Thursday, November 20, 2008

Cerita semalam dan pagi ini

Semalam perasaan aku lain macam sikit. Ada rasa ala-ala teraniaya...pastu tetiba jer ada perasaan berkobar-kobar untuk memperjuangkan hak.Lagi la bila jumpa mangsa-mangsa keadaan yang lain lagilah membara...

Aku ni bukanlah kejam sangat...bukan nak cari lawan atau bukan nak susahkan sesiapa...cuma aku nak buat apa yang sepatutnya jerr..sesiapa pun yang duduk kat tempat aku...kalau dia tak dungu, mesti dia buat apa yang akan aku buat nanti.

Lagipun kita biasa dengar orang cakap " Bercakaplah bila perlu.." so, inilah masanya. Setidak-tidaknya berbuat sesuatu itu lebih baik dari tak buat apa-apa langsung.

( sorry lah geng,mesti korang tengah penin pikir apa lah yang minah ni bebelkan ? Nantilah..sampai masanya akan aku kongsikan bersama cerita ini. Kalau ada kawan yang faham apa yang aku bebelkan ini, maka fahami lah jua isi hati dan tujuan aku.. )

Tadi tu cerita semalam..

Hari ni pulak..pagi-pagi sampai ofis, perasaan tetap tahap yang sama macam semalam. Tapi aku dah mula kumpul bahan. Bahan yang paling penting. Masa tengah cari bahan tu, Timbalan Pengarah datang tegur,berborak dan bertanyakan tentang kewangan.

Dan ternyata peluang itu didepan mata, maka berterus terang lah aku, meluahkan segala perasaan yang terpendam. Tuhan saja yang tahu bila mana TP aku menyokong sepenuhnya apa yang akan aku buat.

Baik buruk tindakan aku ini telah aku fikirkan semasak-masaknya...berdoa dan tawakal mengiringi aku dan apa jua keputusannya aku redha seredha redhanya kerana hanya itu yang aku mampu. Insyaallah.. 'Dia' kan maha adil.

No comments: