Friday, January 27, 2012

Tiba-tiba berazam lah pulak

Jalan-jalan di Giant tempoh hari, sambil cari2 baju utk kerja. Skrang ni kira ok lah juga, dah banyak kedai-kedai yang menjual saiz S-XXXXXL. Tumpuan hanya pada kemeja, almaklumlah kerja sekarang banyak di site...so, tak perlulah nampak terlalu anggun atau ayu bila duduk di site..kang bangla-bangla kat situ tak boleh nak buat kerja pulak.

Aku dari dulu sampai sekarang kalau cari baju memang sedikit cerewet, seluar apatah lagi. Bukannya apa, saiz badan sekarang ni kalau salah sarung atau salah fesyen, alamatnya akan memalukan diri sendirilah gamaknya. Bila berdiri dalam fitting room, adohaiii...nak tgk diri sendiri pun i maluu u..gemokknya aku sekarang..

keluar dari fitting room, mood adalah sgt-sgt tidak happy...rasa menyesal makan tadi pun ada..( mcmlah kalau tadi tak makan, aku kurus )..

Dapatlah juga sehelai baju dan seluar...

Elok je aku keluar dari kedai tu, berselisih dengan seorang perempuan remaja pertengahan dengan ketinggiannya lebih kurang aku tapi susuk tubuhnya dua kali ganda aku maybe...agak termengah2, mungkin kerana saiz tubuh yang dibawa buat dia kelihatan lelah...

kasihan...tetapi serta merta aku ingin muhasabah diri saat itu disitu...bersyukur, aku masih kuat membawa tubuh ini, bersyukur masih ada saiz baju yang boleh dibeli, bersyukur tiada penyakit kronik dan bersyukur masih ada yang ingin menyayangi.

Muhasabah diri supaya jangan asyik merungut,muhasabah diri supaya bertindak dgn lakukan sesuatu supaya permasalahan ini selesai...

Tiba-tiba aku berazam...(setelah sekian lama tidak berazam )....aku akan usahakan dan selebihnya aku serahkan pada DIA...insyallah.

No comments: