Thursday, January 26, 2012

Kasihannya..

Kasihan pada anak-anak zaman sekarang, walaupun perbezaan zaman belum pun seabad, namun jurang persekitaran amat berbeza. Masa yang semakin pantas berlalu membuatkan kita lelah. Apakah hanya kita ( dewasa ) yang terasa akan pantasnya waktu kerana kesibukan kita atau anak-anak juga terasa akan keadaan itu?




Berbeza benar rasanya dibandingkan dengan keadaan zaman kanak-kanak aku dulu...masa berjalan terlalu lambat...tak sabar-sabar nak jadi orang dewasa...puas sungguh menikmati zaman kanak-kanak..siangnya panjang, malam pun panjang...puas main dan tidurnya...


Bagaimana pula dgn anak-anak sekarang?

No comments: