Saturday, August 30, 2008

Bila Jari Mula Menari 2...



Eh..eh ada sambungan la pulak. Bukan apa, aku rasa tajuk ni macam best jer kan? Betul tak? "Bila Jari Mula Menari" Keyboard ni macam piano, walaupun tak ada muzik tapi alunan rasanya sama rentak dengan naluri aku. Aku boleh tulis apa jer walaupun tak ada topik, lihat jari jemari ni mencari huruf macam satu tarian pulak. Cantik..pergerakkannya. Gerakannya ikut rasa ikut hati.... jom kongsi rasa dengan aku...

Sejak akhir-akhir ni, hati aku berbunga-bunga...rasa macam orang tengah bercinta pulak. Hari-hari berhias, nak rasa cantik jerr...(biar bukan lawa sangat pun, at least tidaklah selekeh). Dulu aku tak kisah sangat dengan penampilan, aku selesa jadi aku. Tapi berbaloi ker kita tetap dengan keselesaan itu tanpa buat apa2 perubahan? Macammana dengan orang yang rapat dengan kita? Selesakah dia dengan keselesaan kita itu?

Sekarang berat aku dah kurang sikit, baju lama pun dah boleh pakai, bila beli baju pun dah boleh yang up to date sikit. Tak adalah macam baju makcik-makcik. Aku baru 28 thun, belum tua sangat pun kan? Husband pun perasan dengan perubahan ini. Nampak dia happy...

Semua orang suka kan yang cantik...aku pun suka sesuatu yang cantik, dan aku sendiri akui aku suka tengok perempuan cantik. Kadang-kadang rasa macam best jer jadi cantik. Semua orang suka, ramai yang sudi nak kawan dengan orang cantik. Kalau yang lelaki confirm nak buat kita kawan, teman dan isteri. Mata aku ni kalau tengok orang cantik mesti tak cukup sekali. Semuanya aku nak tengok, muka dia, ruas tangan dan kaki yang panjang, jari2 yang panjang dan runcing, perut yang flat, kulit bersih tanpa cela atau parut, rambut dia yang lebat ( kalau dia free hair ), cara dia pakai tudung, dressing dia dari kepala sampai kaki pendek kata semualah....( itu pendek yang kata, panjang tak kata apa-apa ). Agaknya sebab aku tak punya itu semua.

Honestly, masa aku jumpa husband aku dulu, aku ni cubby....tapi bila tengah bercinta aku rasa aku betul2 di alam kegembiraan. Bila dating jer, mesti g makan. Tak pernah lah kalau jumpa tu tak makan. Itu agenda wajib. Mesti buat. Sampailah masa aku dapat kerja gomen, lagilah....tak banyak bergerak, duduk jer kat ofis sampai bontot pun kembang sama saiz dengan kerusi.

Masa aku kawin lagi lah bulatnya, aku pun malu nak frame gambar kawin aku...pernah juga terfikir, nanti kalau aku dah kurus, aku nak ambik gambar pakai baju pengantin sekali lagilah...sampai macam tu sekali, aku frust dengan majlis yang aku tak urus persiapannya betul2. Tak macam budak2 sekarang, semuanya teliti dari baju, gambar, konsep sampai cenderahati untuk jemputan semuanya complete. Tapi nak cakap macam mana, masa tu..itu ajalah yang mampu aku buat. Lagi pulak baru kerja, duit bukannya ada sangat, budak sekarang setahun kerja dah boleh buat pinjaman bank, tu yang meriah...tapi nak pujuk hati,..selesai kan ajer yang wajib, lepas ni aku dah boleh tumpu kepada simpan duit dan bina kelurga. Tak payah pening-pening fikir pasal hutang majlis kawin....nanti anak dah keluar 2, 3 hutang tak habis2 lagi.

Aku yang gemok, gemuk, ada beza tak o dan u? Sama jer kot? Itu la aku...

Bila dah kawin, kita tahu husband kita dah terima kita seadanya selain soal jodoh kita yang telah ditentukan Tuhan. Jadi, walaupun husband kita tak pernah complain dengan bentuk badan kita, itu hanya kerana nak jaga hati kita supaya tak kecil hati dengan komen dia dan aku sendiri ingatkan diri aku, baik mana pun dia, dia tetap manusia biasa yang mana akan, kembali kepada fitrah, suka kan yang cantik....yang lain nombor dua.

So, lepas bersalin anak ketiga ni, berat aku turun banyak berbanding anak no1 dan 2. Kenapa? agaknya sebab masa mengandung hari tu aku dikesan ada kencing manis, so aku on diet control...lepas bersalin aku dikatakan bebas dari kencing manis, syukur sangat-sangat, walaubagaimanapun, aku tetap takut...yerlah bila dah gemuk sangat, macam-macam penyakit nak menyinggah, so aku nak ambik kesempatan ini untuk maintain diet supaya berat aku tak naik lagi...

Ada orang bila gemuk dia cantik, tapi untuk aku, bila gemuk aku tak cantik...susah nak dress up, cari baju pun susah, seluar apatah lagi...memang dah banyak baju yang besar-besar sekarang, tapi tak kena dengan selera aku..jadi apa salahnya aku buat perubahan pada diri aku tahun ini.

Aku pun tak nak, kerana badan yang gemuk ini husband aku ada alasan untuk tengok perempuan lain. Kalau perempuan tu kurus, aku boleh usahakan untuk aku jadi kurus,macam yang dia suka, kalau perempuan tu baik, aku akan usaha untuk jadi lebih baik dari dia, kalau dia pandai, aku akan usaha untuk lebih pandai atau sama pandai dengan dia, semuanya akan aku usahakan...tapi kalau perempuan itu lebih cantik dari aku, aku redha....sampai situ ajalah yang aku termampu...

So kawan-kawan yang terbaca blog ni, bagilah semangat untuk aku teruskan diet ni...korang yang kenal aku, mesti tak pernah tengok aku kuruskan? Sebab, aku tak pernah kurus pun,..aku target hujung tahun ni berat aku 60 kg. Harap-harap impian ini tercapai....kalau berjaya nanti aku ambik gambar angka kat penimbang aku tu, aku tampal kat blog nih...

Apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bagi aku tuhan sudah jadikan aku cukup sempurna dan aku bahagia...cantik itu hanyalah kelebihan dari mata manusia, itupun belum tentu menjanjikan bahagia...

Cuma sebagai isteri aku hanya berusaha untuk berikan yang terbaik kepada lelaki yang bergelar suami ini..kerana, membuat dia tersenyum ajer, sudah cukup membahagiakan aku.. Sekian dulu.

Bila jari mula menari.....

1 comment:

ietams said...

dut, aku rasa kalo ko menten kan je yg skarang ni pun dah okey...