Friday, October 31, 2008

Alahai...anak aku


BERRPOSING SAKAN!

Hari tu beli baju tidur hana kat TESCO...tgk la anak dara aku berposing dengan baju tidur nya..apa yang aku nak kongsikan bersama sebenarnya, ada sebahagian budak2 ni bila depan camera, tak payah ajar nak buat gaya apa, dia lebih terer dari kita...






HAPPY BIRTHDAY TO YOU SAYANG..

HAPPY BIRTHDAY TO HANY!




Cerita ni dah lama...tapi aku nak juga abadikan kenangan ni dalam blog kesayangan aku ni..


Birthday Hany 23 September, tapi aku sambut 27 hb. Maklumla...kan ker aku kerja. cuti la baru boleh masak2. Meriah lah juga...umur hany dah pun 2 tahun...dan dah 2 kali sambutan hari jadi ni jatuh bulan puasa...so, dua dalam satu la...majlis berbuka puasa dan majlis hari jadi..


Kek ni papa yang beli..merata-rata cari kedai kek, tapi kek yang ada semuanya macam kek nak buat hantaran. At last jumpa jugak kek ni kat Bakery Cottage dekat Putrajaya.

Susah betul nak suruh dia pandang camera...dok pelik tengok api kat lilin tu..

Dah berapa kali snap baru dapat tangkap Hany senyum.....


Tiup lilin...tak padam2. Last2 kakak dia yang padamkan api. Nasib baik tak gaduh.


Papa tolong potongkan kek. First time papa ada gambar dengan anak2 time sambut birtday. Selalunya mama yang interframe..wakakaka..kali ni bagi can kat papa pulak.


Suka betul Hana makan kek tu...tak bangun-bangun dia dari situ. Tengok la rupenya tu..

Kesukaan aku...cuba tgk blueberrynya yang meleleh tu...ermmm sedap tau.

Ni lah ipar ( lelaki ) dan biras ( perempuan ) aku....

Oh! sebelum terlupa thanks kepada yang datang hari tu...thanks juga buat pak ngah dan mak ngah sebab belikan hany teddy bear yang comel...


HAPPY BIRTHDAY HANY!

"Mama doakan semoga anak mama ini dipanjangkan usia, di murahkan rezeki, menjadi anak yang mendengar kata, solehah, hormat orang tua dan semoga hari yang mendatang menjadikan hany lebih baik dalam semua perkara. Amin

Friday, October 17, 2008

SELAMAT HARI RAYA..


Hai...semua

Tadi si Sub baru call...nanye kan jalan ke rumah aku. Borak-borak masuk bab blog la pulak. Sub dah jadi cikgu blog katanya..siap komen blog aku tak ada update lagi. Hahaaha..memang pung...aku tak ada masa lah nak godek komputer...kalau kat ofis tak banyak kerja baru boleh nak bukak blog. Kalau kat rumah jangan harap la...selagi puteries dan putera tak titun, mana la aku bleh duduk kat bilik komputer tuu..kalau diaorang dah tidur, aku pulak baru nak buat kerja rumah. Bila ada masa lapang cam ni la baru boleh bercerita..

CERITA RAYA LA PULAK

Sejak kawin, raya tahun ni dan akan datang aku akan beraya kat Pahang dulu. Rumah en.middy. Sistem giliran?
Tak..aku tak amal kan tu.
Mula-mula dulu ada jugak sikit rasa tak puas hatinya. Biasalah kan? Tapi sekarang dah ok. Lebih-lebih bersyukurnya bila mak dan ayah memahami dan tak pernah bebankan aku dengan permintaan2 yang boleh buat aku rasa serba salah. Tak pernah ada permintaan yang memaksa aku kena memilih nak jaga hati siapa.

Maklumlah aku anak kedua. Perempuan sulung. Adik beradik bukan ramai pun..3 orang jew. Abang dah kawin dan tinggal adik perempuan aku yang masih single dgn mak dan ayah. Biasanya,(dulu la..sblm aku kawin) aku yang tolong mak buat persiapan raya, walaupun cuma kami dua beradik, tapi tetap rasa meriah. Masak, buat kuih, kemas rumah semuanya aku yang buat. Tapi bila dah kawin, adik dah kerja, mak buat macam hari2 biasa. Tak adalah nak sibuk sangat. Lagipun dia tau raya pertama aku tak ada. Abang tak tentu, kadang2 kat rumah mertua dulu. Tinggal depa 3 beranak.

Dulu aku ingat bila dah kawin ni bolehla meramaikan keluarga aku yang sikit tu dan kenyataannya memang betul. Keluarga aku yang asalnya lima orang sekarang dah jadi 14 orang semuanya.

Cuma di hari raya yang pertama tu nampaknya family yang ramai makin ramai, dan family yang sikit tu makin sikit pulak nampaknya. Orang yang family besar dah biasa ramai, bila masuk family kecik mula la rasa bosan dan tak tau nak buat apa. Teringat kemeriahan kat rumah sendiri mula la rasa nak raya kat rumah sendiri tiap-tiap tahun. Besok kalau adik aku dah kawin, tinggal la mak dan ayah aku berdua jew...sedihnya.

So aku sebagai isteri...ikut jer la suami aku. Mana-mana pun boleh. Kalau aku paksa suami aku balik rumah aku dulu, lalu ker nak tgk muka dia yang serba tak kena sepanjang hari tu. Apa sangat la Raya...tak memasal nak cari gaduh. Perkara baik sepanjang tahun habis pasal hari raya jerr..tak bestnya.

Lagi pun aku selalu balik rumah mak. En.middy tak kisah dan tak pernah berkira pun..so kena give n take la.

Mak dan ayah pun dah faham dan dah set program sendiri. Raya pertama mak, ayah dan adik akan balik Johor.
Program mak dan ayah tu buat aku betul2 jadi lapang dada.


Tapi aku tetap ada keinginan nak beraya rumah mak dan ayah hari raya yang pertama. Mungkin akan sampai masa tu satu hari nanti. Insyaallah.






Hanny n nenek

"Mak, selamat hari raya...saya mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dgn mak. Halalkan makan dan minum saya. Doakan kebahagiaan saya , middy dan anak2 dunia dan akhirat yer mak".
Pastu mesti nak kuar air mata...sob..sob..

"Papa, mama minta maaf zahir dan batin. Mama minta maaf kalau ada terkasar bahasa ngan papa. Halalkan makan dan minum mama yer.."

Tema hijau. Walaupun tak serupa, yang penting sedondon.

En. Hamiddy dan Haddy IdaHam

Tuesday, October 7, 2008

Yang Teringat...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini dah pun masuk Syawal yang ke-7 . Banyak kisah yang berlaku sebelum ini, cuma tak ada kesempatan nak menulis. Dalam keadaan yang tak tenang dan selesa, memang tak feel nak tulis blog nih. Maklumlah kan ker semuanya datang dari hati...

Tapi untuk puaskan hati sendiri dan untuk kawan-kawan yang rajin menjengah blog aku ni, aku cuba pamerkan kisah2 tadi di ruangan yang tak seberapa ini. Untuk menyenangkan aku recall memories tu, aku rujuk ikut gambar yang aku ambik jer lah..senang sikit kot?

al kisah..

10 September Rabu.

Duduk berdua dengan en.middy, en.middy ajak pergi shopping baju raya...mana lagi? Jaya Jusco Equine la..itu pun yang paling dekatnyer..


Try baju melayu..tapi itu bukan warna yang kami pilih. Try saiz jer..En. middy nak konsep hijau pucuk pisang, tapi salesmen ni kata kena ambik kat branch lain la pulak. Stok kat kedai dia dah habis.

En.Middy aku..

Lepas jalan2, En.Middy hantar aku balik dan dia g keluar jumpa member dia pulak. Aku tak tau nak buat apa, sambung la buat kuih almond london aku tu...

17 September Rabu

En. Middy kat Teluk Intan lagi. Bawak Hana pergi jalan2. Mana lagi Giant laa..Berbuka di KFC dengan hana.


Dia dah suka yang ini, aku dah tak boleh cakap apa lah...

Bergaya dengan kasut baru..


Mama hana pun dah jadi budak-budak....

18 September Khamis

En.Middy ajak berbuka kat luar. Memandangkan aku habis kerja pukul 5.30 ptg, dari ofis nak kerumah ambik masa 1 jam, so aku decide tempat berbuka yang dekat2 jew..manalagi yang paling dekat dekat dengan rumah aku, Kelab Golf Kinrara la..



19 September Jumaat.

Tadi masa lunch hour, aku beli barang-barang nak masak petang nih. Ingat nak pulangkan bekas jiran. Ada dua orang yang beri aku hidangan berbuka hari tu. Si Bibi bagi kebab, liza bagi mee hoon sup. Nak tak nak, aku kena balas jugak. Pikir punya pikir, kepala aku dah set nak buat mee hailam. Sampai jer rumah, aku bersilat masak mee. Siap.

Ini la mee hailam yang aku buat tu...nampak sedap tak?



Tapi nak dijadikan cerita, bila aku dah siap2 letak dalam bekas...Bibi dan Liza tak ada pulak. Diaorang pergi berbuka kat luar la pulak. Habis, mee yang banyak2 ni nak bagi kat siapa?

Hehehe...last-last aku bagi jew kat jiran aku yang duduk kat luar tu. Nasib baik kak ina dan pakcik tu ada kat rumah. Pastu terpikir pulak nak bagi baby sitter si hana yang dua tiga orang tu.

So settle..tinggal yang dalam bekas tu jew untuk kami bertiga. Cukup lah.



Tuhan nak beri rezeki, Kak Ina jiran aku balas balik dengan pulut ikan masin. Orang utara la katakan... layan.
20 September Sabtu

En. Middy pergi Teluk Intan lagi. Tinggal berdua dengan Hana. Sambung buat almond london. Habiskan almond yang dah dibakar tu..

Macam dalam majalah la pulak gambarnyerr...try jadi jurugambar profesional

Macam nak jual banyak nyer...

Siap jew aku nyer kuih, aku packing baju lebih kurang, cabut balik Seremban. Rindu ngan Hany dan Haddy.



Seminggu jew tak jumpa, bertambah akal dak haddy ni..ketawanyer dah mengekek..


21 September Ahad

Berbuka rumah emak. Aku la yang kena jadi chef hari ni...


Ayam pencen masak lemak cili api..


Sambal goreng jawa yang takberapa nak jadi, pasal tak cukup soo hoonnya...my favourite




Antara lain hidangan berbuka aku untuk hari tu ialah puteri mandi dan bandung selasih.

24 September Rabu

MAJLIS BERBUKA PUASA...

Aku ada majlis berbuka puasa di Hotel Maya KL. Husband pun ada majlis berbuka puasa kat Shah Alam hari yang sama juga. Rasa rugi kalau tak pergi, tapi rasa kesian pulak kat hana. Mesti dia nangis kalau aku lambat ambik dia dari nursery.