Tuesday, December 15, 2009

Bila bersendirian...

21 November yang lepas, Tadika Anggur Unggu dan Taska Mawar Merah tempat Hana dan Hany belajar dan main ada buat majlis penganugerahan akhir tahun. Kira macam konvokesyen day lah..Hana ngan Hany telibat untuk persembahan malam tu.

Cikgu cikgi mohon supaya anak-anak yang terlibat dengan persembahan dapat datang ke tadika untuk training dan berehat secukupnya. Cikgunya pun dah tau, budak-budak ni kalau kat rumah mesti banyak main dan susah nak tidur siang. Cikgu takut, majlis tak mula lagi budak-budak dah mengantuk. Maklumlah majlis mula pukul 8.30 malam.

Makanya seperti yang diminta, pukul 1 petang, aku dah hantar hana ngan hany ke tadika. Tinggallah haddy ngan aku sorang2.

Sambil lipat kain, dapat gak aku tengok telatah Haddy bila kakak2 nya tak ada. Aku rasa mesti dia tengah boring giler kan?








Agak2 apa jadi dengan Lipstik aku?









Tuesday, December 8, 2009

Kemanisan hidup bersama

( Memory 07.12.2009 )

Happy Birthday to You Sayang...
Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan papa juga lebih menghargai kehidupan itu sendiri..Selagi mampu dan terdaya izinkan mama dan anak-anak menemani dan menghiasi hari -hari itu agar papa lebih bahagia dan gembira.

Didoakan jua agar papa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang lebih murah dan diberkati.Amin!

Semoga kebahagian ini semakin subur bercambah, berbunga,dan berkekalan abadi selama-lamanya ...insyallah!


Tak tau nak masak apa yang special. Nasi ayam jer pa, harap-harap papa suka.

Nak letak 3 batang lilin besar dan 2 batang lilin kecil, tapi tak cukup tempat....

Tahun ni tak ada hadiah. Tahun lepas pun tak ada hadiahkan? Hahahaa..mama tak tau la nak bagi papa hadiah apa..

Kek pun kek bajet namanya..memang saja cari yang paling kecik, cukup-cukup makan 5 orang...so, tak yah cari ruang dalam fridge nak simpan kek yang lebih-lebih tu nanti..


Tersalah pot pulak, patutnya duduk sebelah kanan papa. Dah hana tinggal separuh pulak.

Nilah kek bajet tu..sedap juga, dalamnya ada buah anggur...erm..nyum nyum anak-anak bukan main suka.

Memori Indah Kita Bersama

Sabtu lepas, gi kenduri kawin member en.middy kat pasoh 3. Masuk kereta, en. middy tanya nak pergi mana lagi? Hana jawab, nak pergi jusco.

Mana ada Jusco kat pasoh ni..

Papa cakap, kita balik rumah tido lagi best.

Papa cadang kita balik ikut jalan kita datang tadi. Lalu lenggeng.

Tetiba idea datang...'Pa, nanti kita singgah jap kat hutan lipur lenggeng tu jap nak tak? Boleh bagi budak-budak ni main air jap. Lagi pun awal lagi nih!

Mama bawak baju ker?

Baju budak-budak memang bawak spare tadi. Tuala pun mama bawak.

Papa terus ok.

Selalunya macam nilah, benda tak plan selalunya mesti jadi..dan kekadang lebih seronok.


Bukan main happy hana ngan hany main air. Aku pilih tempat anak sungai jer..utk anak-anak sesuai lah..lagi pulak airnya sejuk..hady tak mandi. Dia tak suka sejuk.

Sementara anak-anak mandi, aku pun basuh botol susu. Target lepas mandi kalau dapat susu panas mesti best, kena pulak kereta bergerak dengan sejuk aircond dan badan yang letih, memang nyaman dan lena.



Siap basuh botol, aku pun pungut ranting-ranting kering buat unggun api sikit. Boleh gak halau nyamuk hutan dan menghidupkan suasana berkelah tu. Kalau ada tikar memang best, tapi nak wat camna, benda tak dirancang...

"papa! jangan lah amik gamba hany..hany pakai cepender nih!

Hana ngan hany dah sejuk baru naik. Naik-naik terus mintak makan. Nasib baik gi kenduri kawin tadi, adalah dapat berkat dan telur, boleh lah wat alas perut sikit. Dah siap salin baju, kemas-kemas tepat jam 6 kami pulang ke rumah.
Memang seronok sangat-sangat. Thank you papa!



Sesuatu yang serius sedang dibincangkan

"Banyak perkara yang perlu kita ambil kira di dalam rekabentuk model ni Puan. Kalau boleh kita mahukan sesuatu yang benar-benar dapat membantu para peniaga mengurangkan kerosakan barang semasa banjir berlaku."

" Erm..memang itu yang saya sedang fikirkan. Saya cadangkan plat keluli diletakkan atas lantai kedai dan barang-barang di dalam kedai diletakkan di atas plat tersebut yang mana ianya boleh dinaikkan menggunakan mechine semasa banjir berlaku".

" Kalau macam tu, rekabentuk siling kedai perlu di ubah suai mengikut kesesuaian atau anggaran tinggi barang kan Puan?"

"Err..saya jawab nanti yer..saya rasa kita sedang diperhati nih!"

KWANG..KWANG..KWANG...

Thursday, December 3, 2009

Baru aku tahu knp bulan tidak muncul

Pagi ni hujan lebat. Kalau tak salah, hujan mula turun seawal jam 6 pagi tadi. Sedar pun sebab sakit perut. Lepas tu baring balik, memang nikmat sambung tidur, tapi tak leh layan sangat. Kepuasan tidur ni tak berpenghujung...

Masih selsema lagi, harap-harap hari ini lebih baik dari semalam. Harap-harap juga target nak siapkan kerja-kerja perlantikan perunding dapat disiapkan dalam dua hari ini. So, next week bleh tumpu buat perbandingan kos dan persediaan meeting JTKP. Hope!

Wednesday, December 2, 2009

rimas laa..

Aku diserang selsema lagi la..aku rasa sejak aku masuk kerja kat tempat baru ni, kerap sangat kena selsema. Agaknya kat sini sejuk sangat dan kadangkala tak menentu. Badan tak berapa tahan. Tapi bukannya kat ofis jer yang bersin-bersin, kat rumah pun sama juga. Kenapa ek?

Biasanya bila suhu sejuk bertukar normal, hidung aku automatik mula rasa penuh ( berhingus ). Lepas tu, mula lah bersin dan aku pun mulalah berkawan baik dengan tisu@kain lap. Hidung pun mulalah melecet dan aku mula hilang mood dan asyik nak marah-marah. Rimas lah..selalu macam ni. Tahun ni dah dua kali aku hilang suara. Semuanya kesan dari selsema ni. Dulu tak pernah macam ni. Resdung ker?

Friday, November 13, 2009

Tahniah!!! Dapat baby baru..

Tahniah buat kawan-kawan dan sepupu aku yang baru menyambut kelahiran permata hati yang pertama, yang kedua dan yang keempat. Semoga dengan kehadiran permata hati itu, keluarga kalian semakin dilimpahi kemurahan rezeki serta disinari kebahagian.Serta didoakan semoga anak-anak itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya. Amin.

Ni kak yana.

Kak Yana selamat melahirkan anak yang ke-4 seorang lagi perempuan pada 20 Oktober jam 12.05 pagi di HSI Johor Bahru,Johor. Tabik spring kat kak yana sebab pandai susun jantina anak...boy,girl,boy and girl.Lepas ni ada lagi tak?

Anak kita yang first beza 3 bulan tapi tahun berbeza, anak ke2 kak yana lahir bulan 2, saya bulan 9 tahun 2006, anak ke3 saya lahir bulan mei, kak yana bulan ogos tahun 2008. Agaknya kalau saya tak ambil pil perancang, mesti kita sama-sama bawak perut lagi tahun ni..

Apa-apa pun, tahniah. Anak itu amanah dan rezeki dari tuhan. Semoga kehadirannya membawa seribu rahmat dan kebahagian buat kak yana dan abang epol hingga ke akhir hayat.

Ni, sepupu aku, Niza.

Niza selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 26 Oktober jam 12.10 pagi di Hospitan Tunku Jaafar Seremban. Baby pertama yang lahir sama tarikh dengan Yam Tuan Besar N.9.So, sekarang dah ada dua orang hero. Bila pulak nak dapat heroin ek?

Mengikut kelendar kuno China, wanita berusia 30 tahun yang bulan pertama kandungannya pada bulan Februari sehingga Oktober bakal menimang cahaya mata perempuan manakala yang bulan pertama kandungannya pada bulan Januari,November dan Disember bakal menimang cahaya mata lelaki. So potensi nak dapat anak perempuan tahun depan amatlah cerahnya. Apa2 pun, ini hanyalah ramalan. Semua yang terjadi adalah dengan kuasa tuhan.

Sampai hari ini aku tak sempat lagi nak tengok kau Ja! Sorilah, nanti kita jumpa raya haji ni jer lah .

Ini pulak Munirah.

Lepas sambut birthday hana hari tu, Muni terus senyap. Tup-tup masa jemput datang open hause raya aritu, dia bagitau tak dapat datang sebab katanya dah sarat. Dan akhirnya pada 29 Oktober 2009 jam 7.20 malam Muni selamat melahirkan anak pertamanya seorang baby boy seberat 2.3 kg di Hospital Pantai.Welcome to our mama's club.

So, Muni...tahniah yerrr... kalau terbaca blog ni, kirim-kirim lah gambar permata hati tu yer..blh aunty idut tengok. Ikut muka papa ker, ikut muka mama?

Seronok dengar orang dapat baby baru. Rindu pulak rasa nak menggomol baby, rindu pulak nak cium baby yang pipinya halus dan wangi tu. Bukan ker, bau baby yang baru lahir tu kan special?

Ini baby aku yang last aritu...HADDY.

La ni dah 1 tahun setengah. Sebenarnya teringin juga nak tambah lagi...tapi, nanti dululah. En.Middy tak mau lagi. Nak tunggu haddy besar dulu. Penat katanya..( ceh..ceh..ceh..macam dia yang jaga anak ek!).

Thursday, November 12, 2009

Nak Kurus Tak?

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa aku dah kena demam THE BIGGEST LOSER. Balik je dari ofis pukul 7 terus buka Hallmark Channel 702 di Astro. Selasa malam Rabu pukul 9. Hari Sabtu pukul 2 petang. Macam ada aura pulak rancangan tu....rancangan tu buat perasaan aku berkobar-kobar dan bersemangat.

Tetiba rasa nak gi join gym. Walaupun aku tau waktu 24 jam sehari dan gaji sebulan aku tu, memang dah tak boleh nak dibahagi bahagikan lagi untuk aktiviti2 lain lagi dah.

Tapi tak apalah...kita buat cara lain.

1. Sila tampal gambar kanak-kanak Somalia yang sedang kelaparan di partition workstation anda. Contohnya gambar macam ni..

Mungkin dapat mengelakkan kita dari asyik nak mengunyah jer masa tengah buat kerja.

2. Makan masa rancangan THE BIGGEST LOSER nak mula. Jangan makan sebelum rancangan tu mula. Anda pasti menyesal gilerrr...



Bila tengok transformasi ni, agak-agak lalu tak nak tambah nasi tu?

dan yang ke 3 dan terakhir...MUHASABAH DIRI. Ingatkan diri kita, bahawa kita makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.

( Sebenarnya idea ni datang baru semalam, kebetulan time nak makan tu, kat TV sedang tayang rancangan TV3 Bersamamu. Bila tengok orang bersusah payah cari makan untuk meneruskan hidup, terus aku hilang selera makan....)

WONDER PETS


Wonder pets, wonder pets kami datang...
Membantu haiwan-haiwan yang kesusahan..
Kami Tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah..

wooooooooowow! Wonder Pets!!!!!

Tuesday, September 29, 2009

5 Tahun, 5 Bulan, 5 Hari

Papa,

Hari ini 29 hb September 2009, genap usia perkhawinan kita 5 tahun, 5 bulan dan 5 hari...
kalau bukan kerana kalender yang mama letak kat tepi blog ni, mesti mama pun tak perasan istimewanya hari ini.


Sekejap jer kan? Dalam sibuk menjalani rutin harian kita, bagai tak terasa waktu yang berlalu. Mama akui kadang-kadang terleka seketika, melayan anak-anak dan emosi sendiri. Papa pula sibuk bekerja. Hanya secebis waktu dapat kita bersama. Namun itulah yang kita perlu kita korbankan, demi anak-anak dan masa depan kita.

Papa,

Dalam kesibukan itu, tiada lain yang mama harapkan selain kita dapat terus setia bersama di dalam susah mahupun senang, dan berdoa agar kita selalu berada di dalam lingkungan kebahagiaan selama dan selagi hayat dikandung badan.

Mama, sayang Papa.

Wednesday, September 16, 2009

Secebis kisah di hari raya

Raya ni sebenarnya yang meriah pada hari pertama tu jerr..lepas salam salaman, kalau tahan panas, sampai ke petanglah baju raya tu. Kalau tak tahan panas jawabnya pakai t-shirt ngan berkain batik tak pun berseluar jerlah lepas tu.

La ni mana ada gi jalan beraya lagi dah. Kat kampung pun yang tinggal orang-orang tua jerr...generasi anak-anak pun lebih suka mengadadap tv. Alasannya mereka dah tak duduk kampung, kalau nak bertandang pun, takut tuan rumah tak kenal, kalau bawak mak ngan bapak ok lagi, kalau rakan sebaya balik kampung juga pun ok lagi, tapi kalau mak ngan bapak pun dok tunggu orang datang rumah, kalau rakan sebaya turn balik rumah mertua tahun ni, tu yang tengok tv lagi best tak pun membuta, tak pun, makan makan makan dan makan lagi.

Tapi sepanjang 29 tahun hidup dan mungkin 25 tahun meraikan hari raya, aktiviti makan berulang-ulang memang wajib. Tengok orang makan, kita pun ambik pinggan, makan. Pastu g tengok tv. Bosan, gi depan duduk kat sofa. Ada balang kuih laa...apa lagi? Bukaklah, makan kuih. Bosan pulak, gi dapur balik, tgk tak ada apa. Singgah meja makan, buka tudung saji, cuit rendang, arrgh...ambik pinggan lah, makan sikit ...pastu datang lagi sorang, duduk kat meja, tengok kita makan, dia pun nak makan juga lah.

Betul tak? Ker aku jer yang mengalami pengalaman ni?

Sebab tu jangan salahkan penimbang ok! Kalau balik dari kampung berat naik 3 kilo.

Persiapan Hari Raya

Tahun ni puasa macam tak terasa sangat. Sekejap jer kan? Tau-tau dah tinggal tiga hari jer lagi nak raya (insyaallah). Aku pulak hari2 dok harap kenapalah raya bukan minggu depan? Sempatlah nak buat persiapan.

Tengok kawan-kawan kebanyakkannya dah 80% siap. 20% lagi mungkin malam-malam terakhir nanti.
Aku?

Sehingga ke saat ini, yang dah dan belum aku buat ialah :-

**Tukar duit raya - itupun dapat duit RM1 dan RM5 jerr, duit RM10 tak ada. Sampul duit tak beli lagi tu. Entah ada lagi ker idak, tak tau lah.

**Baju raya - tak beli lagi, nasiblah kalau dapat yang fesyen lama.

**Kasut raya- Hana jer yang dah beli kasut raya.

**Kuih raya - baru siap dua jenis ( nak kena buat lagi, anak-anak bawak bekal gi sekolah ) dan dah beli 2 jenis. Tupun, nasib baik member ofis ada jual.

**Sarung kusyen sofa, baru nak hantar dobi balik kerja petang kang. Harap-harap petang besok dah boleh ambik.

**Kereta, nasib baik baru jer servis aritu.

**Langsir, entahlah...rasanya nak beli yang dah siap jerr, tapi tak yer beli-beli lagi....kalau tak beli jawabnya pakai langsir lama la jugak.

**En. Middy kata nak cat tembok rumah, warna cat dah pilih cuma tunggu dan lihat jer lah nanti...la ni pun dia kat johor lagi.

Serabut juga pikir nak raya ni. Tapi nasib baik la juga kami raya kat kampung. Bab masak memasak tu dah lepas lah beban nak memikirkannya. Apa-apapun, raya tetap raya dan aku buat mana yang mampu ajer...

Tuesday, September 15, 2009

Nasi Lemak Buah Bidara....

Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Sayang Kekasih hamba turutkan....

Sungguh lah tidak baiknya lirik lagu tu kan?

Sebenarnya bukan tu yang nak aku ulaskan....sesaja jerrr. Bila sebut jer nasi lemak, mesti nak sambung dengan perkataan buah bidara....Buah bidara tu cam ner rupanya ek? Jom google..tengok dapat gambar apa..

Ooooo....ni la rupanya buah bidara. Thanks buat pemuanya info dan gambar. Sedikit info tentang buah bidara ni yang aku dapat dari laman web yang aku ambik gambarnya ini.

Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.

Ini pula rupa isinya...Thanks buat pemunya gambar.Macam best jer buah ni bila ada yang kata rasanya macam buah epal. Betul ker? Ishk nak kena cari ni...

Sebenarnya aku cuma nak cerita, Ahad aritu, lepas berlemoih buat kuih, tengok jam dah pukul 5. Baru terpikir pulak pasal juadah berbuka tak planning apa pun lagi. Last-last paksa En. Middy bagi idea nak berbuka apa. Dia tolak kekita, kita tolak kedia, akhirnya dapat gak dia idea nak berbuka apa.

" Ma, buat nasi lemak jer la. Ayam goreng rempah"

" Sambal apa?"

" Sambal tumis biasa lah. Eh, sambal sotong pun ok jugak"

"Orait!"

So, ni lah yang dapat aku sediakan buat suami tersayang, nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng rempah ...extra sotong goreng tepung buat anak-anak. Air sirap bandung dan teh o penghilang dahaga.