Monday, February 2, 2009

Resepi Muffin

Salam kak hynar...maaf sebab lambat reply...almaklumlah...

Resepi muffin yang amat senang sangat tu, saya dapat dari yani@myresepi.com . Ini saya dah copy pastekan resepinya untuk akak..

Trylah memang senang dan sedap. Nanti akak dah buat jangan lupa publish yer..

To Yani thanks you very much..

Muffin coklat yani@myresipi.com
Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati




Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.

3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

No comments: