Tuesday, August 19, 2008

Jalan-jalan


Hari ni aku cuti..maklumlah, semalam aku baru balik dari Kem Bina Negara yang aku beritahu hari tu. Lima hari beb...sasau gue kat sana. Ingat kat anak..suami apatah lagi. Sejak kelahiran anak ke-2 ( hany), aku memang cuba untuk tak keluar out station, tapi kali ini aku terkena jugak.



Kem ni tak boleh tak pergi, kalau tak pergi, proses kenaikan pangkat akan terganggu. Kalau nak diikutkan, TA ( Technical Assistant ) ni, dua tingkat jer lagi kenaikannya. Sekarang gred jawatan aku J29, lepas ni kalau naik dia jadi J36 ( TA kanan ) dan last step J38 ( TA kanan tertinggi ). Yang 36 tu 5 tahun lagi pun belum tentu dapat. Maklumlah ikut seniority.


Tak boleh cakap apalah...yang penting perjuangan harus diteruskan dan sebagai penjawat awam, mesti selalu menambahbaikan mutu perkhidmatan dan bekerja dengan ikhlas. ( hahahaha skema tak? maklumlah baru balik dari Kem Bina Negara lah katakan...SEMANGAT!SEMANGAT!

Berbalik pada tajuk di atas...


Hubby aku tunaikan janji. Janji yang nak dia nak bawak aku gi jalan-jalan tgk ekspo MAHA 2008 tuuu...macam pakwe makwe yang tengah bercinta lagaknye...jalan berpimpinan tangan. Maklumlah...anak tak ikut..kat kampung lagi. ( thanks papa )

4 jam aku kat sana ( MAHA 08 ) tadi, berpeluh-peluh jalan. Tapi....secara peribadi, aku rasa tak seronok lah..antara penyebab-penyebab yang buat tak seronok macam....tempatnya dah lah jauh2. Tak banyak sikit, adalah juga anak2 pokok, buah-buahan segar dari ladang dan produk2 pertanian tu yang memikat hati.


Memang nafsu nak membeli tu ada, tapi cuba bayangkan...ni jalan tak habis lagi. Bak kata orang tu, perjalanan masih jauh. Tapi nak bawak anak pokok, buah-buahan atau produk-produk pertanian tu tak ker berat? Sorang boleh bawak berapa kilo jer....? memanglah ada tram atau bas, tapi....penuh gilerr

Lebih kurang macam ni la cendol yang aku beli tu...tapi tak pakai ais parut, dia pakai ais cube jer..

First time aku minum cendol rege RM 2.00 kat MAHA la. Cendol ais ketul pulak tu. Kalau dapat ais parut macam gambar kat atas tu ok lagi kot? Rokok yang tergolong dalam barang2 harga kawalan tu pun naik 10 sen. Giler babas betul lah..sumernya mahal-mahal. Agaknyer diaorang sewa kedai mahal kot? Tak perlah....ikut suka hatilah....

Last-last aku cakap dengan laki aku..cukuplah sekali...

Tapi untuk yang belum pergi, try la pergi dulu, ini dari pandangan aku. Pandangan korang mungkin berbeza...kalau best, next MAHA boleh pergi lagi..

Bila dah berpeluh-peluh nih...nak ambik gambar pun tak ada mood..cuma ni jer lah yang ada...



Ni kat Laman Nenas....


Kalau tak salah, ni kat Dewan B - penyertaan dari luar negara

Minat dengan landskap nih

Ni jambatan kat Laman Negeri

No comments: