Wednesday, April 29, 2009

KAWAN-KAWAN...

Anak-anak aku baru jer bergerak tinggalkan aku. Balik kampung. Tinggal aku sorang-sorang. En.Middy tak balik lagi. Mungkin dalam perjalanan. Dia ke JB siang tadi. Ada site visit. Lepas tu terus ke lokasi anak-anak buahnya bekerja kat Johor tu. Maklumlah...nak g bercuti seminggu.

Aku pulak, penat sebenarnya ni...nak kemas baju memang kemalasan aku yang teramat sangat. Tapi nak tak nak, kena buat juga...flight pukul 8-00 pagi, tapi ikut jadual aku mesti nak ada kat airport pukul 6. Wah..letih jugak tu..confirm ngantuk. Harap-harap aku boleh bangun. Harap sangat-sangat....jangan sampai terlajak.

Okaylah...nak g kemas baju dan barang keperluan yang lain...

KAWAN-KAWAN,

AKU NAK GI BERCUTI KE BEIJING...

DOAKAN AKU SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI YER...

Tuesday, April 28, 2009

Shah Beach Resort

HAI SEMUA...


Haddy nak cerita ni...sabtu lepas kami sekeluarga, atok, nenek dan cik epis bercuti ke Melaka. Sebenarnya kami ada jemputan kahwin ahad tu, so papa nak ambik kesempatan nak rehat-rehat hujung minggu, papa sewa chelet satu malam. Mama yang pilih tempatnya. Mama kata tempat tu macam best jerrr...

Nak tau tak kat mana?

Tempatnya kat SHAH BEACH RESORT MELAKA.


Tempat ni kira orait jugalah..sesuai untuk kami budak-budak. Papa bawakan hana ngan hany basikal. Sebab ada laman nak main. Biasanya kalau sewa hotel, confirm tak nampak tanah. Ni halaman depan rumah. Memang best. Cantik pulak tu. Terasa macam kat kampung pulak. Lepak-lepak kat beranda. Sambil menikmati angin laut selat melaka...






Tapi yang seronok sebenarnya......

Papa bagi saya main air.....yea..yea...saya suka! Dapat juga saya mandi kat kolam. Selalu mama mandikan saya dalam sinki ajerr....mana boleh main air cam tu...

Tengok, ni la papa saya yang sporting tuu...

Kakak-kakak saya pun memang suka main air...tertutama sekali si hany....


Time's Up!
Papa kata cukup...untuk hari ini,
besok pagi kita mandi lagi...so semua kena bilas...


Pulang ke bilik dengan hati yang gembira...

Model pakaian mandi...

Dah nak gelap ni...nanti hany bukakan lampu ye...

Cik Epis yang dah kepenatan...


Itu ajer yang haddy nak cerita...tapi haddy ada dengar mama dan papa cerita pasal resort ni...
1. mama kata bilik kat resort ni tak sesuai untuk kami yang dah ramai ni..lampu dalam bilik ni hanya sesuai untuk orang yang berbulan madu..kalau ada baby agak tidak selesa kerana lampunya terlalu malap.

2. Papa pula kata...siaran tv nya memang tak bagus...sepatutnya pihak resort kena supply kan astro...busan gila kalau tak ada siaran tv...

Saya rasa itu aja yang tak bagusnya tentang resort ni...yang lain ok!

Oh! ada lagi satu...kalau ada yang berminat nak sewa resort ni, mama nasihatkan, cukup lah satu malam aja..tapi kalau rasa sesuai...sambung lah lagi..dan lagi satu, harga bilik yang ditawarkan dalam internet tu bukan yang sebenar...di internet harganya lebih murah, tapi bila call harga nya dah jadi lain..maybe diaorang tak update lagi kot?...Sewa yang papa bayar untuk bilik standart RM 212.75 satu malam...

Apa-apapun, kami happy sebab dapat menghabiskan masa bersama...so, papa..lain kali bolehlah bawak kami bercuti lagi..hana ngan hany nak mandi air biru...

Saturday, April 25, 2009

24 . 04. 2004

Semalam, ulang tahun perkhawinan aku yang ke 5. Sekejap ajer rasanya...macam baru semalam jer bersanding..masih boleh diingat setiap detik yang berlaku di hari yang bersejarah itu...

Alhamdulillah, Tuhan masih memberikan aku kebahagiaan bersama-sama insan yang aku cinta dan sayangi.

Syukur kepada Tuhan kerana memberikan kami rezeki yang tidak ternilai iaitu anak-anak yang comel . Mudah-mudahan, anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah ..


KENANGAN TERINDAH

Sayang..

Semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat...

Semoga kita terus menyemai rasa cinta biarpun usia menginjak masa..

Semoga ketenangan dan bahagia terus bersama kita hingga ke akhirnya..

Mama sayang papa...dan terima kasih kerana menyayangi mama...

Wednesday, April 22, 2009

Kecur Air Liur


Pandai korang....betul!...ini adalah mangga.

Cili api, belacan bakar, gula dan kicap....

Walaupun nampak dah kuning, rasanya tetap membuatkan mata aku mengecil dengan sendirinya dan buah ini berjaya merembeskan air liur yang banyak dalam mulut....

Ada sapa-sapa yang mengidam?
Sila suruh laki anda gi cari mangga muda sekarang juga.


Thursday, April 16, 2009

Gelagat Anak-anak

MAIN MOMOK MOMOK...






SESI MENYUSU




HADDY TENGOK TV




HADDY TENGOK MAMA


ANAK - ANAK PAPA..


HANA NGAN HADDY





Pantai Cahaya Bulan

Sedikit kenangan yang aku abadikan semasa berkursus kat Kelantan hari tu...lepas habis kursus, masing-masing sibuk nak jalan-jalan. Tumpang member dari JB lepak-lepak sambil makan jagung kat PCB ni..





Berdua ajerr

Sekali sekala berdating...
En.Middy bawak pi makan kat Restorant Chop & Stik kat Serdang