Wednesday, August 13, 2008

Meninggalkan yang tersayang...


Tajuk tak tahan....tapi tak per, kita baca dulu.

Hari ini aku sibuk sikit. Tapi sibuk2 pun, aku sempat jugak keluar cari barang2 keperluan untuk aku bawak besok.

Oh yer..lupa nak cerita, besok aku kena pergi Kursus Kenegaraan ( BTN ) orang gomen biasalah dengar benda alah ni..( salah satu syarat untuk kenaikan pangkat). Kursus tu kat Kem Bina Negara Maran Pahang, dari 14 - 18 Ogos 2008.

Yang sedihnyer...birthday aku 15 hb tu....Wawawawawa...
Yang sedih lagi...tak boleh bawak handphone..ishkishkishk..sadisssssss
Aiiiii..Sayang, Rindulah mama nanti jawabnye...

Tapi tak apalah, anggap jer lah itu semuanya cobaan!!!

Malam ni, aku nak hantar Hana dan Haddy balik kampung. Hany aku dah eksport dulu.


Rindu pulak mama dengan hany...tapi bila bab tak dengar cakap tu yang mama rasa nak jadi rimau tu..

Macam penat jer nak pergi Seremban, lepas tu balik Puncak Jalil semula dan besok drive ke Ampang dan akhir sekali travelling ker Maran. Tapi kalau tak hantar putera dan puteri tu, siapalah yang nak jaga???

Aku rasa besok hubby aku tak dapat hantar aku pergi ofis. Sebab dia pun nak outstation juga.
Pergi JB katanya. Kalau nak diikutkan dia lagilah penat. Ulang alik KL - Teluk Intan, ni nak ke JB pulak, kerja nak kena siap dlm tempoh sebulan. Kesian pulak tengok dia terkejar-kejar...

"Tapi tak apalah yang...sekurang-kurangnyer sayang mama ada kerja".

Alkisah nyerr....

Kejutanlah konon-konon nyer ni....maklumlah nak tinggal kan suami sekejap...

Tadi, aku ada beli something untuk my hubby, tapi tak adalah apa sangat...kerana niat aku hanyalah nak buat dia tersenyum...tapi, kalau tiba-tiba dia rasa bangga dan terharu,...kan ker bonus untuk aku tu... ( bonus ker???)

Macam biasa, aku akan letak semuanya dalam kereta nanti.

My hubby akan dapat present tu, masa nak pergi kerja besok,...so SUPRISE!!!

Agak-agaknyer..dengan tiga biji coklat (walaupun tidak semahal ferrero rocher), sekuntum bunga dan sekeping kad..tu, dia boleh senyum sampai ke telinga tak? Hopefully kan.



Tadi terpikir jugak nak beri yang ini, grand sikit. Sedap dan mahal. Tapi nanti dia makan sorang-sorang....tu yang cancelled tadi..hahahaha

"Tak apalah yang... nanti mama balik, mama beli...kita makan sama-sama yer..."

"Sayanggggggg papa..."

"Ok lah yang...

Sayang mama take care ok...,
Ingat dan rindu mama selalu....adinda pergi tidaklah lama, barang empat lima hari saje.." (hwahwahwa...ayat purba...ok tak?)

Tapi ingat...sayang janji nak bawak mama pergi MAHA hari Selasa tu...jangan lupa tau. Tapi kalau busy juge...tak apalah, lain kali pun adinda tak kisah.


No comments: