Tuesday, September 2, 2008

Terima kasih sayang...


Aku sebenarnya baru balik dari Teluk Intan. Wat per kat sana?

Aku ikut en.middy aku la. Dia ada kerja kat sana, kebetulan minggu ni cuti tiga hari, sempena sambutan Merdeka yang jatuh hari Ahad dan diganti hari Isnin, kebetulan pulak Isnin tu puasa yang pertama. Member en.middy aku yang sama-sama supervise kat sana semuanya nak balik kampung, konon-kononnya nak sambut puasa kat kampung la....so terpaksalah en.middy aku yang supervise budak2 yang kerja kat Teluk Intan tu...


Selain ingat nak temankan en.middy aku tu, aku nak jugak ambil peluang ni gi jalan-jalan, tukar angin...mula-mula ingat nak bawak Hana jer, tapi dia lagi suka ikut nenek dia balik kampung, so aku gi berdualah dengan en.middy. Lagi pulak en.middy dah cakap, dia tak janji dapat bawak aku gi jalan2, sebab dia terpaksa lebihkan kerja, masa dah suntuk...aku faham so deal lah. Maknanya kalau aku kena tinggal dalam bilik sebab en.middy aku kena ada kat tempat kerja dia tu, aku takleh complainlah...macam tu lah kiranya.

Sebab tu la aku tak nak bawak anak. Masak, aku duduk dalam bilik ngan budak2. Budak kan cepat bosan...kesian pulak.


Gambar ni masa kat Teluk Batik, malam jalannyer...siang ramai sangat.

Aku bertolak dari rumah hari Sabtu, lepas maghrib, lbh kurang kul 8 camtu, en.middy cakap ada nak jumpa orang, kira subcon lah, kat Bukit Beruntung...ingatkan sekejap, lama lah pulak...aku ingat nak sambut merdeka kat menara condong, last-last dalam kereta....

Ahad tu, en.middy terpaksa cuti pasal budak2 dia nak cuti. Tak perlah...merdeka daykan? Padahal bukan negara diaorang pun yang merdeka. Maklumlah budak2 en. middy aku ni, pendatang.

Aku tumpang seronok juga sebab en.middy ada masa dengan aku..so lunch kitaorang masih di Teluk Intan, kat sini tak banyak kedai makan melayu lah. Lagi pulak en.middy aku cakap, ada yang bagitau dia kedai makan kat sini ada yang orang kenakan santau. Mana tak was-was nak makan. Last2 pilihan terakhirlah kononnya, apa lagi? Nasi Kandar jer lah...

Makan nasi kandar kat Restoran Asraf

Lepas makan aku dan en.middy terus g Teluk Batik. Tempat yang kitaorang pernah pergi masa bercinta dulu. Angin pun rasa lain jer bila pergi tempat2 kenangan nih. Seolah-olah masa berundur 2,3 tahun kebelakang lah pulak....HAHAHAHA...jiwang..jiwang

tapi betul aku cakap kat ko,...jiwa rasa mude jerrr bila berdua.

Sampai jer Teluk Batik, orang punyalah ramai..maklumlah cuti, serabut giler..aku ngan en.middy lari pergi Lumut pulak.




Enjin aku dah panas ni, korang dah siap lum nak masuk dalam dunia aku ni? Aku dah ada rasa macam terbang sikit-sikit nih...Yang siap jer teruskan baca, yang tak siap ikut suka

Aku rasakan, bila kita ada masa berdua dengan pasangan kita tu, seharusnya kita hargai waktu itu dengan sebaik-baiknya...sebab mengenali pasangan kita bukan semudah yang kita sangka.

Sometimes ada benda-benda kecik yang kita tak berapa nak nampak masa hari-hari biasa, tapi bila dah berdua, baru kita perasan, rupa-rupanya itulah sesuatu perkara yang menarik yang ada pada pasangan kita.

Kadang-kadang kita anggap sesuatu tu tak berapa penting, tapi bagi pasangan kita itu yang penting.


Walaubagaimanapun bergantung juga pada keadaan, kalau sesuatu pandangan masih boleh dikompromi, so defend lah dengan pendapat masing2. Kat situlah muafakat. Memberi dan menerima. Tak salahkan? Kalau perlu berdebat, berdebatlah cara sihat, yang penting kesudahannya mesti yang positif tau.

Manjakan pasangan kita.
Kita pun suka dimanja. Macam tu juga dia. Hari-hari kita dah sibuk dengan anak-anak kan? So, inilah peluang kita bayar hutang....



Kembalikan mood masa bercinta dulu.
Biasakan berkasih sayang, bermanja-manja atau bergurau senda( sakat lah dia sikit. Kiranya macam tu lah...) biasakan melafaz kata-kata cinta supaya sepuluh tahun akan datang nanti takkan terkeluar dari mulut pasangan kita atau kita sendiri kata-kata bangga tapi tak percaya.


Kata-kata bangga tapi tak percaya? Contoh? "Buang tebiat apa orang tua ni?" So korang paham lah yer apa yang aku nak cakap tu...


Semoga hubungan dan kemesraan ini kekal hingga akhir hayat..

So kesimpulannya, ( aku dah malas lah ni...banyak melalut kan?) percutian tiga hari dengan en.middy aku, berjaya memberi nilai tambah kepada perhubungan dan ikatan perkahwinan ini. Semoga di lain masa kami di beri lagi kesempatan ini..untuk menikmati indahnya cinta dan kasih sayang.

Untuk en.middy yang tersayang, terima kasih kerana di dalam kesibukan yang mampu menyekat pernafasan itu, en. middy dapat juga curi masa bawak mama pergi jalan-jalan. Paling tak sangka skali sporting nya en.middy layan mama bergambar...best lah! Nanti bawak mama gi jalan2 lagi yer...luv u sayang.

Hari pertama puasa aku dan en.middy sahur kat Teluk Batik Resort, pukul 5.00 pagi. Sedap juga masakannya. Udang masak lemak kuning, chap chai, ayam goreng rempah, ikan apatah, masak kicap. Hidang lagi. Aku ingatkan buffet. Tapi pagi-pagi ni bukan boleh makan banyak pun....

Pukul 1 mcm tu, kitaorang dah check out. Pergi semula ke Teluk Intan. En.Middy kerja hari ni. Dia tak nak aku boring, dia suruh aku gi jalan2 kat The Store. Aku bab jalan2 kat shopping complex ni, empat jam pun tahan. Tapi baru 3 jam, aku dah letih. Lupa lah pulak, kan ker puasa hari ni...Last2 aku lepakdalam kerete jer, pukul 5 lebih aku dan en.middy mula tinggalkan Teluk Intan untuk balik rumah...


On the way ke Teluk Batik dari Teluk Intan. Cantikkan?

Sepanjang perjalanan (lalu janlan lama ) try tengok-tengok kedai yang jual nasi campur, hampeh tak ada pun...nak g kedai2 seafood atau yang ala-ala siam ni, malas. Nak kena order lah pulak. Kang pukul berapa pulak nak makannya.

Berbuka kat kereta jerr...

Ngam2 azan, kitaorang sampai Petronas Jeram. Beli air ngan roti. Dapat juga kurma percuma bolehlah setakat nak buat alas perut dulu sebelum jumpa kedai makan. Alhamdullillah selesai hari pertama puasa.

Pukul 8 lebih macam tu, en.middy bawak g section 7 shah alam. Barulah kitaorang jumpa nasi. Kat restoran Molek ni ada jual nasi campur, so oklah...bersantaplah kami. Pukul 10 terus balik Puncak Jalil. Letih gilerr....

Ok la..sampai sini dulu. Sapa yang enjoy, thanks tapi sapa yang boring pun thanks juga sebab berjaya menghabiskan pembacaan anda....


Ha ni lah dia...bila jari mula menari...


No comments: