Tuesday, October 7, 2008

Yang Teringat...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini dah pun masuk Syawal yang ke-7 . Banyak kisah yang berlaku sebelum ini, cuma tak ada kesempatan nak menulis. Dalam keadaan yang tak tenang dan selesa, memang tak feel nak tulis blog nih. Maklumlah kan ker semuanya datang dari hati...

Tapi untuk puaskan hati sendiri dan untuk kawan-kawan yang rajin menjengah blog aku ni, aku cuba pamerkan kisah2 tadi di ruangan yang tak seberapa ini. Untuk menyenangkan aku recall memories tu, aku rujuk ikut gambar yang aku ambik jer lah..senang sikit kot?

al kisah..

10 September Rabu.

Duduk berdua dengan en.middy, en.middy ajak pergi shopping baju raya...mana lagi? Jaya Jusco Equine la..itu pun yang paling dekatnyer..


Try baju melayu..tapi itu bukan warna yang kami pilih. Try saiz jer..En. middy nak konsep hijau pucuk pisang, tapi salesmen ni kata kena ambik kat branch lain la pulak. Stok kat kedai dia dah habis.

En.Middy aku..

Lepas jalan2, En.Middy hantar aku balik dan dia g keluar jumpa member dia pulak. Aku tak tau nak buat apa, sambung la buat kuih almond london aku tu...

17 September Rabu

En. Middy kat Teluk Intan lagi. Bawak Hana pergi jalan2. Mana lagi Giant laa..Berbuka di KFC dengan hana.


Dia dah suka yang ini, aku dah tak boleh cakap apa lah...

Bergaya dengan kasut baru..


Mama hana pun dah jadi budak-budak....

18 September Khamis

En.Middy ajak berbuka kat luar. Memandangkan aku habis kerja pukul 5.30 ptg, dari ofis nak kerumah ambik masa 1 jam, so aku decide tempat berbuka yang dekat2 jew..manalagi yang paling dekat dekat dengan rumah aku, Kelab Golf Kinrara la..



19 September Jumaat.

Tadi masa lunch hour, aku beli barang-barang nak masak petang nih. Ingat nak pulangkan bekas jiran. Ada dua orang yang beri aku hidangan berbuka hari tu. Si Bibi bagi kebab, liza bagi mee hoon sup. Nak tak nak, aku kena balas jugak. Pikir punya pikir, kepala aku dah set nak buat mee hailam. Sampai jer rumah, aku bersilat masak mee. Siap.

Ini la mee hailam yang aku buat tu...nampak sedap tak?



Tapi nak dijadikan cerita, bila aku dah siap2 letak dalam bekas...Bibi dan Liza tak ada pulak. Diaorang pergi berbuka kat luar la pulak. Habis, mee yang banyak2 ni nak bagi kat siapa?

Hehehe...last-last aku bagi jew kat jiran aku yang duduk kat luar tu. Nasib baik kak ina dan pakcik tu ada kat rumah. Pastu terpikir pulak nak bagi baby sitter si hana yang dua tiga orang tu.

So settle..tinggal yang dalam bekas tu jew untuk kami bertiga. Cukup lah.



Tuhan nak beri rezeki, Kak Ina jiran aku balas balik dengan pulut ikan masin. Orang utara la katakan... layan.
20 September Sabtu

En. Middy pergi Teluk Intan lagi. Tinggal berdua dengan Hana. Sambung buat almond london. Habiskan almond yang dah dibakar tu..

Macam dalam majalah la pulak gambarnyerr...try jadi jurugambar profesional

Macam nak jual banyak nyer...

Siap jew aku nyer kuih, aku packing baju lebih kurang, cabut balik Seremban. Rindu ngan Hany dan Haddy.



Seminggu jew tak jumpa, bertambah akal dak haddy ni..ketawanyer dah mengekek..


21 September Ahad

Berbuka rumah emak. Aku la yang kena jadi chef hari ni...


Ayam pencen masak lemak cili api..


Sambal goreng jawa yang takberapa nak jadi, pasal tak cukup soo hoonnya...my favourite




Antara lain hidangan berbuka aku untuk hari tu ialah puteri mandi dan bandung selasih.

24 September Rabu

MAJLIS BERBUKA PUASA...

Aku ada majlis berbuka puasa di Hotel Maya KL. Husband pun ada majlis berbuka puasa kat Shah Alam hari yang sama juga. Rasa rugi kalau tak pergi, tapi rasa kesian pulak kat hana. Mesti dia nangis kalau aku lambat ambik dia dari nursery.





No comments: