Friday, February 27, 2009

Mari banyakkan bil air papa..



Keamanan untukGAZA pisss!!!


Pendedahan Awal

HARI PENYATUAN PENDUDUK JALAN PUJ1

Pepagi lagi aku dah kejut hana bangun mandi. Sila bangun dengan senyap kerana mama tidak mahu hany dan hady terjaga. Apabila mereka berdua terjaga nanti, rancangan kita untuk meninggalkan mereka berdua dengan papa akan gagal. Niat jahat.

Minyak kereta dah pun menyala. Kalau tidak kerana dah terlewat, sudah pasti mama akan bawa hana jalan kaki. Tapi...takper, kalau enjin kereta ini mati ditepi jalan, mama akan bawak hana jalan kaki juga akhirnya..tapi nasib baik enjin tak mati.

Sampai saja di tempat kejadian, tepat jam 8.30 pagi. Menurut kertas yang menjemput, peraduan mewarna bermula pada jam 8.30 pagi. tetapi kita sudah pun tertipu bila mana urusetia mengumumkan peraduan mewarna hanya akan bermula selepas senaman arobik dan poco-poco..pukul 9.30...walaupun kaki mama tak dapat menipu yang mama tergoda dengan lagu poco-poco itu, tapi disebabkan hana yang asyik memegang tangan mama, membuatkan mama hanya duduk diam dan kaki bergoyang sahaja..ishk..ikutkan hati.. ( aku memang terer menari poco-poco ni, itu semua berkat pergi kursus Bina Negara aritu..)

Sila tengok gambar kat atas. Aku tau kalian tengok muka hana pun dah boleh agak betapa boring dan busannya ank dara aku tu..



Walaupun hana diketegorikan sebagai peserta di bawah 6 tahun...gambar yang disediakan mama rasa tidak cukup sesuai. Sepatutnya gambar yang disediakan lebih kepada 1 atau 2 objek sahaja. Contohnya sebuah basikal. Tidak perlu pemandangan.

Sebenarnya bukan 1st exp tuk hana sahaja, tapi kepada mama nya juga...supaya lain kali kalau nak masuk peraduan mewarna, sila jangan bawa case pensil warna semata-mata ok!
Sila bawa tikar, alas kertas, atau papan, pengasah dan bawa lebih dari satu jenis kalerr sekiranya tidak ada dalam syarat boleh guna sejenis nkaler sahaja. Maksudnya bawaklah kaler krayon sin chan tu ker, pensel warna, kaler air ataupun magic kaler...baru meriah!!

Tapi takper..this is 1st experiance...lain kali kita boleh lebih bersedia dan mama tahu anak mama boleh buat lebih baik dari ini..

Dah habis mewarna baru nampak papa dok pusing-pusing cari parking...la ni hany dok ralit tengok patung yang diberi bantuan pernafasan oleh anggota JPA..agaknya apalah dalam kepala dia dok pikir..

Orang suruh tiup belon..dia berdiskusi pulak bertiga...apalah yang tak puas hati sangat tu hana? Bukan main masam lagi muka tu?...

Thursday, February 26, 2009

Cermin mata II

Kalau korang ingat, n3 aku yang dulu..ada aku ceritakan pasal hajat hati nak menggantikan cermin mata aku yang antik tu kepada cermin mata yang baru..dan aku rasa korang perasan bahawa aku sudah pun mendapat apa yang aku hajat-hajatkan itu...Alhamdulillah.

Sajer jer letak atas manual tu...nak tunjuk kat korang bahawa aku sedang menjalankan tugas-tugas yang seangkatan dengannya...pening seh! Kena bukak kitab selalu...

So, sekarang tak yah lah nak sibuk-sibuk dok basuh contact lense lagi. Dah tau pemalas ada hati nak pakai contact lense..


Ada yang kata ok, ada yang kata tak ok...apa-apa pun, aku dah pun membelinya dan selesa dengannya..makanya inilah kawan baik aku yang baru yang akan sentiasa mendampingi aku..tanpanya hidup aku didalam kebluran..eh! betul ker perkataan tu...tukar lah..'tanpanya hidup aku didalam kekaburan....'

Note: Beli guna duit sendiri....en.middy buat tak tau jerr...Tak perlah, tunggu en.middy jadi kontraktor class A dulu lah...so jangan bajet gua hidup mewah ok! ...ahakks..

Wednesday, February 25, 2009

Jom mengarut!

Kita cerita yang ringan-ringan dulu...kasi warmup ..tapi yang sebenaunya kalau korang nak tau, aku baru jerr bangun tidur. Kalaulah teknisen aku si Aishah dok kejut aku, untuk menanyakan tarikh aku mula bertugas aritu, aku rasa pinggang aku akan melengkung kebelakang, eh! ke dalam..ermm..aku pung tak tau nak cakap melengkung arah mana.. itu semua adalah kerana aku tidur di atas kerusi yang tak berapa nak best, walaupun bentuknya lawa, selama 2 jam tanpa sedar kan diri yang memang tak sedar diri ini, cukup lama sebenarnya dan cukup lena dengan lebih tepat lagi.

Nasib baik bila test jalan, punggung dan pinggang masih dikedudukan asal dan tidak menonggek seperti ziana zain...alhamdulillah..So, tidaklah en.middy terkejut balik dari segamat nanti pabila melihat isteri kesayangannya ini tetiba menonggek la pulak! baru... ditinggalkan semalam. Oh! akan adakah timbul sebarang fitnah jika melihat keadaan aku seperti itu?

Eh! apa aku mengarut ni?. Tak paham. Mamai seh! Gua baru bangun tidokan? I'm sorry..sila ikut gaya amir RLM3 sambil genggam kedua tangan dan rendahkan sedikit badan ketika mengatakann i'm sorry...Mengarut lagi..Hei! Pergi toilet basuh muka daaa..Wakakakaka...

Idut dalam kesengalan yang teramat sangat..atau adakah Idut memang begini?

Malas laa..

Malasnya nak ngapdate blog ni...sebenarnya aku pun dah boring tengok benda yang sama ulang-ulang...tapi memang malas...malas, malas dan malas sangat-sangat....knapa ek?

Ofis baru kot...tak selesa nak buat kerja yang diluar bidang..maklumlah budak baru la katakan..kena tunjuk baik sket..

Tunggu cuaca kat luar tu panas sikit...skarang sejuk yang amat dalam ofis ni..tunggu ku seru semangat ini...tunggu dan tunggu lagi..

Tuesday, February 17, 2009

Intan


Malam tadi bila mak dan ayah dah balik, aku habiskan tengok cerita omputih kat 413 tu..apa tah tajuknya, lupa lah pulak..anak-anak aku pun layan jugak pasal cerita tu ada pregnant woman. Anak-anak den memang gomar nengok orang mengandung. Pelik agaknya sebab tengok perut orang tu besar dan menjojol agaknya..lepas tu kita bagitau dalam tu ada baby, lagilah dia pelik.

Layan nyer layan, cerita tu habis lebih kurang kul 11.30, haddy tidur sudah...tinggal budak dua ekor ni yang tak tidur-tidur. So kemas-kemas sikit, pastu ingat nak naik tidur..tapi hana gi tukar cenel 105 la pulak..

"Hana, jomlah naik..."
"Belum lagi, hana nak tengok Intan"

Cerita Intan ni dah lama dan seperti biasa kalau cerita indon ni, dia akan meleret-leret...macam-macam kejadian..dan entah bila nak habis pun aku tak tau..rasanya aku tengok cerita intan ni sebelum aku bersalinkan si haddy lagi..la ni haddy dah nak masuk sembilan bulan, tak habis-habis juga.

Lagu letto ruang rindu tu pun hana dah hafal. Hany pulak kalau dengar lagu tu, mesti cakap , 'hah! lagu Intan'.

Haddy lena diulit intan..

Hany tak tahan mata, dapat candu dia tu, lelaplah..

Ini lah Rado...ramai yang kata muka si Hany macam muka si Rado ni...mula-mula tak perasan, tapi lama-lama macam betul lah pulak..

Pelakon utama INTAN...kadang-kadang tertanya pulak aku, adakah sifatnya begini juga diluar lakonan?

Dah habis cerita Intan, baru kami naik bilik. Aku ingatkan nak tunggu en.middy balik. Dia on the way balik dari Segamat, tapi mata ni tak boleh nak menahan lagi lah pulak...so aku pun tertidur...
Sori lah yang....

Makan Malam

Masak yang ringkas-ringkas jew..ikan bakar ngan sambal goreng dan bening telur buat anak-anak..

Semalam mak ngan ayah datang..bawakkan basikal si Hana ngan si Hany. Dulu, masa aku balik kampung untuk berpantang...bawak basikal budak berdua tu..pastu asyik lupa jer nak bawak balik sini semula..

Dah dapat basikal, syok lah budak berdua tu..

Atok ngan neneknya ada, bukan main selera lagi budak berdua ni makan..

Maa..hana makan habis...



Hujung minggu

Nak join kakak, kecit lagi...duduk bawah jew lah..

khusyuk dak hany mewarna

Cikgunya si Hana lah...mulutnya megomel jew suruh hany kaler cantik-cantik, jangan comot-comot

Apalak makan kasut tu haddy...see budak dua orang tu..baik jew kan?



Puding sagu

Anak-anak pun suka

Sabtu lepas, time duduk-duduk tengok tv, teringat pulak puding sagu masa farewell aritu..tetiba terasa nak makanlah pulak. So, bahan pun ada semuanya..apalagi? Lepas siap godak sagu dan masukkan dalam acuan, sejukkan lah pulak. Dan bayangkanlah..puding sagu yang sejuk itu melalui tekak ini di kala petang yang panas itu...

Arghhhh enak sekali rasanya buk...

Atas permintaan Puan Sri Normahya, saya edit semula laporan ini..Resepinya mudah sahaja ye puan sri..begini,

Bahan-bahan

Sagu - ikut lah nak buat banyak mana..nak kaler apa, semua ikut suka..dekat kedaipun ada jual macam2 kalerr..

Bahan -bahan tuk sirap

Masakkan seketul gula melaka dan gula pasir sehingga agak-agak pekat pastu biarkan sejuk, ketepikan.
Santan - masak sekejap supaya tak cepat basi..( campurkan dengan secubit garam)
Agak-agaklah, nak banyak mana

Cara-cara

Bilas sagu dengan air biasa...lepas tu baru rebus...taruk gula sikit ( tak payah manis sangat, sebab nanti makan dengan air gula )

Masa rebus sagu tu, godak supaya tak begentel

Godak lagi sampai masak dan kembang sepenuhnya serta berkilat...

Bila dah kembang dan cukup masak, masukkan dalam acuan.
Pastu sejukkan. Masuk dalam peti ais.

Pastu bolehlah makan sagu tu bersama-sama santan dan air gula tadi. Kalau taknak guna santan, boleh gantikan dengan susu cair ataupun susu segar..

Hopefully puan sri maya, paham baca resepi ni, sebab tuan punya blog tak pernah buat ayat resepi sendiri. Biasanya copy and paste jew...kalau tak paham juga, sms lah yew..

Friday, February 13, 2009

KEK GULA HANGUS


Lepas anak-anak tidur malam tadi, aku buat kek lagi. Ini cubaan kali kedua aku buat kek ni. Dulu aku buat tak jadi. Sebab tak tuan punya resepi tak bagi kata kunci.Yang ini aku guna orang orang lain punya resepi. Dari segi sukatan sama macam yang dulu punya resepi juga tapi yang ni baru jadi sebab yang empunya resepi bagi kunci macamana untuk dapatkan banyak sarang. kuncinya ialah " perap bancuhan 3-4 jam sebelum bakar". Tima kasih banyak-banyak widad@myresepi.com. So, korang bulih lah try...senang dan sedap!!!


Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-cara

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.

Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

( p/s : Kak hynar...dapat tak resepi muffin hari tu? Muffin coklat akak try tgk n3 saya yang 2 february. Muffin
blackcurrant@blueberry resepinya saya ambil dari myresepi.com juga. Tapi yang yani punya resepilah)

Thanks Sub


Lunch semalam ajak Si Sub kuar. Boring gilerr, budak ofis den tak ado semuoe'. G Kuching. Sib baik lah ado si sub, so diolah mangso tuk toman den kala lunch itu..

Aku meredah hujan. Parking keto punyalah jauh...tapi tak per..busan itu lebih teruk dari kono hujan dan demi si sub, lautan api akan se' renangi...inikan pulo hujan gerimis.

Poi mano? Alamanda...

Per2 hal isi poghut lu..lapar bonar ghasoe'...jalan nyer jalan..last skali makan kek fud kod RASA yo..Nasi Goreng Pattaya Paprik..sib baik sodap. Sodap kan sub?

bulihlaaa..tongah lapa..

thanks sub..len kali aku jomput ko laie yo..tapi sub, sib baik kito tak kono langgar dek keto. Nak amik gamba nyer pasal...kakakakaka.

Thursday, February 12, 2009

Tiba juga waktunya

Hari yang sangat menyedihkan. Aku last hari ni di bahagian hidrologi dan sumber air. 6 tahun, bukan satu jangkamasa yang singkat. Lama tuuu...dari aku anak dara, bertunang, kahwin dan beranak pinak. Banyak cerita tentang aku dan keluarga, yang aku kongsikan dengan kawan-kawan kat sini. Bertuahnya aku kerana kawan-kawan ini sudi pasang telinga setiap kali aku nak kongsikan telatah dan perangai anak-anak.

Kawan-kawan yang banyak membantu samada dalam pekerjaan ataupun hal-hal peribadi. Memang sedih gilerr...sedih sangat-sangat sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang baik itu...

Majlis perpisahan siang tadi tidak akan aku lupakan. Itulah majlis perpisahan yang paling menyedihkan pada aku. Dari awal aku cuba nak mengelak, tapi dalam hati...'inilah masanya aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua" cuba kuatkan semangat, tapi bila buka mulut jerr...airmata pun berlumba-lumba nak keluar. Itulah aku...seorang yang teramat lemah dengan airmata. tapi aku tau, kawan-kawan juga tau apa yang ada dalam hati aku waktu itu..

Sekarang, aku kena mula semula. cari kawan baru dan sesuaikan diri dengan keadaan yang baru...tentu sahaja ambik masa. walauapapun, tetap tak akan sama kan?

Untuk kawan-kawan...iznur,liza,suzana,cik da,kak norlia,kak zana,zarina&zarina, terima kasih banyak2 yang tak terhingga untuk semua kerana menjadi sahabat yang baik dan pendengar setia radio buruk ini..aku doakan semoga kalian pun terus maju jaya dan happy-happy selalu...tuk liza, jangan putus asa mintak pindah ok! To..jana,jangan putus asa nak kuruskan badan..boleh punyerr..yang penting semangat!!!! To iznur, thanks a lot untuk semuanya, akak happy ada kawan macam nur.Cik da dan kak norlia...saya pun nak jadi macam akaklah..jiwa muda selalu...zarina kecik, teruskan usaha...jangan putus asa, tuhan tetap beri kita rezeki, walaupun bentuknya berbeza-beza..kalau ada khabar gembira, bagitaulah yer..

Oklah, tak nak sedih-sedih lagi pasal muka aku pun dah kembang semacam. Macam muka orang mengandung 8 bulan pulak...tak caya, tengok gambar...

macam nilah muka aku kalau mengandung dah masuk 8 bulan..

dari kiri : firdaus, aku, kak zana, zarina dan cik ida


Dapat tanda hati dari hidrologi. Dato' pengarah yang sampaikan.


Dari kiri : Jana, liza, kak zana ngan iznur

rojak buah

iznur dengan mangkuk puding sagu..

memang mabeles puding ni...suka sangat-sangat..

ayam goreng rempah dengan kari ikan tengiri

Ulam..ngan sambal belacan

Tunggu turn nak ambik nasi

Rodzy yang turut diraikan. Sekarang di INTAN.

kak yati dan kak norlia...

inilah bos aku..dalam batch aku, dia sorang jew yang tak kuar dari hidrologi lagi...insyaallah bulan lima ni kot..sambung master.

nyum..nyum..
x-bos aku yang sedang buat PHD pun datang juga..

aku dan rodzy..

lizawati....kawin jemput gue ok!

Semuanya orang baru..

siti salwa..sempat sekejap jer kita kenal..

Nur..akak tak da kawan nak ajak shopping ni..jangan sedih yer..senang-senang akak singgah sana jumpa nur..


Najihah..

Semoga jihah dan salwa sukses selalu...