Wednesday, February 11, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO MY SAYANG..

Ahad lepas, aku buat jamuan makan-makan untuk hana sempena hari lahirnya. Actually, birthday Hana 9 hb (isnin), tapi aku pikir, besoknya kerja..confirm letih, so aku buat awal sehari.

Masak ala kadar jew..menu wajib mee kari mesti ada. Goreng bihun putih. Buat Karipap ngan kek gula hangus yang semut tak berapa nak buat sarang tu...tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ramai juga yang datang. Meriah. Thanks Puan Sri Muni...sampai juga puan sri muni ke rumah kita yerr...walaupun..sesat!!! Wakakaka...

Jom layan gambar..

Blueberry cake...berjaya juga aku pujuk anak aku supaya pilih kek ni..ermmm, hana nyer kek, ker? atau mamanya yang punyer ek?

Mama nak rakam maaf buat hana sebab tak dapat sediakan kek Mickey Mouse yang hana nak tu. Salah mama sebab tak g tempah..Dulu mama tengok kat Kings IOI ada kek mickey mouse yang dah siap untu dibeli, tapi hari tu kita g, dah tak ada. So..sorry sayang!

Potong kek ngan papa. Hany jangan moncong-moncong key! Turn hany bulan sembilan nanti sayang..

Happy Birthday sayang...

Semoga kita sekeluarga kekal bersama dan bahagia selamanya...Insyaallah!!


Buat hal sendiri

Hubby pn.sri munirah ...thanks bro! sebab sudi bawak muni datang rumah.

Cousin aku dan hany

Time nilah dapat borak dengan jiran-jiran

Muni, jangan marah kay...adik aku yang snap gambar ni..

Pose manja Pn.Sri

NUR HANA HANIDA 4 TAHUN SUDAH!

To, my Hana sayang,

Semoga hana gembira selalu menjalani hari-hari yang mendatang..mama bahagia punya anak-anak macam hana, hany dan haddy. Mama cuba jadi yang terbaik untuk kalian dan mama akan cuba tunaikan apa jua yang anak-anak mama mahukan asal sahaja ianya tidak mendatangkan kemudaratan....Happy birthday Hana, semoga hana panjang umur dan diberkati. Belajar rajin-rajin, dan mama nak bagitau hana bahawa mama bangga dengan hana...Semoga kasih sayang diantara kita semakin subur di hati...

3 comments:

min minna said...

yg aku nak tanye; adakah muni peggy??

beloved said...

pREGNANT KER? ENTAHLAH...MASA AKU TANYA BILA? DIA JAWAB INSYALLAH JER..

hnyhar said...

happy birthday to hana..moga membesar menjadi anak solehah utk papa n mama