Tuesday, March 24, 2009

Hujan


Semalam bukan main panas lagi....biasanya kalau panas lain macam...aku tau tu mesti nak hujan. Cuma bila nak hujan tu aku tak tau lah. Panas biasa dengan panas nak hujan lain rasanya. Tapi disebabkan aku ngantuk gilerrr, terus jer terlelap. Lagipun aircond banyak membantu aku lelapkan mata. Pagi tadi kalau en. middy tak kejut, confirm terlajak. Tengah siap-siap, tetiba hujan lebat. Tak ada gerimis, tak ada renyai, tak ada rintik-rintik....

Seperti biasa bila hujan, confirm jalan pun akan jam. Makanya jam 8.30 tadi, aku masih dalam kereta dan masih dalam perjalanan. Dalam hujan lebat tadi, ada accident. Rasanya masa aku lalu kat situ, kejadian baru jer berlaku...itupun sebab aku nampak ada dua tiga kereta mula memperlahankan kereta dan berhenti kat tepi. Masa tu aku perasan ada wira aeroback terbalik kat tengah-tegah devider dan aku nampak juga tiang lampu yang tumbang. Aku rasa kereta tu laju agaknya. Lagi pulak jalan tengah licin..

Dalam hujan lebat tu, ada juga orang yang sanggup berhenti nak hulurkan pertolongan..maknanya nilai-nilai murni masih ada dalam diri manusia. Aku agak lega bila mana fardhu kifayah itu telah dilaksanakan oleh orang lain...kalau aku sorang-sorang kat situ, wajib aku lah yang kena tolong...Tapi alhamdulillah...masih ramai yang sudi menghulurkan pertolongan....sedangkan aku hanya mampu mendoakan agar pemandu dan penumpang ( sekiranya ada ) selamat jiwa dan raga.

Sebab tulah en.middy selalu bising kalau aku bawak kereta laju-laju...tapi macam selalu juga aku mesti nak sambut dengan ketawa dan buat lawak..." ala pa, mama bukan sengaja nak bawak laju...tertekan minyak lebih sikit jer...tak perasan, tau-tau jer meter sudah lebey lah pulok!"

- EN.MIDDY, I LOVE YOU SO MUCH!-

So, lepas ni...kena lebih berjaga-jaga dan lebih berhati-hati di jalan raya. Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua

" JANGAN JADIKAN JALAN RAYA SUNGAI MAUT "
dan
"INGATLAH YANG TERSAYANG".

No comments: