Monday, April 13, 2009

Cerita diet

Diet anda akan gagal bila anda balik kampung!

Betul tak?

Kerrr, aku sorang jer yang macam tu? Pergi kursus 4 hari boleh lagi skip makan, walaupun makanan disediakan sentiasa. Tapi bila balik kampung mertua ataupun balik kampung sendiri, aku betul-betul angkat tangan. Surrender lah!!

Selera yang tak boleh aku nak sekat. Melihat ibu mertua dan ibu sendiri tersenyum puas tatkala melihat menantu dan anak betul-betul menikmati masakannya..tidakkah itu bisa membahagiakan hati sendiri? Bahagia kerana bisa membahagiakan mereka.

Ibu dan ibu mertua aku memang pandai masak. Seperti biasa kalau tau anak dan menantu nak balik, mesti diaorang sibuk -sibuk nak menyediakan makanan. Tak sampai hati rasanya nak bagitau kalau kita tengah berdiet...takut orang ( bukan ibu dan mertua ) menyampah dan meluat. 'eleh...lama mana sangatlah dietnya tuuu???...@ eleh...kalau tak makan yang ni pun, bukannya boleh turun sekilo pun..."

Itu ayat-ayat cinta biasa, tapi cukup untuk mencairkan taik telinga...panazzzz

So far, aku tak pernah dengar lagilah orang kata macam tu...sebab, aku tak pernah lagi menolak pelawaan atas alasan berdiet...

No comments: