Tuesday, February 17, 2009

Puding sagu

Anak-anak pun suka

Sabtu lepas, time duduk-duduk tengok tv, teringat pulak puding sagu masa farewell aritu..tetiba terasa nak makanlah pulak. So, bahan pun ada semuanya..apalagi? Lepas siap godak sagu dan masukkan dalam acuan, sejukkan lah pulak. Dan bayangkanlah..puding sagu yang sejuk itu melalui tekak ini di kala petang yang panas itu...

Arghhhh enak sekali rasanya buk...

Atas permintaan Puan Sri Normahya, saya edit semula laporan ini..Resepinya mudah sahaja ye puan sri..begini,

Bahan-bahan

Sagu - ikut lah nak buat banyak mana..nak kaler apa, semua ikut suka..dekat kedaipun ada jual macam2 kalerr..

Bahan -bahan tuk sirap

Masakkan seketul gula melaka dan gula pasir sehingga agak-agak pekat pastu biarkan sejuk, ketepikan.
Santan - masak sekejap supaya tak cepat basi..( campurkan dengan secubit garam)
Agak-agaklah, nak banyak mana

Cara-cara

Bilas sagu dengan air biasa...lepas tu baru rebus...taruk gula sikit ( tak payah manis sangat, sebab nanti makan dengan air gula )

Masa rebus sagu tu, godak supaya tak begentel

Godak lagi sampai masak dan kembang sepenuhnya serta berkilat...

Bila dah kembang dan cukup masak, masukkan dalam acuan.
Pastu sejukkan. Masuk dalam peti ais.

Pastu bolehlah makan sagu tu bersama-sama santan dan air gula tadi. Kalau taknak guna santan, boleh gantikan dengan susu cair ataupun susu segar..

Hopefully puan sri maya, paham baca resepi ni, sebab tuan punya blog tak pernah buat ayat resepi sendiri. Biasanya copy and paste jew...kalau tak paham juga, sms lah yew..

2 comments:

min minna said...

best nyer; leh bg recipe x dut? aku suke kalu bab2 makan puding. karamel ni; tp aku x der talent masak la..plzzzz

hnyhar said...

sedaaap ni..nak cube buatlaa nnti..