Wednesday, September 17, 2008

Salamm..




Salammm...
Lama tak update blog ni. Bukannya apa, rasanya sejak kebelakangan ni rutin hidup tu dah jadi biasa. Hari-hari buat benda yang sama. Nak tulis juga rasanya, tapi tak ada feel lah. Cuma baru-baru ni, adalah juga satu dua aktiviti yang aku buat.
Buat kuih!
Kuih apa? Ala..kuih yang simple2 jew. Kuih yang bacuhannya sama tapi buat la rupa kuih tu lain2. Ha kan dah dapat banyak jenis...terer tak?
Alkisahnya yang boleh terbuat kuih ni, apa lagi kalau bukan cabaran dari en.middy aku tu. Aku kalau orang lain yang cabar, tak ambik pot langsung. Tapi kalau en.middy yang cabar....terus nak tunjuk skill. Boleh?

Sempat posing lagi tuu...



Ini kuih semprit. Kerr, korang tgk ni kuih lain?


Dapat dah sejenis...



Bakar badam..konon2nyer nak buat almond london la pulak




Serius tak? Serius la sangat...sebenarnya maluu, en.middy yang ambikan gambar



Kuih paling senang dalam dunia. Cornflakes dgn madu.

Aku buat kuih ni hari Jumaat. Besok en.middy macam biasa nak g Teluk Intan aku pulak balik Seremban tgk anak. Mama rindu sangat laa...
Alaa..manjanya bujang ni..hisap jari

Malulah la tu. Hany kalau lidah tu dah rope itu, maknanya dia malulah tu...

Yang ni jangan, nampak jew camera automatik boleh senyum nyer

Gambar ni dah cantik dah. Bukan senang nak dapat hany senyum macam tu, tapi sayang bergegar la pulak..kelamkabut punya pasal.

Hany yang slumberr

Hana puteries sulung i


Semalam hana jew yang ikut aku balik. Ingat nak bawak hany balik. Tapi takut la pulak. aku drive malam. Buatnya bergaduh dalam kereta aku jugak yang susah..Hana dah besar, dah faham, senang sikit.

Aku keluar dari rumah mak pukul 10.15 malam. Mak keluar dulu bawak hany jalan. Takut dia nangis nak ikut aku balikpulak nanti. Sampai jew kat Terminal One, jem gilerr. Sejam tuuu...baru masuk tol. Bengang giler...hana sampai tertidur punyalah lama. Tapi dalam jem tu, hana ada cakap satu benda yang buat aku tiba-tiba tergelak. " Ma, banyak nyer kereta rosak". Kereta yang tak bergerak tu, dia ingat kereta rosak.

Anak Mama....suka bergambar, senyum pun sepesen jew kan?

Hantar hana pergi nursery. Tapi dah dua hari aku punya lipstik kena pow. Anak perempuan la katakan...

Monday, September 8, 2008

Cerita Hujung Minggu



Hari Sabtu ( 6/9/08) aku bangun lambat sikit hari ni. Maklumlah kan ker cuti hari ni. Hujan pulak tu. Kat luar masih macam pukul 7 pagi walaupun hakikatnya jam dah pun pukul 10.30 pagi. Tak larat nak baring lama-lama, sakit kepala, lagi pulak puasa-puasa ni, banyak sangat tidur haus lah pulak ( akula...orang lain mungkin tidak ).

Berkemas, rehat2 pukul 3 baru keluar rumah. Aku nak ke Seremban, en.middy nak ke Teluk Intan lagi. Dalam renyai-renyai tu, kami sama-sama keluar rumah menuju destinasi masing-masing.


Masa sampai tu, anak-anak ada kat belakang rumah dengan nenek dia...Cuba tengok anak aku yang nombor dua tu, ada jer akal nak ngelak ambik gambar. Susah betul nak dapat gambar dia yang cantik. Tak macam kakak dia yang suka bergambar. Si bujang kecik tu pulak entah macamana la pulak perangainyer nanti?






Hari Ahad (7/9/08) aku bawak bujang aku gi jumpa pakar kanak-kanak. Batuknya tak elok2 la. Dah lama dah aku rasa. Kesian pulak. Klinik Pakar Kanak-kanak ni aku rasa famous jugak kat Seremban ni. Kalau tanya orang Seremban, mesti diaorang kenal Dr.Bee ni...klinik ni hari-hari ramai orang. Hari Ahad lagi la ramai...bayangkan, aku pergi pukul 9 pagi, nombor yang aku dapat 60. Tapi management diaorang ni bagus, dia suruh aku balik dulu, pukul 2.30 petang nanti datang balik.


Blog punya pasall...


Klinik ni Dr. nya sorang jer...Dr.Bee tu lah..dia tak campur ngan Dr. lain, so senang kalau kita nak rujuk apa2 if anything happend. Consultantnya tak yah cakap, nak tanya apa, tanyalah....dia ok punya. Bayaran, reasonable. Cousin aku pernah dapat 2 kali consultancy percuma masa hantar anak dia, sebab ubat yang diberi masih ada lagi. Kalau pergi klinik lain, mana dapat jumpa doktor tak payah bayar apa-apa. Doktor biasa kalau bukak mulut jer dah kita kena bayar at least RM20.

Siapa yang beria-ia ni?...mama ker haddy?


Keadaan kat klinik dr.bee tu...

Yang pegang Haddy tu, adik aku yang bongsu, yang sorang lagi, itulah cousin aku....


Anak aku yang tak boleh jumpa bedak...

Padan Muka Aku Kan?


Hari ni ( Jumaat 5/9/08) rasa nak memasak pulak. Masa rehat aku pergi Carrefour beli kepala ikan merah sebelah dengan udang harimau 10 ekor. Ingat nak masak special sikit, maklumlah... En. middy balik hari ni. Harap-harap tak malam sangat. Kalau tak dapat berbuka kat rumah pun, at least pukul 10 tu, gagah lagi lah nak makan malam.

Balik dari kerja, hujan bapak nyer lebat kat MRR2 tu. Jem gilerr. Tapi sampai jer kat technology park, kering kontang...Tengah2 jem tadi, en.middy call cakap balik lewat, pasal nak jumpa orang kat Tanjung Karang. Pukul 12 pun dia takleh janji boleh sampai rumah. Mood hilang. Malas nak cerita. Tgk jam pun dah kul 7, releks jer lah... buat air nescafe dgn makan kurma. Alhamdulillah, selesai puasa yang ke lima hari ini.

Siap mandi dan urus diri, pukul 8 mlm, panas hati dah hilang, aku pun masuk dapur. Masak lah jugak. Kalau tak masak hari ni, bilanyer aku nak masak? Besok ngan Ahad aku kat Seremban. Kepala ikan dengan udang tu, kalau simpan lama-lama pun bukannya sedap. Tak perlah, tak dapat buat makan malam, kita buat sahur jer lah...( pujuk hati....).


Kari kepala ikan merah aku tu...



Sambal Udang dengan Petai...

Hah..yang ni nasib baik bukan daging masak cuka

- menunggu kepulangan suami tercinta-

Bila ia dah dinamakan "menunggu" tu, memang sesuatu yang menyesakkan. Yang ditunggu pulak mungkin akan merasakan tekanan..

Tapi kiranya aku ni sabar lah jugak...pukul 12 en.middy tak balik lagi, aku pun surrender, tutup tv, tutup lampu, gi tengok lauk aku yang mengiurkankan tu, ( hee sabarrr2...mogok ni, jangan makan, jangan makan...) baru aku naik atas. Bukak aircond, bukak kipas, switch on radio, ambil magazine dan berenang....kahkahkah...

Kesudahan cerita ni...memang betul, aku buat sahur lauk tu..

Moralnya pulak...siapa suruh ngada-ngada mogok? Kan dah lapar...Padan muka aku.

Sekian.

Thursday, September 4, 2008

Permata Hati Mama


Permata hati mama...

Semalam en.midy pergi Teluk Intan. Hari Khamis baru balik. Aku pikir2, daripada aku sorang-sorang kat rumah malam ni, baik aku g balik Seremban tengok anak. Rindu pulak dengan budak2 tu.

Semalam sampai rumah mak lebih kurang pukul 6.45 petang, aku ingat nak singgah pergi pasar Ramadhan, tapi hujan la pulak. Kereta tak yah cakap lah...jem sudah tentu punya.

Bila anak2 nampak mamanyer datang, berlari-lari dan menjerit-menjerit seronok, hilang penat dan tension aku kat jalan tadi..

Hana macam tak caya jer nampak aku balik. Soalan bertalu-talu ditanya...

Inilah dia anak dara aku yang sulung...

Mama pergi mana ma?

Mama beli apa ma?

Apa dalam beg tu ma?

Ma, papa mana ma?

- Papa work

Papa Work kat mana ma?

- Papa work kat Teluk Intan

Ooooo.....

kat Putrajaya yer ma?

-Bukan, kat Perak

Ooooo

Besok mama work?

-Besok mama work, hana duduk dengan nenek dulu yer..Ahad ni mama ngan papa ambik hana,hany n haddy. Boleh?

Boleh.

Berbuka semalam, mak aku cuma goreng maggi ( campur bahan2 lain) untuk buat lauk. Sedap juga walaupun ringkas. Ada kuah kari semalam, aku layan jerr...bab makan ni aku tak cerewet sangat. Apa yang ada aku bedal jer. Lagi satu aku faham, mak tak dapat masak yang special mungkin sebab tak ada masa, lagipun bukannya senang nak buat kerja lain kalau dah jaga budak ni.

Haddy tak berapa sihat. Batuk yang tak baik2. Siapa2 yang ada petua nak hilangkan batuk budak kecik, boleh tak kongsi?


Muka hana ni dah jadi pink sebab curi mama punya blusher kan?




Muhammad Haddy Idaham...

Buah cinta mama dan papa...

Pagi tadi hany kejutkan aku dari tidur, sebab dia dengar ada sms masuk. Siapa lagi yang hantar pagi-pagi buta ni, kalau bukan en.middy...


sms papa...

reply sms..

Orang ada anak, macam ni laa...

Sampai sini dulu untuk hari ini...

Tuesday, September 2, 2008

Terima kasih sayang...


Aku sebenarnya baru balik dari Teluk Intan. Wat per kat sana?

Aku ikut en.middy aku la. Dia ada kerja kat sana, kebetulan minggu ni cuti tiga hari, sempena sambutan Merdeka yang jatuh hari Ahad dan diganti hari Isnin, kebetulan pulak Isnin tu puasa yang pertama. Member en.middy aku yang sama-sama supervise kat sana semuanya nak balik kampung, konon-kononnya nak sambut puasa kat kampung la....so terpaksalah en.middy aku yang supervise budak2 yang kerja kat Teluk Intan tu...


Selain ingat nak temankan en.middy aku tu, aku nak jugak ambil peluang ni gi jalan-jalan, tukar angin...mula-mula ingat nak bawak Hana jer, tapi dia lagi suka ikut nenek dia balik kampung, so aku gi berdualah dengan en.middy. Lagi pulak en.middy dah cakap, dia tak janji dapat bawak aku gi jalan2, sebab dia terpaksa lebihkan kerja, masa dah suntuk...aku faham so deal lah. Maknanya kalau aku kena tinggal dalam bilik sebab en.middy aku kena ada kat tempat kerja dia tu, aku takleh complainlah...macam tu lah kiranya.

Sebab tu la aku tak nak bawak anak. Masak, aku duduk dalam bilik ngan budak2. Budak kan cepat bosan...kesian pulak.


Gambar ni masa kat Teluk Batik, malam jalannyer...siang ramai sangat.

Aku bertolak dari rumah hari Sabtu, lepas maghrib, lbh kurang kul 8 camtu, en.middy cakap ada nak jumpa orang, kira subcon lah, kat Bukit Beruntung...ingatkan sekejap, lama lah pulak...aku ingat nak sambut merdeka kat menara condong, last-last dalam kereta....

Ahad tu, en.middy terpaksa cuti pasal budak2 dia nak cuti. Tak perlah...merdeka daykan? Padahal bukan negara diaorang pun yang merdeka. Maklumlah budak2 en. middy aku ni, pendatang.

Aku tumpang seronok juga sebab en.middy ada masa dengan aku..so lunch kitaorang masih di Teluk Intan, kat sini tak banyak kedai makan melayu lah. Lagi pulak en.middy aku cakap, ada yang bagitau dia kedai makan kat sini ada yang orang kenakan santau. Mana tak was-was nak makan. Last2 pilihan terakhirlah kononnya, apa lagi? Nasi Kandar jer lah...

Makan nasi kandar kat Restoran Asraf

Lepas makan aku dan en.middy terus g Teluk Batik. Tempat yang kitaorang pernah pergi masa bercinta dulu. Angin pun rasa lain jer bila pergi tempat2 kenangan nih. Seolah-olah masa berundur 2,3 tahun kebelakang lah pulak....HAHAHAHA...jiwang..jiwang

tapi betul aku cakap kat ko,...jiwa rasa mude jerrr bila berdua.

Sampai jer Teluk Batik, orang punyalah ramai..maklumlah cuti, serabut giler..aku ngan en.middy lari pergi Lumut pulak.




Enjin aku dah panas ni, korang dah siap lum nak masuk dalam dunia aku ni? Aku dah ada rasa macam terbang sikit-sikit nih...Yang siap jer teruskan baca, yang tak siap ikut suka

Aku rasakan, bila kita ada masa berdua dengan pasangan kita tu, seharusnya kita hargai waktu itu dengan sebaik-baiknya...sebab mengenali pasangan kita bukan semudah yang kita sangka.

Sometimes ada benda-benda kecik yang kita tak berapa nak nampak masa hari-hari biasa, tapi bila dah berdua, baru kita perasan, rupa-rupanya itulah sesuatu perkara yang menarik yang ada pada pasangan kita.

Kadang-kadang kita anggap sesuatu tu tak berapa penting, tapi bagi pasangan kita itu yang penting.


Walaubagaimanapun bergantung juga pada keadaan, kalau sesuatu pandangan masih boleh dikompromi, so defend lah dengan pendapat masing2. Kat situlah muafakat. Memberi dan menerima. Tak salahkan? Kalau perlu berdebat, berdebatlah cara sihat, yang penting kesudahannya mesti yang positif tau.

Manjakan pasangan kita.
Kita pun suka dimanja. Macam tu juga dia. Hari-hari kita dah sibuk dengan anak-anak kan? So, inilah peluang kita bayar hutang....



Kembalikan mood masa bercinta dulu.
Biasakan berkasih sayang, bermanja-manja atau bergurau senda( sakat lah dia sikit. Kiranya macam tu lah...) biasakan melafaz kata-kata cinta supaya sepuluh tahun akan datang nanti takkan terkeluar dari mulut pasangan kita atau kita sendiri kata-kata bangga tapi tak percaya.


Kata-kata bangga tapi tak percaya? Contoh? "Buang tebiat apa orang tua ni?" So korang paham lah yer apa yang aku nak cakap tu...


Semoga hubungan dan kemesraan ini kekal hingga akhir hayat..

So kesimpulannya, ( aku dah malas lah ni...banyak melalut kan?) percutian tiga hari dengan en.middy aku, berjaya memberi nilai tambah kepada perhubungan dan ikatan perkahwinan ini. Semoga di lain masa kami di beri lagi kesempatan ini..untuk menikmati indahnya cinta dan kasih sayang.

Untuk en.middy yang tersayang, terima kasih kerana di dalam kesibukan yang mampu menyekat pernafasan itu, en. middy dapat juga curi masa bawak mama pergi jalan-jalan. Paling tak sangka skali sporting nya en.middy layan mama bergambar...best lah! Nanti bawak mama gi jalan2 lagi yer...luv u sayang.

Hari pertama puasa aku dan en.middy sahur kat Teluk Batik Resort, pukul 5.00 pagi. Sedap juga masakannya. Udang masak lemak kuning, chap chai, ayam goreng rempah, ikan apatah, masak kicap. Hidang lagi. Aku ingatkan buffet. Tapi pagi-pagi ni bukan boleh makan banyak pun....

Pukul 1 mcm tu, kitaorang dah check out. Pergi semula ke Teluk Intan. En.Middy kerja hari ni. Dia tak nak aku boring, dia suruh aku gi jalan2 kat The Store. Aku bab jalan2 kat shopping complex ni, empat jam pun tahan. Tapi baru 3 jam, aku dah letih. Lupa lah pulak, kan ker puasa hari ni...Last2 aku lepakdalam kerete jer, pukul 5 lebih aku dan en.middy mula tinggalkan Teluk Intan untuk balik rumah...


On the way ke Teluk Batik dari Teluk Intan. Cantikkan?

Sepanjang perjalanan (lalu janlan lama ) try tengok-tengok kedai yang jual nasi campur, hampeh tak ada pun...nak g kedai2 seafood atau yang ala-ala siam ni, malas. Nak kena order lah pulak. Kang pukul berapa pulak nak makannya.

Berbuka kat kereta jerr...

Ngam2 azan, kitaorang sampai Petronas Jeram. Beli air ngan roti. Dapat juga kurma percuma bolehlah setakat nak buat alas perut dulu sebelum jumpa kedai makan. Alhamdullillah selesai hari pertama puasa.

Pukul 8 lebih macam tu, en.middy bawak g section 7 shah alam. Barulah kitaorang jumpa nasi. Kat restoran Molek ni ada jual nasi campur, so oklah...bersantaplah kami. Pukul 10 terus balik Puncak Jalil. Letih gilerr....

Ok la..sampai sini dulu. Sapa yang enjoy, thanks tapi sapa yang boring pun thanks juga sebab berjaya menghabiskan pembacaan anda....


Ha ni lah dia...bila jari mula menari...