Wednesday, November 12, 2008

KISAH RUTIN HARIAN AKU


Jiran yang baik hati

Semalam, keluar jew ofis kul 5.35 ptg, hujan mula turun rintik2. Masuk jew kat MRR2, hujan lebat pun turun..aku dah mula risau kain di ampaian. Maklumlah mesin aku semalam problem. Tak boleh nak spin. So aku perah jew pakai tangan. Tapi kalau nanti aku sampai rumah tgk kain dah basah lencun, tak ker haru?

Aku call en.middy, dia kat Putrajaya. Katanya tak hujan malah terang benderang...memang tak pelik cuma aku risau kot2 hujan sampai dulu sebelum aku. Nasib baik aku ada no hp kak ina jiran aku. Ahh, call jer la mintak tolong...nasib baik dia baik hati. Lepas call dia terus alihkan kain aku ke bawah bumbung. Fuhh!! lega..Terima kasih kak ina.

Ini lah dia kain basuhan aku yang kak ina dah alihkan.

Inilah kerja aku selepas kerja di pejabat....

Aku sampai rumah pukul 6.50 petang. Hari ni hujan jalan jem sikit...nasib baik sampai kat Stadium bukit Jalil dah tak hujan.

Ambik putera dan puteries aku kat nursery.

Bukak jew pintu jeng!jeng!jeng!

Korang nampak tak apa yang aku nampak?
Macam rumah lepas kena rompakkan?
...tapi taklah...aku yang tak sempat nak mengemas malam tadi..hehehe.
Semalam rasa letih sangat so....biar jew lah..hubby pun cakap, besok jew la kemas yang..

Serabutnya kepala otak aku..

Anak aku macam biasa akan habiskan susu dulu...lepas ni baru enjin panas dan mula lah mama nya jadi ziana zain nanti...

Tgk la dapur aku dan ruang di atas meja tu..boleh masuk pertandingan rumah siapa paling buruk nih!

Lepas maghrib, baru aku mula operasi. Dapur la dulu..ruang yang paling kecik. Lagi pulak aku boleh masak nasi sekali..

Hana n Hanny layan cerita KU MILIKMU ala..cerita yang budak pakai cermin mata besar tu...

Hana pelik tgk cermin mata tu...ma, kenapa cermin mata dia besar?

Dapur yang sudah siap dikemas...atas meja tu, nasi ngan telur untuk budak2. Tak sempat nak masak macam2. Budak dah mintak makan. Balun jew la anak2 ku, besok mama masak sedap2 key!
Beres!
Siap mengemop hall dan dapur jam 11.30 malam.
Pukul 12 baru lah semuanya tidur...kesian, hari ni mama tak dapat nak layan korang..makan pun tak lagi nih..lapor lah...

Kerja yang aku paling malas nak buat. Gosok baju. Tapi kena buat jugak kalau gosok besok compom aku lambat.

Siap satu lagi kerja.

Ada lagi kerja? Ada, tapi nak sms hubby dulu lah, aku lapar tapi tak nak makan nasik. Dah pukul 1 pagi nih, aku teringat mee goreng yang dia beli haritu...dia kata ok, nanti dia belikan...masa tu, arghh terliuq gue dibuatnya. Terbayang2 mee goreng warna hitam dan pedas tu..kecur air liur aku..pergh!

Lepas SMS en.middy, aku pun mandi la...rasanya tak ada lagi kerja yang menyebabkan peluh. aku memang mandi 2 kali. Lepas balik kerja dan bila nak masuk tidur. Tak lah lama sangat mandinya. Siram-siram jew buat syarat hilangkan peluh.

Hah! ni la dia kerja aku yang tak siap lagi tu...sebeban ko..baru 2 hari tak lipatnya.
Tengah melipat baju, si kecik tu pulak bangun...nak susu. Semalam dia tak sihat, panas sikit badannya. Nasib baik tak meragam sangat. Macam mana pun kena habiskan lipat baju nih, letak dia kat pangku bagi dia mainan.
Siap jew lipat baju, papa pun balik. Tapi....ishk!ishk!ishk! nak nangis tau...dia lenggang jew...tak ada pun mee goreng aku.."mana mee goreng mama?" "kedai tu dah nak tutup,( yer la jugak, dah pukul 2 pagi) dah kemas2...besok papa beli la untuk mama...." Nasib baik la aku tak mengandung...tapi memang kecewa lah..

Pukul 2.30 pagi aku pun susun baju dan naik tidur...zzzzzzzzzzz

Pagi ni nak g kerja jalan yang tak biasa jem, tetiba jem teruk...biarlah ada something. Aku boleh jadi giler kalau aku tengok tak ada apa2 sebab yang munasabah untuk berlaku jem kat situ.

Yes! Dah nampak dah sebabnya...

Nasib baik la jem ni bersebab...

Punca jem yang aku boleh terima...

Walaupun aktiviti harian aku tu agak huru hara dan kelamkabut serta berserabut di tambah pulak dengan keadaan-keadaan yang tak terduga macam jem tadi, yang penting pergi kerja kita mesti happy! Dan anggaplah itu satu tanggungjawab untuk diri sendiri dan keluarga.


Senyum dan ketawalah selalu...ia benar-benar menenangkan jiwa dan melupakan kepenatan itu...

thanks sebab sudi baca cerita merapu aku nih sampai habis!....


7 comments:

ina's said...

tu la rutin seorang pompuan, isteri dan ibu kan...aku pun mcm ko..xpe ada ganjaran tu

myazara said...

Amboi, rajinnya si ibu ni...eloklah tu. Saya ni baru jer blaja nak ada blog. blajar ngan awak ler.tapi tak reti nak buat cantik2.

beloved said...

to:ina's_ insyallah Sub, moga2..

to:myazara_tak per, nanti bila jumpa awak di kursus SMATRAK saya ajarkan ok!

MalayConfinementLady said...

mcm tue la jgk time sy keje kt mesia dulu, kalo dh penat sgt balik keje bior je,kdg2 mmg pening tgk rumah haruk pikuk...hahah

dh lama x lalu jalan jem cenggitu
kt tempt sy nie ada 2 je traffic light, tue pun utk pejalan kaki.

min minna said...

x per..bak kata org dulu2..ada budi ada balas..kan2..

ietams said...

adoii, terase kesesakan lalulintas yg bakal aku hadapi tahun depan tu dut...huhuhu

beloved said...

Wakakaka....rasa kan lah...kau beli rumah kat BK 9 kan? Ha...wajib kene jem.