga 38 tahun, menginap kat mana2 hotel dia, menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada tak kira hotel dalam atau luar negeri. ( macam best kan?)

Tapi yang tak bestnya...nak tau harganya?

RM25,000.00

Bayar downpayment 4000, pastu bulan-bulan bayar 380 selama 60 bulan...( figure ni lebih kurang la..)

Dah mcam bayar installment kereta la pulak...

Orang cam aku ni yang ado tak ado..setakat nak bercuti, atau nak tidur hotel...tak payah la hotel yang sampai harga RM 500 semalam. Buang duit jerr, baik aku buat shopping dan enjoy. Hotel ni buat tidor jerr...bangun pagi air liur busuk jugak....

So tak buang masa, kami pun menolak. Dan seperti yang dijanjikan, kami tetap dapat boucher dan penginapan percuma. Tapi bukanlah penginapan percuma kat hotel depa..hotel yang ala-ala jerr..jadilah..daripada tak dapat langsung.

Tunggu lah en.middy jadi jutawan...boleh duduk hotel mewah-mewah cengini. Tak dinafikan aku terpesona dengan keindahan hiasan dalaman yang penuh dengan kuda ni. Landskap pun tak kalah juga tapi nak tangkap gambar lebih2 malulah pulak.

Itu jer la...coretan untuk hari ini..






Pose istimewa untuk Lyn...( ko teka berat aku berapa lyn? Kalau betul aku bagi hadiah )



Balik dari PotGH, apalagi yang kami nak buat, kalau tak melepak depan TV nengok movie..en.middy kalau dapat peluang tengok tv, mana nak nak buat apa lagi dah..so malam sabtu tu ada cerita MI2 sampai kul 9, lepas tu sambung MI3 pulak. Pagi tadi aku dah cakap nak tengok rancangan budak2 menyanyi kat TV 9. Dia tak kasi...dia kata "la..minggu depan ada lagi.."

Ermm aku boring la dia dah cakap cam tu, padahal kalau nak ikutkan, Astro yang suka ulang tayang. Stesen tv lain mana ada buat camtu. Disebabkan aku dah pernah tgk MI3 tu, aku pun angkat kaki naik tingkat atas, main komputer la..

Bosan tahap gaban la ni...






Kalau duduk depan komputer kat rumah ni, kalau tak bukak blog, aku bukak game jepun nilah...