Wednesday, November 19, 2008

Teruja dan bersyukur

KEJUTAN...

Masa tengah berkursus tadi, aku dapat satu panggilan dari ofis...panggilan yang membuat aku teruja dan gembira. Walaupun sbrnya itu hanya sesuatu yang orang panggil "ada harapan", sebab boleh jadi juga ia sesuatu yang akan jadi harapan tinggal harapan,( kalau tak jadi ) aku tetap nak happy jugak...kalau la dapat...alangkah bahagianya hidup aku..

Tapi tak confirm pun, aku tetap sms en.middy yang jauh di mata tu. Memberitahu berita gembira yang suam-suam kuku ni...dan memang dah agak, dia pun teruja juga...


BUKAN REZEKI AKU NAMUN AKU TETAP BERSYUKUR....

Kalau nak diikutkan, sejak sehari dua ni, aku ada rasa terkilan dan menyesal...gara-gara tak isi borang permohonan kenaikan pangkat, aku dah tercicir...kawan2 yang satu batch dah pun naik pagkat. Setelah 5++ tahun berkhidmat.

Tapi nak salah kan siapa? Nak salahkan diri sendiri tak boleh, nak salahkan admin pun tak boleh. Dah terang-terang aku belum layak untuk isi borang tu memandangkan tempoh perkhidmatan aku belum memenuhi syarat untuk memohon.

Tapi admin kengkawan aku tak kisah dan sporting, maka mereka disuruh juga mengisi borang tu...dan setelah dua tahun, hasilnya kawan2 aku dapat kenaikan pangkat tu..apa nak dikata?

Naik pangkat tu, belum jadi rezeki aku agaknya....sedih, memang lah sedih tapi aku tak boleh lupa dengan apa yang aku ada sekarang...

Rezeki atau anugerah tuhan nak bagi macam-macam bentuk...aku mesti berfikiran positif ( pujuk hati ).

Kerja yang aku ada ni pun satu anugerah. Ramai lagi orang kat luar sana nak post aku ni...tapi tak dapat. Alhamdulillah...

Sepanjang berkhidmat, aku boleh buat apa yang diarahkan dan bos terima hasil yang dikerjakan, Alhamdulillah...

Dapat kawan-kawan yang baik dan persekitaran kerja yang tak merunsingkan hati dan menyemakkan kepala...Alhamdulillah..

Sepanjang 5++ tahun berkhidmat kat sini, aku dapat seorang suami, dan tiga orang permata hati, boleh buat loan beli kereta dan rumah ...Alhamdulillah...

So,aku/syahida/idut kenapa nak bersedih? Tuhan tidak akan membebankan kita dengan bebanan yang kita tak sanggup nak pikul..

kerana Dia lebih mengetahui...

Dan sekiranya perkhabaran gembira yang suam-suam kuku tu menjadi kenyataan...itu lebih bermakna dari naik pangkat tadi dan syukur Alhamdulillah.....

3 comments:

MalayConfinementLady said...

Apa kejutannya tue...
nnti kongsi kt sini yer...

myazara said...

Alah syida, lepas ni dapat la tu...isi borang dan kerap tanya admin ye.InsyaAllah tahun depan dapat la tu. Lagipun ada 6 kekosongan lagi.

beloved said...

Thanks myazara..