Thursday, November 13, 2008

Hari yang memilukan...

Hari ini hari Khamis dan semasa catatan ini dibuat, hati ini sedang bercampur baur rasanya...patutkah moment ini aku kongsikan bersama kawan-kawan?

Aku seorang yang sukakan pertemuan, mengenal, bemesra dan berkongsi cerita...bukan dengan semua orang kita boleh suka, dan bukan semua orang, boleh sukakan kita.

Pada aku, aku tidak terlalu perlu seorang kawan yang benar-benar memahami aku, tetapi cukup lah dia menjadi kawan aku kerana dirinya sendiri menganggap aku sebagai seorang kawan.


Dan ucapan ini aku dedicate kan buat Bakiya

Hai! Baky ( sebut jer nama kau, aku dah rasa nak nangis nih!..) aku nak ucapakan terima kasih banyak-banyak pada kau.

Walaupun secara officially nyer ko tu bos aku, tapi aku tak rasa ada halangan dalam menjalani persahabatan ini dan terima kasih sebab sudi kawan dengan aku.

So lepas kau pergi ni, aku mungkin terasa kehilangan sikit sebab hari2 biasa di ofis ni selalunya terisi dengan adanya engkau...

Sebelum jurutera baru masuk ganti kan kau, mungkin breakfirst dan lunch, aku akan drive sorang2 untuk menapau dan makan sorang2 dalam ofis ni jew. Arghh...sedih laa. So, tak ada lagi member yang 'seorang' untuk aku berkongsi cerita.

Hopefully orang yang ganti kan kau nanti adalah perempuan, lebih kurang sebaya kita dan baik hati macam kau. Kalau tak, busan la hidup aku...confirm next year aku mintak tukar unit pulak.



Sebenarnya seminggu sudah aku asyik fikirkan hari Jumaat ini...how to wish good bye to you? Aku paling tak suka nak ucap selamat jalan kat kawan. Dulu Haliana, sekarang kau pulak...Sedih laaaa...Everytime thinking about that, air mata ni mesti nak meleleh tau baky, event aku dalam kereta on the way nak balik rumah, kalau teringat this Friday, aku mesti dah nangis dulu... memanglah kita akan jumpa lagi lepas ni...maybe masa kita kursus, meeting, tapi tak kan sama dengan jumpa hari2 kan?

Kalaulah kita tak ada meeting unit dan planning nak pergi The Mall time lunch hour besok, aku rasa aku nak ambik cuti jerr...aku tak nak jumpa kau. aku tak nak wish apa2, aku tak nak salam2...aku nak anggap kau pergi kursus, out station dan apa-apa jer lah...aku tak suka detik2 yang memilukan tu...so, kalau kau tgk aku tak ada petang Jumaat tu...kau faham-faham jew la..

So, Baky...kalau kita tak jumpa petang Jumaat tu, aku nak ambik kesempatan ini untuk ucapkan semoga kau berjaya pulak di JPS Johor Baharu. Jadilah diri kau sebagaimana yang sekarang kerana sepanjang aku menjadi assistant kau, aku selesa bekerja dengan kau..tapi kalau kau dapat TA, technicians dan bla..bla..bla..yang degil2 dan malas buat kerja...kau kena la tegas sikit ok!


Jangan lupa kan aku dan aku doakan semoga engkau berjaya dalam apa jua yang engkau lakukan, dan jangan lupa...cari jodoh OK! Kalau kau nak kawin, calling-calling la aku, tak pun..email ker, sms ker...walaupun untuk menjanjikan kehadiran aku di majlis tersebut tidak dapat aku pastikan, sekurang-kurangnya aku tau kawan aku sedang BERBAHAGIA!

Lagi satu harapan aku semoga bila kau dapat naik J44, J48, J52, J54.....aku harap kau tetap baky yang sama...

Terima kasih sekali lagi, mintak halalkan makan dan minum serta petrol yang kau gunakan untuk bawak aku pergi makan hari-hari tu yerr...semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Boleh kita jumpa lagi....

glitter graphics
Myspace Glitter Graphics, Thanks Glitter Graphics

2 comments:

...becky... said...

hmmm.... sedihnye aku baca blog ko ni... macam nak menagis la pulak...

ok... saya pun nak ucapkan thousands of thanks kat ko ek.... sebab banyak tolong aku and actually banyak ajar aku masa mula2 aku masuk keje dulu... thank u very much k...

wish the best for ur future undertakings... hopefully cepat2 dapat boss baru so tak lah u sorang2...

kalau boring2 tu call la aku, k...

take care and smile always...

will miss u... :)

beloved said...

yeah! i'll miss you too...