Monday, September 8, 2008

Padan Muka Aku Kan?


Hari ni ( Jumaat 5/9/08) rasa nak memasak pulak. Masa rehat aku pergi Carrefour beli kepala ikan merah sebelah dengan udang harimau 10 ekor. Ingat nak masak special sikit, maklumlah... En. middy balik hari ni. Harap-harap tak malam sangat. Kalau tak dapat berbuka kat rumah pun, at least pukul 10 tu, gagah lagi lah nak makan malam.

Balik dari kerja, hujan bapak nyer lebat kat MRR2 tu. Jem gilerr. Tapi sampai jer kat technology park, kering kontang...Tengah2 jem tadi, en.middy call cakap balik lewat, pasal nak jumpa orang kat Tanjung Karang. Pukul 12 pun dia takleh janji boleh sampai rumah. Mood hilang. Malas nak cerita. Tgk jam pun dah kul 7, releks jer lah... buat air nescafe dgn makan kurma. Alhamdulillah, selesai puasa yang ke lima hari ini.

Siap mandi dan urus diri, pukul 8 mlm, panas hati dah hilang, aku pun masuk dapur. Masak lah jugak. Kalau tak masak hari ni, bilanyer aku nak masak? Besok ngan Ahad aku kat Seremban. Kepala ikan dengan udang tu, kalau simpan lama-lama pun bukannya sedap. Tak perlah, tak dapat buat makan malam, kita buat sahur jer lah...( pujuk hati....).


Kari kepala ikan merah aku tu...



Sambal Udang dengan Petai...

Hah..yang ni nasib baik bukan daging masak cuka

- menunggu kepulangan suami tercinta-

Bila ia dah dinamakan "menunggu" tu, memang sesuatu yang menyesakkan. Yang ditunggu pulak mungkin akan merasakan tekanan..

Tapi kiranya aku ni sabar lah jugak...pukul 12 en.middy tak balik lagi, aku pun surrender, tutup tv, tutup lampu, gi tengok lauk aku yang mengiurkankan tu, ( hee sabarrr2...mogok ni, jangan makan, jangan makan...) baru aku naik atas. Bukak aircond, bukak kipas, switch on radio, ambil magazine dan berenang....kahkahkah...

Kesudahan cerita ni...memang betul, aku buat sahur lauk tu..

Moralnya pulak...siapa suruh ngada-ngada mogok? Kan dah lapar...Padan muka aku.

Sekian.

No comments: