Thursday, November 20, 2008

Teman

Baru habis meeting Kajian Pelan Induk Projek Tebatan Banjir Bagi Negeri Melaka...pagi tadi sibuk kemaskini SMATRAK dan SPPII.

Norma..

Time updating data, kawan baik aku call tanya kabar..dia ni pun jenis cam aku jugak agaknya...kawan yang betul-betul baik tak ramai, tapi mana yang ada tu selalu diambil tahu...orangnya pun lembut jerrr and slowmotion, tak macam aku...muka dan gaya nampak cam ganas giler tapi banyak takut dari berani...dan, slowmotion2 kawan aku ni, aku akui bab kerja dia memang TIP TOP!

Dan happy sangat bila dia pun bagi semangat kat aku untuk buat sesuatu pasal kes yang aku tak puas hati tu lerr...maknanya dia ni pun bukan jenis orang yang suka lepas tengkok sendiri kan?..

Thanks Norma..



Kenang-kenangan meeting di Johor Baharu


Kakak Yana

Dan petang tadi seorang yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri datang meeting kat Ampang ni. Apa lagi...borak la cerita hal masing2. Luahan perasaan. Boraknyer borak, tak sedar dah pukul 6.

Kami memang macam ni, kalau jumpa punyalah banyak cerita...maklumlah aku dengan kak yana ni kenal masa mula-mula masuk Poly dulu. Masa d asrama, bilik kami bersebelahan dan memang bilik dia la aku selalu tumpang tidur...penakut punya pasal.


Pastu bila kena duduk kat luar, kami menyewa satu rumah...bila dia habis belajar masa tu lah kami terpisah sekejap. Semasa aku lapor diri di JPS Ampang, tuhan temukan kami balik bekerja dalam satu department yang sama.Tapi lain2 unit.

Bila dia kawin, dan jadi weekend housewife, kami ambik keputusan duduk menyewa satu rumah so bila turn hubby dia jengok dia, boleh la hubby nya bermalam kat rumah sewa kami tu...

Di hari bahagianya...

Apapun aku bersyukur sangat walaupun sekarang dia telah menetap di JB,aku dan kak yana tetap ada hubungan yang baik..

Istimewa dan kelakarnya...bila dia mengandung, aku pun mengandung sampailah anak kami 3 orang. Wakakaka....Ok la kak yana, kita stop mengandung dulu lah yer...bagi 3 putera dan puteri tu besar dulu. Nanti nak mengandung yang no.4 bagitau yer...kita set hari yang sama...( hari yang sama??? Hari kelahiran ka....atau hari membancuh?) kahkahkahkah!


1 comment:

myazara said...

Malu ler saya...tapi tadi saya ada jumpa maton. Dia kata borang baru bulan Jan 2009. So, contact2 ler maton selalu. Suhaila pun sama gak. Tak dapat. Kesian rasanya...masuk sama2 tapi..rezeki tak ada.