Monday, November 3, 2008

Rumah Terbuka...


19 hb Oktober 2008..

Tahun yang kedua aku buat open house..happy sangat, tapi kehendak tuhan siapa yang dapat menghalang? Hujan selebat-lebat alam dari petang sampai ke malam...ada yang dah on the way tapi tersangkut dalam kesesakan, yang kat rumah pulak, tak boleh nak lepak kat luar...yang lelaki nak masuk dalam rumah segan la pulak. Sebab yang perempuan dah penuh kat dalam.

Di kesempatan ini nak ucap terima kasih kepada yang sudi datang...maaf sekiranya layanan kurang memuaskan. Al-maklum lah..tuan rumah tak pakai pembantu laa..sibuk keluar masuk, keluar masuk dok tambah lauk..paham2 dah lerr...

Untuk zulie, tetamu regular..wakakaka...suka sangat tengok ko makan, hilang penat aku bersilat kat dapur dari malam tadi. Terima kasih banyak-banyak. Tahun depan andai dimurahkan rezeki dan kesihatan, insyallah ada lagi rumah terbuka. Doa2 kan..

Kawan2 yang tak dapat datang tu, tak apalah...tak ada jodoh kita hari tu..masing2 ada urusan sendiri. Mana2 yang wife orang tu, aku faham sangat2...sebab aku pun macam tu juga...dah berlaki dan beranak ni,nak bergerak susah sikit...kalau suami free baru boleh berjalan, lagi pun..takkan nak datang bujang pulak kan? Macam tak patut la pulak...

Maaf juga buat kawan-kawan yang buat open house tempoh hari...tak dapat nak datang, laki aku kerja 8 hari seminggu daaa...susah sikit nak bergerak..

Gambar pun tak sempat nak ambik...gambar yang ada ni pun sebab zulie datang, sebab tgk zulie automatik teringat kat blog...hehehe
lepas zulie balik, satu gambar pun tak snap. Gambar menu pun lupa nak ambik...

Tapi inilah senarai barang dan menu yang aku dah listkan sebelum berbelanja hari tu..


Kakak ipar dan emak

Zulie n Family, tahun depan kalau aku buat datang lagi yerrr..

wife kawan2 en. middy

Haddy n Cousin...

2 comments:

ietams said...

insya allah murah rezki, akan ku terjah bile di jemput.. :)

ina's said...

idut..sori eh x datang.Laki aku membizi