Monday, November 3, 2008

Out Station

20.10.2008

Susah betul nak bangun tidur hari ni..penat open house semalam, baru pagi ni terasa. Tapi petang ini aku nak kena pergi Langkawi. Ada mesyuarat dan taklimat. Masuk trevelling day cukup la 5 hari...isnin sampai jumaat.

Anak-anak mak dah bawak balik Seremban semalam. En. Middy dah kuar g kerja, aku apa lagi?..kemas la periuk belanga yang aku guna pakai semalam....mana boleh tinggal cam tu jerr...sapa nak tolong kemas?

Pukul 2 En. Middy balik dan aku pun dah siap...so terus jew g LCCT. Naik Air Asia pulak kali ni..duit tambahan untuk TNT ofis aku lambat dapat..lepas beli tiket, baru kerani aku offer kalau nak naik MAS ker tak?...tapi tak perla..kalau aku naik MAS, aku sorang2...tak mau la..lagipun bukannya tak buleh claim...

Kat Langkawi aku meeting dari pagi sampai petang...hari ketiga baru boleh kuar ke Pekan Kuah...Cari apa lagi, coklat laa...hubby kirim gudang garam dlm tin jew..

Tahun 2006 aku pergi Langkawi 2 kali. Tak juga dapat naik kereta kabel gunung mat chincang tu. Tahun ni aku pergi pun tak sempat juga nak perginyerr..Agaknya aku kena pergi Langkawi lagi la kot?..

Hari Khamis, meeting habisss jer aku n jana kuar lagi ke Pekan Kuah, kali ni aku ikut Kak Yati nyer group, naik kereta sewa..seronok giler tengok kak yati shopping. Macam-macam dibelinya. Nak jual ke, nak pakai sendiri pun aku tak tau.
Sampai satu peringkat umur, aku rasa kita pun akan jadi macam mak kita. Mula nak kumpul periuk belanga, dulang la, set buffet la, sudu, garfu, cawan arcopal ker, arcoroc ker, pinggan mangkuk ala-ala Inggeris tu eiii semuanya lah..betul tak?

Tapi kat sana aku teringin nak beli satu barang..set buffet la..masalahnya aku tak boleh nak pikir macam mana aku nak bawak balik barang banyak-banyak...lagi satu kos tambahannya lagi, kang harga barang tak lah seberapa...jap lagi terlebih muatan, harga timbang lagi mahal dari harga barang pulak, siapa nak jawab?


Anyway...happy sangat pergi kat sana walaupun selalu teringat kat hubby n anak-anak, tapi kadang-kadang terfikir juga apa salahnya manjakan diri..seketika rileks dari aktiviti seharian yang hampir huru hara itu...


Dekat LCCT, kedai coklat yang aku rasa agak mahal harganyerr...maybe untuk orang luar.

Ini Suzana, tapai aku panggil Jana. Ada yang kata muka kami seiras. Betul ker?

Hujan selebat-lebat alam...flight kami delay lebih kuang 1 jam 1/2 juga lah..

Akhirnya...masuk juga kami dalam perut pesawat...sejuk giler dan ruang yang lebih selesa dalam air bus yang baru nih...


Tempat penginapan yang dipilih urusetia. Orait gak tempat nih..

Bilik meeting kami. Terpaksa dirombak semula sebab hotel tak buat macam yang urusetia mahukan.


Control cun...rehat untuk minum pagi..

Macam istana dalam cerita kartun kan?

Pn. Jana yang bershopping sakan..

Pos istimewa dari aku untuk mu...senyum selalu.

Tiga orang suri yang meninggalkan rumahnya...dari kiri : Asiken, aku dan Jana

Pemandangan senja...

Waktu memanjakan diri...apa lagi time to rileks la, apa2 pun posing dulu..

Tengah tunggu kak yati..kami nak ke pekan kuah sambung shopping lagi

Satu lagi gambar tangkap sendiri

Baru lepas checked out...tengah tunggu teksi nak ke airport..Bye2 langkawi..


No comments: