Monday, March 23, 2009

WALAUPUN...

Walaupun...sebenarnya banyak yang aku tak suka berlaku dan apa yang aku harapkan pada hujung minggu yang lepas tidak kesampaian...

Aku nak kau tahu...
Aku suka menghabiskan masa bersama kau...biarpun waktu jaga ku amat bosan tatkala menunggu kau bangun dari tidur...aku suka bila kau makan apa yang aku masak..aku suka kau melayan program tv yang aku suka...aku suka berkongsi cerita dengan kau...

Kau nak tau? Hati ini merajuk tatkala kau mengubah rancangan....namun aku suka tatkala kau sedar ada yang tak kena dengan aku....aku suka bilamana kau berusaha memujuk...biarpun aku geram kerna kau buat-buat tak tahu kenapa aku begitu...

Aku tak bisa mengubah kau seperti yang aku mahu...
tapi aku bersyukur kerna tuhan memberikan aku kekuatan untuk menerima kau seadanya
dan aku sedar, aku juga tak mampu untuk menjadi sesempurna wanita idaman mu tapi aku bersyukur kerna kau menerima apa adanya aku...

4 comments:

ietams said...

len macam je 2-3 entry ni dut.. kenapa kah dikau...?

beloved said...

wakakaka...orang tengah emo memang gilo sikit ta...ayat pun boleh tahan merapunya

hnyhar said...

oo..majuk eh..nak manja2 tu..

beloved said...

akak nani memang the pandai...paham sungguh hati wanita ini..

p/s : kak, saya tak leh nak bagi komen kat blog akak...tangan ni kadang-kadang gatal jerrr nak join topik...tapi tak boleh lah pulak.