Thursday, February 12, 2009

Tiba juga waktunya

Hari yang sangat menyedihkan. Aku last hari ni di bahagian hidrologi dan sumber air. 6 tahun, bukan satu jangkamasa yang singkat. Lama tuuu...dari aku anak dara, bertunang, kahwin dan beranak pinak. Banyak cerita tentang aku dan keluarga, yang aku kongsikan dengan kawan-kawan kat sini. Bertuahnya aku kerana kawan-kawan ini sudi pasang telinga setiap kali aku nak kongsikan telatah dan perangai anak-anak.

Kawan-kawan yang banyak membantu samada dalam pekerjaan ataupun hal-hal peribadi. Memang sedih gilerr...sedih sangat-sangat sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang baik itu...

Majlis perpisahan siang tadi tidak akan aku lupakan. Itulah majlis perpisahan yang paling menyedihkan pada aku. Dari awal aku cuba nak mengelak, tapi dalam hati...'inilah masanya aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua" cuba kuatkan semangat, tapi bila buka mulut jerr...airmata pun berlumba-lumba nak keluar. Itulah aku...seorang yang teramat lemah dengan airmata. tapi aku tau, kawan-kawan juga tau apa yang ada dalam hati aku waktu itu..

Sekarang, aku kena mula semula. cari kawan baru dan sesuaikan diri dengan keadaan yang baru...tentu sahaja ambik masa. walauapapun, tetap tak akan sama kan?

Untuk kawan-kawan...iznur,liza,suzana,cik da,kak norlia,kak zana,zarina&zarina, terima kasih banyak2 yang tak terhingga untuk semua kerana menjadi sahabat yang baik dan pendengar setia radio buruk ini..aku doakan semoga kalian pun terus maju jaya dan happy-happy selalu...tuk liza, jangan putus asa mintak pindah ok! To..jana,jangan putus asa nak kuruskan badan..boleh punyerr..yang penting semangat!!!! To iznur, thanks a lot untuk semuanya, akak happy ada kawan macam nur.Cik da dan kak norlia...saya pun nak jadi macam akaklah..jiwa muda selalu...zarina kecik, teruskan usaha...jangan putus asa, tuhan tetap beri kita rezeki, walaupun bentuknya berbeza-beza..kalau ada khabar gembira, bagitaulah yer..

Oklah, tak nak sedih-sedih lagi pasal muka aku pun dah kembang semacam. Macam muka orang mengandung 8 bulan pulak...tak caya, tengok gambar...

macam nilah muka aku kalau mengandung dah masuk 8 bulan..

dari kiri : firdaus, aku, kak zana, zarina dan cik ida


Dapat tanda hati dari hidrologi. Dato' pengarah yang sampaikan.


Dari kiri : Jana, liza, kak zana ngan iznur

rojak buah

iznur dengan mangkuk puding sagu..

memang mabeles puding ni...suka sangat-sangat..

ayam goreng rempah dengan kari ikan tengiri

Ulam..ngan sambal belacan

Tunggu turn nak ambik nasi

Rodzy yang turut diraikan. Sekarang di INTAN.

kak yati dan kak norlia...

inilah bos aku..dalam batch aku, dia sorang jew yang tak kuar dari hidrologi lagi...insyaallah bulan lima ni kot..sambung master.

nyum..nyum..
x-bos aku yang sedang buat PHD pun datang juga..

aku dan rodzy..

lizawati....kawin jemput gue ok!

Semuanya orang baru..

siti salwa..sempat sekejap jer kita kenal..

Nur..akak tak da kawan nak ajak shopping ni..jangan sedih yer..senang-senang akak singgah sana jumpa nur..


Najihah..

Semoga jihah dan salwa sukses selalu...

5 comments:

god's slave said...

kwn awk Rodzy tu namanya Rodzyhaiza Md nor ke?
Kalo betul, tu kwn sy ms skola dulu, tp dh lama x kontek...

beloved said...

a'ah betullah tu kamarul..

muztika said...

Salam,
Syahida pindah mana ni? Ya Allah, semua dah takde kat hidrologi.. tinggallah Liza dengan Suzana kat atas .. Nur nasib baik ada Cik Ida lagi.. Mas dah pindah HQ eh? Habis en Zaki semua pindah mana pulak? Jangan sedih2.. tempat baru mana tau ada pelangi :D

beloved said...

mas cuti bersalin..en.zaki katanya dapat semula ke Nahrim tapi tak confirm lagi..insyallah kak, moga-moga dapat cahaya baru..

hnyhar said...

waah..ada farewell party..bestnye tgk lauk tuu..terliur..