Tuesday, January 25, 2011

Sekarang ini..

Sekejap jer dah nak penghujung bulan Januari..

Termenung sekejap memikirkan apa yang aku dah capai sepanjang tahun 2010 yang lepas?

Rasanya tahun 2009 lebih menggembirakan hati..
Mungkin selepas jatuh, saat mampu bangun semula memang saat-saat yang sangat aku hargai.
Aku benar-benar menikmatinya. Ada objektif yang perlu aku laksanakan. Seronok bila dapat berkongsi melakukannya bersama teman tersayang.

Tapi bila graf mendatar semula...hidup hilang fokus..tak ada sasaran..azam cuma sekadar kata-kata...perasaannya tak sama macam dulu.

Adakah aku kemurungan tika ini?
Cuba untuk katakan tidak Tapi..mungkin juga.

Tahun 2010, sepatutnya jadi tahun gembira...tahun naik pangkat. Tapi, bukan senang rupanya. Gaji bertambah, kerjanya pun bertambah, tanggungjawabnya pun bertambah dan stressnya pun bertambah. ERmmm.

Anak-anak makin besar...awal tahun dengan yuran tadika dan nursery. Sangat stress bila yuran bertambah lagi..tapi nak buat macam mana? Org lain pun nak menambah pendapatan juga. Kita tersepit malas nak banyak cerita. Bayar ajalah...

Susah rupanya nak besarkan anak...terima kasih kepada emak dan ayah...(tetiba teringat pada kalian )...

Tapi dari segi lain nampak ada part yang mudah. Dulu...boleh jer nak g main kat kampung orang, balik sekolah jalan kaki yang berkilometer jauhnya tak der hal pun..meraduk sungai tangguk udang ngan ikan perkara biasa..yang penting sebelum maghrib dah siap mandi dan ada kat rumah siap-siap nak mengaji.

Sekarang, dapat rumah teres murah pun dah cukup bagus. Ada tanah nak berpijak bila keluar pintu. Tapi tu lah, anak dapat main kat laman jer lah...nak bagi keluar, kereta lalu lalang, lagi pulak skarang ni banyak pulak kes budak2 hilang. Pantang lepa sikit. akibatnya menyesal tak sudah. Simpang malaikat moga-moga tak terjadi kepada aku.

Kadang-kadang kesian juga kat anak-anak, terkurung. Kita pulak balik kerja sibuk nak buat hal dalam rumah. Mana nak kemas, masak, membasuh...tu belum sampai musim malas-malas lagi. Kena part kat ofis stress giler, balik mesti nak merebahkan diri dulu. Bagi aura-aura stress kerja dan stress jam kat jalan td terbang dulu. Rilekss....

Dah tenang baru duduk, rancang pulak nak buat apa lepas ni..
Jenguk kat luar, haiii...cepatnya masa berlalu...sekejap jer dah gelap.