Friday, November 13, 2009

Tahniah!!! Dapat baby baru..

Tahniah buat kawan-kawan dan sepupu aku yang baru menyambut kelahiran permata hati yang pertama, yang kedua dan yang keempat. Semoga dengan kehadiran permata hati itu, keluarga kalian semakin dilimpahi kemurahan rezeki serta disinari kebahagian.Serta didoakan semoga anak-anak itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya. Amin.

Ni kak yana.

Kak Yana selamat melahirkan anak yang ke-4 seorang lagi perempuan pada 20 Oktober jam 12.05 pagi di HSI Johor Bahru,Johor. Tabik spring kat kak yana sebab pandai susun jantina anak...boy,girl,boy and girl.Lepas ni ada lagi tak?

Anak kita yang first beza 3 bulan tapi tahun berbeza, anak ke2 kak yana lahir bulan 2, saya bulan 9 tahun 2006, anak ke3 saya lahir bulan mei, kak yana bulan ogos tahun 2008. Agaknya kalau saya tak ambil pil perancang, mesti kita sama-sama bawak perut lagi tahun ni..

Apa-apa pun, tahniah. Anak itu amanah dan rezeki dari tuhan. Semoga kehadirannya membawa seribu rahmat dan kebahagian buat kak yana dan abang epol hingga ke akhir hayat.

Ni, sepupu aku, Niza.

Niza selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 26 Oktober jam 12.10 pagi di Hospitan Tunku Jaafar Seremban. Baby pertama yang lahir sama tarikh dengan Yam Tuan Besar N.9.So, sekarang dah ada dua orang hero. Bila pulak nak dapat heroin ek?

Mengikut kelendar kuno China, wanita berusia 30 tahun yang bulan pertama kandungannya pada bulan Februari sehingga Oktober bakal menimang cahaya mata perempuan manakala yang bulan pertama kandungannya pada bulan Januari,November dan Disember bakal menimang cahaya mata lelaki. So potensi nak dapat anak perempuan tahun depan amatlah cerahnya. Apa2 pun, ini hanyalah ramalan. Semua yang terjadi adalah dengan kuasa tuhan.

Sampai hari ini aku tak sempat lagi nak tengok kau Ja! Sorilah, nanti kita jumpa raya haji ni jer lah .

Ini pulak Munirah.

Lepas sambut birthday hana hari tu, Muni terus senyap. Tup-tup masa jemput datang open hause raya aritu, dia bagitau tak dapat datang sebab katanya dah sarat. Dan akhirnya pada 29 Oktober 2009 jam 7.20 malam Muni selamat melahirkan anak pertamanya seorang baby boy seberat 2.3 kg di Hospital Pantai.Welcome to our mama's club.

So, Muni...tahniah yerrr... kalau terbaca blog ni, kirim-kirim lah gambar permata hati tu yer..blh aunty idut tengok. Ikut muka papa ker, ikut muka mama?

Seronok dengar orang dapat baby baru. Rindu pulak rasa nak menggomol baby, rindu pulak nak cium baby yang pipinya halus dan wangi tu. Bukan ker, bau baby yang baru lahir tu kan special?

Ini baby aku yang last aritu...HADDY.

La ni dah 1 tahun setengah. Sebenarnya teringin juga nak tambah lagi...tapi, nanti dululah. En.Middy tak mau lagi. Nak tunggu haddy besar dulu. Penat katanya..( ceh..ceh..ceh..macam dia yang jaga anak ek!).

Thursday, November 12, 2009

Nak Kurus Tak?

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa aku dah kena demam THE BIGGEST LOSER. Balik je dari ofis pukul 7 terus buka Hallmark Channel 702 di Astro. Selasa malam Rabu pukul 9. Hari Sabtu pukul 2 petang. Macam ada aura pulak rancangan tu....rancangan tu buat perasaan aku berkobar-kobar dan bersemangat.

Tetiba rasa nak gi join gym. Walaupun aku tau waktu 24 jam sehari dan gaji sebulan aku tu, memang dah tak boleh nak dibahagi bahagikan lagi untuk aktiviti2 lain lagi dah.

Tapi tak apalah...kita buat cara lain.

1. Sila tampal gambar kanak-kanak Somalia yang sedang kelaparan di partition workstation anda. Contohnya gambar macam ni..

Mungkin dapat mengelakkan kita dari asyik nak mengunyah jer masa tengah buat kerja.

2. Makan masa rancangan THE BIGGEST LOSER nak mula. Jangan makan sebelum rancangan tu mula. Anda pasti menyesal gilerrr...



Bila tengok transformasi ni, agak-agak lalu tak nak tambah nasi tu?

dan yang ke 3 dan terakhir...MUHASABAH DIRI. Ingatkan diri kita, bahawa kita makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.

( Sebenarnya idea ni datang baru semalam, kebetulan time nak makan tu, kat TV sedang tayang rancangan TV3 Bersamamu. Bila tengok orang bersusah payah cari makan untuk meneruskan hidup, terus aku hilang selera makan....)

WONDER PETS


Wonder pets, wonder pets kami datang...
Membantu haiwan-haiwan yang kesusahan..
Kami Tak besar dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah..

wooooooooowow! Wonder Pets!!!!!

Tuesday, September 29, 2009

5 Tahun, 5 Bulan, 5 Hari

Papa,

Hari ini 29 hb September 2009, genap usia perkhawinan kita 5 tahun, 5 bulan dan 5 hari...
kalau bukan kerana kalender yang mama letak kat tepi blog ni, mesti mama pun tak perasan istimewanya hari ini.


Sekejap jer kan? Dalam sibuk menjalani rutin harian kita, bagai tak terasa waktu yang berlalu. Mama akui kadang-kadang terleka seketika, melayan anak-anak dan emosi sendiri. Papa pula sibuk bekerja. Hanya secebis waktu dapat kita bersama. Namun itulah yang kita perlu kita korbankan, demi anak-anak dan masa depan kita.

Papa,

Dalam kesibukan itu, tiada lain yang mama harapkan selain kita dapat terus setia bersama di dalam susah mahupun senang, dan berdoa agar kita selalu berada di dalam lingkungan kebahagiaan selama dan selagi hayat dikandung badan.

Mama, sayang Papa.

Wednesday, September 16, 2009

Secebis kisah di hari raya

Raya ni sebenarnya yang meriah pada hari pertama tu jerr..lepas salam salaman, kalau tahan panas, sampai ke petanglah baju raya tu. Kalau tak tahan panas jawabnya pakai t-shirt ngan berkain batik tak pun berseluar jerlah lepas tu.

La ni mana ada gi jalan beraya lagi dah. Kat kampung pun yang tinggal orang-orang tua jerr...generasi anak-anak pun lebih suka mengadadap tv. Alasannya mereka dah tak duduk kampung, kalau nak bertandang pun, takut tuan rumah tak kenal, kalau bawak mak ngan bapak ok lagi, kalau rakan sebaya balik kampung juga pun ok lagi, tapi kalau mak ngan bapak pun dok tunggu orang datang rumah, kalau rakan sebaya turn balik rumah mertua tahun ni, tu yang tengok tv lagi best tak pun membuta, tak pun, makan makan makan dan makan lagi.

Tapi sepanjang 29 tahun hidup dan mungkin 25 tahun meraikan hari raya, aktiviti makan berulang-ulang memang wajib. Tengok orang makan, kita pun ambik pinggan, makan. Pastu g tengok tv. Bosan, gi depan duduk kat sofa. Ada balang kuih laa...apa lagi? Bukaklah, makan kuih. Bosan pulak, gi dapur balik, tgk tak ada apa. Singgah meja makan, buka tudung saji, cuit rendang, arrgh...ambik pinggan lah, makan sikit ...pastu datang lagi sorang, duduk kat meja, tengok kita makan, dia pun nak makan juga lah.

Betul tak? Ker aku jer yang mengalami pengalaman ni?

Sebab tu jangan salahkan penimbang ok! Kalau balik dari kampung berat naik 3 kilo.

Persiapan Hari Raya

Tahun ni puasa macam tak terasa sangat. Sekejap jer kan? Tau-tau dah tinggal tiga hari jer lagi nak raya (insyaallah). Aku pulak hari2 dok harap kenapalah raya bukan minggu depan? Sempatlah nak buat persiapan.

Tengok kawan-kawan kebanyakkannya dah 80% siap. 20% lagi mungkin malam-malam terakhir nanti.
Aku?

Sehingga ke saat ini, yang dah dan belum aku buat ialah :-

**Tukar duit raya - itupun dapat duit RM1 dan RM5 jerr, duit RM10 tak ada. Sampul duit tak beli lagi tu. Entah ada lagi ker idak, tak tau lah.

**Baju raya - tak beli lagi, nasiblah kalau dapat yang fesyen lama.

**Kasut raya- Hana jer yang dah beli kasut raya.

**Kuih raya - baru siap dua jenis ( nak kena buat lagi, anak-anak bawak bekal gi sekolah ) dan dah beli 2 jenis. Tupun, nasib baik member ofis ada jual.

**Sarung kusyen sofa, baru nak hantar dobi balik kerja petang kang. Harap-harap petang besok dah boleh ambik.

**Kereta, nasib baik baru jer servis aritu.

**Langsir, entahlah...rasanya nak beli yang dah siap jerr, tapi tak yer beli-beli lagi....kalau tak beli jawabnya pakai langsir lama la jugak.

**En. Middy kata nak cat tembok rumah, warna cat dah pilih cuma tunggu dan lihat jer lah nanti...la ni pun dia kat johor lagi.

Serabut juga pikir nak raya ni. Tapi nasib baik la juga kami raya kat kampung. Bab masak memasak tu dah lepas lah beban nak memikirkannya. Apa-apapun, raya tetap raya dan aku buat mana yang mampu ajer...

Tuesday, September 15, 2009

Nasi Lemak Buah Bidara....

Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang Emak Buang Saudara,
Sayang Kekasih hamba turutkan....

Sungguh lah tidak baiknya lirik lagu tu kan?

Sebenarnya bukan tu yang nak aku ulaskan....sesaja jerrr. Bila sebut jer nasi lemak, mesti nak sambung dengan perkataan buah bidara....Buah bidara tu cam ner rupanya ek? Jom google..tengok dapat gambar apa..

Ooooo....ni la rupanya buah bidara. Thanks buat pemuanya info dan gambar. Sedikit info tentang buah bidara ni yang aku dapat dari laman web yang aku ambik gambarnya ini.

Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.

Ini pula rupa isinya...Thanks buat pemunya gambar.Macam best jer buah ni bila ada yang kata rasanya macam buah epal. Betul ker? Ishk nak kena cari ni...

Sebenarnya aku cuma nak cerita, Ahad aritu, lepas berlemoih buat kuih, tengok jam dah pukul 5. Baru terpikir pulak pasal juadah berbuka tak planning apa pun lagi. Last-last paksa En. Middy bagi idea nak berbuka apa. Dia tolak kekita, kita tolak kedia, akhirnya dapat gak dia idea nak berbuka apa.

" Ma, buat nasi lemak jer la. Ayam goreng rempah"

" Sambal apa?"

" Sambal tumis biasa lah. Eh, sambal sotong pun ok jugak"

"Orait!"

So, ni lah yang dapat aku sediakan buat suami tersayang, nasi lemak, sambal sotong dan ayam goreng rempah ...extra sotong goreng tepung buat anak-anak. Air sirap bandung dan teh o penghilang dahaga.

Buat Kuih siri 2

Alhamdulillah, jadi juga kuih yang aku rancang nak buat aritu. Cuma dari Plan A, tukar ke plan B. Mula-mula rancang nakbuat tat gulung. Tapi terasa leceh dan lambat pulak. Tu yang tukar plan B, buat tat bunga jerr....senang dan cepat.

Nilah tat bunga yang aku buat hari minggu yang lepas.

Macam biasa, pembantu-pembantu dapur yang senantiasa sedia memberikan bantuan.

Friday, September 11, 2009

Sayang duit @ kudukut?

Baru balik dari JUSCO Equine....seperti biasalah hari Jumaaat, yang lelaki gi masjid, org pompuan g shopping...

Ada sale maklumlah dah dekat-dekat nak raya ni. Sebelum pergi tadi rasanya macam banyak sangat yang nak dibeli, tapi bila dah 2,3 kali belek tetiba jer jadi kudukut! Masa tak ada duit, berangan nak beli barang tu, sampai takleh tido, ataupun terbawak-bawak masuk dalam mimpi.Tapi bila dah ada duitnya, tetiba je benda tu jadi tak cantiklah, tak berapa perlulah, nanti jer lah...kenapa ek?

Kalau macam tu, orang panggil sayang duit ker, kudukut hah?

Ape-ape jer laa...

Tapi nak kongsi cerita juga ni. Tadi,punyalah lama berjalan, akhirnya dapat gak aku rembat satu barang. Acuan kuih semperit. Boleh buat kuih semperit dan boleh buat tat gulung. Hahaha...ni pun berangan juga ni, sebelum ada acuan, berangan nak buat kuih tu, kuih ni.. Ni acuannya dah ada belum tentu kuih nya jadi...tunggu dan lihat ajer lah..

Buka Puasa

Rabu 09.09.09 lepas kami berbuka puasa kat PICC. Harganya RM 49.90/head. Anak2 tak payah bayar, sebab semuanya bawah 12 tahun. Sebenarnya ini sessi kumpul adik beradik, ipar dan biras sebelah en. middy. Kebetulan atau 'dirancang' hari tu hari jadi kak lini. Happy Bithday!


Sebelum ni, dah dua kali aku buat sambutan hari jadi Hany dalam bulan puasa, masak-masak sikit dan panggil diaorang datang berbuka kat rumah. Tapi tahun ni birthday Hany jatuh hari raya keempat. So, tak adalah buat makan-makan...lagi pulak skarang ni macam sibuk sikit la pulak.

Family Ngah

Husband & Wife ( Uda n Kak Lini )

Haddy pakai baju papa dia masa kecik2 dulu.


Makanan kat PICC ni banyak giler, sampai tak tau nak makan yang mana. Semuanya nampak sedap. Kalau ikut hati semuanya aku nak bedal. Tapi semangat berdiet kuat lagi, so tahan jer lah nafsu tu. Dah janji, sebelum raya mesti dapat berat sasaran. Berat sasaran tu, dah siap space untuk hari raya nanti. So kalau naik berat badan pun, Insyaallah tak lah susah sangat nak turun balik.


Sila buat macam rumah anda sendiri...

Gambar makanan lupa nak ambik. Sibuk melayan anak2. Tapi adalah juga 2,3 kali snap. Memang nak upload tapi cari usb tak jumpa, lupa la pulak letak kat mana..( bila anda nampak gambar di dalam entri ini, bermakna saya dah jumpa usb yang hilang itu...)

Wednesday, September 9, 2009

Buat Kuih..

Macam biasa, tiap-tiap tahun aku wajib buat kuih. Paling tidak, dua jenis mesti buat sendiri. Saja buat macam tu, supaya bahang kemeriahan nak berhari raya tu tetap ada. Anak-anak pulak seronok dapat peluang tolong mama buat biskut. Walaupun tah apa-apa rupanya, janji dia happy.Bolehlah dia cerita kat kengkawan, yang dia tolong mama dia buat biskut.

Leka dia membentuk biskut. Ada besar, ada kecik.

Buat kuih yang simple-simple jer..

Biskut Conflakes.

Tadi hany nolong juga. Tapi bila dia tengok dia buat tak cantik langsung dan asyik kena complen dengan hana, terus dia surrender. Tengok Upin & Ipin lagi best. Kang, kejap-kejap dia datang, curi adunan biskut dan makan.

Bujang kecik ni tidur, busan agaknya. Nak tolong buat kuih tapi asyik kena marah jerr...Join papa tido lagi best.

Monday, September 7, 2009

Balik Kampung

Cuti Kemerdekaan hari tu kami balik kampung. Kampung Pahang dan Kampung Seremban. Kebiasaanya macam tulaa..paling tidak sekali mesti berbuka dan bersahur dikampung.

Meja persidangan anak dan menantu.

Pose istimewa mama dan haddy.

En. Middy ajak tengok keledek. Tak sabar nak tengok hasil tangan sendiri. Nampaknya dah berisi keledek tu, cuma belum cukup besar lagi.

Keledek Vitato

Dah siap-siap nak balik, hujan turun dengan lebatnya. Melepak kat tangga dengan haddy dan en. middy.


Seronok juga kena angin dan tempias hujan. Teringat masa kecik-kecik dulu, time duduk rumah setinggan yang beratapkan zink. Bila hujan jerr, comfirm bila nak bercakap mesti kena jerit. Baru dengar. Kalau ada zink yang bocor pulak, mulalah bersepah-sepah besen untuk tadah air yang menitik. Time-time hujan macam ni, trylah buat jemput-jemput bawang ikan bilis, bayangkan aromanya...kena pulak kopi panas hitam pekat....Isk..rindu la pulak dengan suasana tu..

Budak ni tengah makan roti. Alas perut sebelum balik.

Sebelum balik rumah, singgah berbuka dulu kat rumah mak Seremban. Pukul 10 baru balik. 11 sampai rumah. Anak-anak dah tidur keletihan dari dalam kereta lagi. Angkat bawak masuk rumah pun tak sedar.

Letih sangat...