Monday, March 30, 2009

pergi lagi

Hari ni aku gi shah alam lagi. sepatutnya pasport tu leh siap 2 jam hari tu. Tapi dengan sistem yang selalu down jadi masalah pula pada semua pelanggan. So aku kena ambik pasport tu hari ahad. tapi aku balik kampung sabtu tu, makanya harinilah aku kena mintak tolong en.middy sekali lagi tuk hantar aku gi ambik pasport yang dah siap tu.

Saturday, March 28, 2009

Pasport

Hari ni tak dapat nak bangun lambat meskipun cuti. Ada urusan yang agak penting hari ni. Aku nak gi buat pasport. Nak jalan jauh hujung bulan ni...Insya'allah.

Tuesday, March 24, 2009

Hujan


Semalam bukan main panas lagi....biasanya kalau panas lain macam...aku tau tu mesti nak hujan. Cuma bila nak hujan tu aku tak tau lah. Panas biasa dengan panas nak hujan lain rasanya. Tapi disebabkan aku ngantuk gilerrr, terus jer terlelap. Lagipun aircond banyak membantu aku lelapkan mata. Pagi tadi kalau en. middy tak kejut, confirm terlajak. Tengah siap-siap, tetiba hujan lebat. Tak ada gerimis, tak ada renyai, tak ada rintik-rintik....

Seperti biasa bila hujan, confirm jalan pun akan jam. Makanya jam 8.30 tadi, aku masih dalam kereta dan masih dalam perjalanan. Dalam hujan lebat tadi, ada accident. Rasanya masa aku lalu kat situ, kejadian baru jer berlaku...itupun sebab aku nampak ada dua tiga kereta mula memperlahankan kereta dan berhenti kat tepi. Masa tu aku perasan ada wira aeroback terbalik kat tengah-tegah devider dan aku nampak juga tiang lampu yang tumbang. Aku rasa kereta tu laju agaknya. Lagi pulak jalan tengah licin..

Dalam hujan lebat tu, ada juga orang yang sanggup berhenti nak hulurkan pertolongan..maknanya nilai-nilai murni masih ada dalam diri manusia. Aku agak lega bila mana fardhu kifayah itu telah dilaksanakan oleh orang lain...kalau aku sorang-sorang kat situ, wajib aku lah yang kena tolong...Tapi alhamdulillah...masih ramai yang sudi menghulurkan pertolongan....sedangkan aku hanya mampu mendoakan agar pemandu dan penumpang ( sekiranya ada ) selamat jiwa dan raga.

Sebab tulah en.middy selalu bising kalau aku bawak kereta laju-laju...tapi macam selalu juga aku mesti nak sambut dengan ketawa dan buat lawak..." ala pa, mama bukan sengaja nak bawak laju...tertekan minyak lebih sikit jer...tak perasan, tau-tau jer meter sudah lebey lah pulok!"

- EN.MIDDY, I LOVE YOU SO MUCH!-

So, lepas ni...kena lebih berjaga-jaga dan lebih berhati-hati di jalan raya. Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua

" JANGAN JADIKAN JALAN RAYA SUNGAI MAUT "
dan
"INGATLAH YANG TERSAYANG".

Monday, March 23, 2009

WALAUPUN...

Walaupun...sebenarnya banyak yang aku tak suka berlaku dan apa yang aku harapkan pada hujung minggu yang lepas tidak kesampaian...

Aku nak kau tahu...
Aku suka menghabiskan masa bersama kau...biarpun waktu jaga ku amat bosan tatkala menunggu kau bangun dari tidur...aku suka bila kau makan apa yang aku masak..aku suka kau melayan program tv yang aku suka...aku suka berkongsi cerita dengan kau...

Kau nak tau? Hati ini merajuk tatkala kau mengubah rancangan....namun aku suka tatkala kau sedar ada yang tak kena dengan aku....aku suka bilamana kau berusaha memujuk...biarpun aku geram kerna kau buat-buat tak tahu kenapa aku begitu...

Aku tak bisa mengubah kau seperti yang aku mahu...
tapi aku bersyukur kerna tuhan memberikan aku kekuatan untuk menerima kau seadanya
dan aku sedar, aku juga tak mampu untuk menjadi sesempurna wanita idaman mu tapi aku bersyukur kerna kau menerima apa adanya aku...

Sunday, March 22, 2009

CUTI

cuti yang paling best
cuti yang paling happening
cuti yang paling happy
cuti yang paling aku suka

WALAUPUN...

Saturday, March 21, 2009

TIDUR

TIDUR ITU NIKMAT
TIDUR ITU AMAN
TIDUR ITU TENANG
TIDUR ITU ASYIK
TIDUR ITU BAHAGIA
TIDUR ITU SELESA
TIDUR ITU REHAT
TIDUR ITU HOBI


TIDUR LAH SEPUAS-PUASNYA....NIKMATI MIMPI INDAH...BEREHATLAH SEREHAT-REHATNYA.....MIMPI INDAH KAU ITU KAU KONGSIKAN DENGAN AKU...SUPAYA AKU BOLEH TERSENYUM NANTI...BUKANKAH KEBAHAGIANMU ITU KEBAHAGIAN AKU JUGA...WALAUPUN....

Hopefully

Pengantin baru aku ngan en middy hujung minggu ni. Emak dah angkut cucu-cucunya balik Seremban. Kadang-kadang aku rasa aku perlu sendiri atau lebih tepat lagi "kami"

Bukannya apa...cuma nak refresh atau nak restart dan download atau upload apa-apa yang patut...dan 2 hari nilah nak beri sepenuh perhatian pada en.middy...

Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dengan anak...beri perhatian yang sepenuhnya untuk anak...buat masa sekarang anak tu no.1...

Tapi jangan lupa...hubungan dengan anak sampai bila-bila tak putus....Insyaallah. Tapi hubungan dengan suami kalau tak jaga...kasih boleh beralih arah...masyaallah...minta dijauhkan..

Hopefully, kami dapat berehat dan gunakan masa ini dengan sebaik-baiknya...

Thursday, March 12, 2009

Strawberry


ahaks..kirim kawan yang berulang setiap minngu ke Cameron Highland. Ada yang dah lembik sebab aku lambat masukkan dalam peti ais dan lupa pulak nak bawak balik. Sudahnya dia jadi masam-masam manis. Tapi kat rumah ada madu dan coklat...jadinya....memang sedap!

Lagi Tag yang harus dijawab

Tag kedua dari zulie...ok zulie, langsai hutang gue..


5 things found in my bag:



1. Wallet
2. Handphone
3. Make up
( compact powder, lipstick dan bio oil )
4. Hard disk, pen drive dan kamera
( kamera tak blh interframe. Nanti siapa yang ambik gambar? )
5. Kunci kereta

5 things found in my wallet



1. Lesen memandu yang disebelahnya ada gambar en.middy.
2. Sepatutnya ada Ic..( tapi hari ni, IC aku tertinggal dalam kereta) So, aku senaraikan kad kunig tu. Kad temujanjanji hospital.
3. Member cards
4. ATM dan Credit cards
5. Duit kertas dan syiling

5 favourite things in my room

Hahhaa..yang ni sorry, tak leh nak ambik gambar. Pribet ples...tapi dalam bilik aku ada
1. 2 tilam bujang dan 1 tilam queen tanpa katil
2. Cadar yg cantik
3. Bantal dan selimut yang banyak
4. Almari solek yang aku tak pernah guna
5. Laptop, untuk aktivit riadah kami sebelum titun...dan, menjadi ubat tido kami kalau tak boleh nak titun...

5 things I've always wanted to do

1. Nak cari jalan macam mana boleh hasilkan duit dengan banyak dan mudah

Bila duit dah banyak baru boleh buat apa yang kita nak buat.

2. Nak cantikkan rumah. Make it perfect. Kalaulah aku ada duit dalam 50k, aku upah ID tuk hias rumah aku. Sebab aku tak pandai hias rumah.
3. Nak hias diri juga, untuk suami tercinta.
4. Nak round satu Malaysia dengan en.middy. Berdua. Buat aktiviti yang mencabar.
5. Nak jahit sehelai baju kurung untuk diri sendiri.

5 things I'm currently into

1. Tengah nak kuruskan badan balik. Kalau boleh, sebelum puasa berat mesti kurang dari 70 kg.
2. Tengah ajar hati sukakan tempat baru ini.
3. Belajar banyak-banyak bersabar dengan anak. Tak mau garang sangat dengan anak.
4. Sekarang ni suka cari resepi yang sedap-sedap untuk dicuba.
5. Of cos aku sedang bekerja.

Ada kerja sikit

Tag dari zulie...sorry yer bu..lambat nak reply

The challenge is :-

GO to your photos folder in your computer
GO to the 6th Folder of your photos
GO to the 6th photos in that folder
Put the picture on your blog & description of it.
Invite 6 friends to join the challenge
Link them in your blog & let them know they have been challenged


Hahaha...lama dah tak tengok gambar ni..gambar ni masa aku duduk kat Flat Taman Dato ' Ahmad Razali Ampang ( eh! betul betul ker nama tu? Lupalah..) Umur hana masa ni setahun setengah ( Aku agak)...dah dapat adik ker belum tak berapa nak ingat. Gelak punya besar sebab dia memang suka ambik gambar. Dan ketawanya makin besar bila dapat bergambar dengan belon kuning itu...

Nak ajak

Tuesday, March 10, 2009

Mama bahagia




Kalianlah kebahagian mama...Anak-anak!

Biarpun penat, kadang kala bosan, melalui rutin harian, melayan kerenah kamu semua yang cukup melelahkan...tapi kalian jugalah yang mampu membuat mama ketawa..memujuk hati bersabar selalu...

kalianlah permata hati kurniaan Allah yang lahir dari kasih sayang mama dan papa...

Mama doakan semoga kita selalu bersama, dan mama jua selalu mendoakan agar kalian menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya didunia dan akhirat serta kekal hormat dan kasih kepada mama dan papa. Insyaallah...

Mama sayang hana, hany dan haddy.

Kenduri kahwin kawan

Tiga hari cuti..asyik cerita makan jerr..

N3 yang lepas ada cerita pasal aku gi Melaka. Kawan aku kawin da..Ni Dalam gambar ni semuanya classmate masa di Poli dulu..

Karim kau pandang apa?

Shahril ku sangka kan kau tak boleh gemuks, tapi...bini kau pandai masak yerr?

Jibam...totally berubah...

Ardz makin cun! Makin slimlah....confirm seluar gedobos tu kau dah tak pakai lagi kan?

Kucing ngan kambing ! Wakakaka...jangan marah yer niza..gurau-gurau. Kau tak marah kan aku interprem gambar pakwe kau kan? Harap-harap berkekalan...

Katit datang single jerrr...sms sapa tu tit? Lupa nak tanya itut kat mana sekarang?

Papa ngan anak-anak. Thanks papa, nak juga gi kenduri kawin kawan mama..

Hana..Rock!

Mempelainya dah tukar baju pun...siap-siap nak basuh periuk..

Kenang-kenangan..Selamat Pengantin Baru Bob! Semoga berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat...

Lunch - Soto..

Sekali sekala menunjukkan kerajinan dan selera yang besar...SOTO. Makan ngan sambal kicap pulak...memang sodap!

Tak sempurna soto aku tanpa ayam siat, kentang goreng, begedil, bawang goreng, daun sup, soohoon goreng, taugeh mentah dan sambal kicap.

Saturday, March 7, 2009

Selamat Pagi

Bangun pagi ni..rasa best jer..mata pun tak berat sangat pasal semalam tidur agak awal juga, kalau tak salah kul 12 aku dah berlayar...budak bertiga tu tak tido lagi...papanya yang tunggu.

Macam biasa hana akan sama-sama turun dengan aku dulu. Haddy dan hany kemudian..

Seperti biasa aku mesti dah plan dari semalam, pagi nak buat sarap apa...

So..seperti yang dirancang...Kue Teow Goreng! Nyum..Nyum..

Menu dinner

Malam ni en.middy balik dari Batu Pahat. Jadinya malam ni punya menu mesti special sikit. Maklumlah...nak pikat suami kena bagi perutnya besar...wakakaka...kalau anda berjaya membesarkan perut suami anda...bermakna anda telah berjaya memenuhi salah satu syarat menjadi isteri yang baik dan sempurna. ( baru satu syarat nok...banyak lagi yang tak complete tuuu..)
Korang tengok macam biaser jerlah kan? tapi spesel kek den pasal ...den punyo sukolah nak rasa spesel..

Hah ni namoe' tolo dadar ikan parang...kakkakaa...ikan parang tu den masak asam podeh semalam. Tapi tadi tengok kuah tu macam nak basi, den amik ikan tu, basuh, lumur garam ngan kuyit den goreng lah..nak buang sayang...mahal tuuu...sekilo 23 hengget..rasa cam nak parang jer tokey ikan tu..tapi tokak nyer pasal...boli yolah!

Yang ni pulak lomak putih labu ngan bayam...bayam feberet si hany, labu tu pulak feberet si hana...hah kan sonang omak eh..tak yah gaduh nak masak bebanyak..

Ini yang paling spesel. Black Papper Lamb. Cakap org puteh tu..Spesel pasal binatang ni memang den goma bona..kalu lagi kuat bau eh' lagi lah den suko. En.middy pun suko..kalau yang dipanggang lagilah...memang peberet.Tapi tak der lah den makan solalu bonar...kang naik pulak darah den. sekali sekalo yo..

UPDATE : Ada yang tanya resepi lamb ni...sonang bai tuu...resepi campak2 namoe' den kobar kek kau..

Bahan-bahannya :

5 keping lamb sederhana besar. Potong kecil-kecil. Gaulkan dengan 1 sudu besar gula dan 4 sudu besar sos tiram. Ketepikan.

4 ulas bawang putih, dua sudu besar lada hitam ( ikut suka, kalau suka pedas, letaklah lebih..), sedikit halia - tumbuk lumat

1 sudu besar minyak bijan ( tak ada pun tak apa )

lada benggala, bawang besar dan cendawan butang ( kalau nak letak...)

Cara-caranya :

Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.

Agak-agak dah naik bau, masukkan daging yang kita ketepikan tadi.

Tambahkan air sedikit demi sedikit sampai daging betul-betul empuk.

Rasa masin dan manisnya. Kalau kurang masin, tambahkan sahaja sos tiram. Aku tak guna garam pun masak lamb ni. Ajinomoto kalau suka boleh lah letakkan sikit. Ikut suka..

Dah empuk, masukkan cendawan butang, lada benggala dan minyak bijan.

Kuah tu, ikut sukalah...nak banyak ker nak sikit ker..kalau aku, aku suka tunggu dia nampak pekat sikit baru tutup api...dah SIAP!

Harap kau paham yer Gee! resepi aku nih, aku tulis ikut suka...selalu cut and paste resepi orang tapi ni ori dari dapur aku...SELAMAT MENCUBA!!

Friday, March 6, 2009

Kala Sendiri Lagi


Anak-anak dah tidur...baju dah gosok, baju anak-anak dah siap, susu dah buat, kain dah sidai, rumah dah kemas...so, apalagi...angkat anak-anak naik biliklah..

En.Middy tak ada malam ni. Outstation ke Batu Pahat...selalunya time-time macam ni dialah yang dok mengadap depan lappy tengok-tengok dan ambil tahu sikit pasal politik negara..maklumlah politik kan mempengarauhi ekonomi negara...orang-orang bisnes ni, minat ker tak minat ker perlu abik tau juga...

Biasanya rajin la dia dok tengok tender-tender projek yang baru tak pun mesti gak singgah malaysiakini, harakah, chedet, anwaribrahim dan kadang-kadang rajin gak dia g youtube tengok rakaman-rakaman syarahan parti politik ni. aku kalau siap kerja cepat, bolehlah join sekali..

Sebab tu malam ni aku rasa sunyi sikit, anak-anak tidur awal. Letih agaknya siang tadi. Nak berborak pun tak ada kawan. Chatting tak minat langsung. Update blog sikit, tengok blog kengkawan, check email dan layan games hidden object lepas tu titun laa...besok en. middy balik. Rindulah..

Happening

Memang seronok sangatlah budak-budak ni kalau mama dia buat tak tau jerr....tak larat dah sebenarnya nak jerit-jerit. Buat naik darah aku jerr...diaorang bukan paham pun....paling kuat pun hany ngan hana boleh ketawa gelihati bila mama dia tengah marah.

baju bersih habis dilambakkan kat lantai...sebab nak guna bakul tuk ambik payung..


mari melukis yerr kawan-kawan..



cuti

Hari ni aku cuti, ada appointment kat klinik. Ramai yang tanya, aku g klinik pasal pregnat lagi ker? Eh!! tak lah...tapi kalau saya tak gi klinik ni, boleh jadi saya akan pregnat nanti...so, pepaham sendirilah yerr...

memula rancang nak bawak hana jew...tapi tak sampai hatilah pulak nengok hany...last-last bawak jew dedua tu. Tapi bila bawak dua-dua...macam nilah jadinya..


angkat, jangan tak angkat..

terbalik2 kerusi di buatnya...

Tapi akhirnya aku juga yang panas hati kat klinik nih! dekat sejam aku tertonggok menunggu...baru dia nak bagitau yang diaorang dah kehabisan stok ubat. Panas hati betul lah!





Settle semua urusan kat bank-bank di Bandar Baru Ampang...balik singgah kat Giant Kinrara...bagi can kat anak-anak have fun..seronok betul diaorang..


Thursday, March 5, 2009

Upin, ipin dan bingka roti berjagung

uish..panjangnya tajuk n3 aku kan?

Hah itulah salah satu ciri kemalasan yang ada tapi masih praktikal...



Cerita upin dan ipin dulu...dulu kalau aku sampai rumah sebelum pukul 7, sibuk aku suruh si hana buka tv tuk tengok cerita upin dan ipin nih! Tapi tak pernah nyerr ada...bila bukak2 tak ada, mulalah si hana marah kat aku. "apalah mama ni...lambat. Kan dah habis..."


Baru-baru ni, masa borak-borak dengan officemate pasal upin dan ipin the movie...barulah aku tau rupanya-rupanya upin dan ipin nih dekat TV9 bukannya TV1...patutlah tak pernah jumpa...wakakakaaa...

Tapi tak per....zaman dah berubah...negara dah maju...YOUTUBE kan ada...hah anak2! layan.....mama ada kerja kat dapur sikit...

nilah hasil dari kerja tadi....kali yang kedua buat nih...memang sedap dan senang. Senang! Itu yang paling penting.....Bingka roti berjagung...


Nyum,,Nyum..Nyum...'mama hana sukalah kuih nih! :D

Resepi aku ambik dari rinnchan..thanks...

BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Chef Azimah Mansor

Bahan-bahan:

3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 tsp garam halus
300gm roti
200gm tepung gandum
1 liter santan (atau 1 liter susu segar atau 500ml santan + 500ml susu segar...... ) 200gm jagung krim dlm tin

Cara-cara:

1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan atau susu segar, tepung gandum dan garam halus.
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min-20min.
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka dan alaskan dasarnya dengan kertas kek. ( Guna loyang biasa pun boleh ...)
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darj celcius selama lebih-kurang sejam.

Servis Trek Udara ( Airtrek )

Kereta aku dah sampai masanya untuk diservis...itupun rasanya dah lebih kilometer terover dari sepatutnya aku kena gi servis. Sempat lagi pi bawak g melaka nu...gamble jerrr...kalaulah tetiba mati tengah jalan, haru dibuatnya dengan tiga orang askar dalam kereta tu...

Servis kat putrajaya jerr...minyak hitam rm97, oil filter rm10.80, upah rm35.00 .Nak beli minyak hitam pun sibuk tanya en.middy dua tiga kali. Mahal ker murah ker upah workmanship tu aku mana tau. Yang aku tau, dah siap mesti kena bayar...kalau sebelum diaorang servis kereta aku, diaorang dah bagitau aku harganya, aku confirm ok ajerr..,

Tapi biasanya bila balik beri laporan kat en.middy...mesti dia jawab cenggini "MAHALNYA!!!"
Hah! tang tu yang aku maleh kalau nak kuar duit sendiri....sebab kalau aku yang gi beli mesti mahal...
Len kali en.middy lah tolong hantar kereta tu gi servis yerr!!!