Friday, November 28, 2008

MEE GORENG PEDAS...

Rabu malam Khamis yang lepas, ingatkan tak nak makan malam..malas nak masak sebab tau en.middy nak keluar jumpa kawan...

Duduk nengok tv sunyi jer rasa...rindu pulak dengan anak2. Tak sabar nak ambik diaorang sabtu ni...Tu lah..bila dekat rasa serabut, bila jauh tak keruan pulak dibuatnya.

Hantar anak ke kampung bukannya apa..minggu lepas haddy ada checkup rutin untuk bulan ke 6. So nak bagi mak bawak haddy sorang hana tak bagi...kalau hana n haddy ikut nenek, tak kan nak tinggal hanny sorang...lagipun hanny dah tentu-tentu nak ikut...takkan dia nak tinggal. Kesian pulak ngan dia..mesti boring tak ada kawan nak gaduh..

Budak-budak ni pun ...bila ada, asyik bercekau jerr..tapi bila salah sorang tak ada sibuk menanya..."ma, akak ner?", "mama hany mana?"

Lagi satu, kesian kat mak, lepas dah tak kerja, dia duduk rumah sorang-sorang..bosan agaknya...so bila ada budak-budak terisi lah jugak hari-harinya...anak-anak aku paling rapat dengan dia..dah tentu-tentu sejak lahir mak yang membelanya masa aku dalam pantang..mak aku pun kuat lagi...setakat nak dokong budak-budak tu tak ada hal lagi lah..

Selalunya moment paling sedih bila aku nak balik rumah lepas dah habis pantang, mak mesti merayu minta budak-budak tinggal lama sikit dengan dia. Dia kata nanti dia tak tau nak buat apa kat rumah..tapi aku tak leh nak layan sangat...lagi lama, lagi susah nak lepas...tapi aku pun tak nak kejam sangat..takkan aku nak putuskan terus perasaan tu..so aku janji, aku akan selalu bawak budak balik kampung...

Aku kalau offer mak tolong jagakan anak-anak aku...dah tentu dia senyum sampai telinga nyerr...tapi aku tak nak lah..cukuplah mak dah penat jaga aku, takkan dah tua-tua ni nak jaga cucu pulak? Sekali sekala boleh laa...aku pun nak jadi ibu yang baik juga...

Eh!eh!..aku rasa, aku macam nak cerita pasal mee goreng pedas tadi, napa masuk bab anak ngan mak pulak ni?

Sambung balik...cerita MEE GORENG PEDAS..

Di malam yang dingin itu, yang kedengaran hanya lah rintik hujan membasahi bumi. Aku yang dilanda keboringan akibat nengok cerita yang tah apa benda tu, tetiba terasa lapar lah pulak...

"Apa nak makan ni ek?" Dalam peti cuma ada biskut lemak dan mee kuning. Mula lah..."biskut ker mee, mee ker biskut?"

"Argh..goreng mee lah!..."


Terus jer , pecahkan bawang putih ngan cili api, potong sayur...keluarkan meat ball dari fridge
Panaskan minyak, tumis semuanya...taruk air, masukkan garam, gula sikit, kicap, sos cili dan tomato pastu masukkan mee...seng..song..seng..song..seng..



TADAAA!!!!...ini lah dia mee goreng pedas aku! Siap sudah..

1 comment:

FaizFarwizah said...

MAK DATUKKK..MEE GORENGGG... ADUSSS... AKK TAKLEH TNGOK MENDA GINI..DTG 1 SINDROM NGIDAM