Thursday, November 27, 2008

Tag Sub yang ngengada...


Sub, apa yang tertulis di bawah ini adalah yang benar semuanya..termasuklah perkara E fasal 1,2 dan 3 tu....walaupun ianya belum terjadi...semua kesengallan semasa menjawab tag ini tidak ada kena mengena ngan sesiapa pun...kecuali diri aku sendiri...


A. Sebutkan 3 tabiat buruk kat kedai makan


1. Aku suka sangat gaduh ngan tokey kedai yang suka sangat lambat hantar order...bila terasa lama nau nunggunya mula la aku buat muka..suka perli2...( siaplah pelayan2 kat kedai tu...mesti panas telinga) Kalau ngan laki aku, silap-silap kami gi jer cari kedai lain. Bior tokey kedai tu yang makan aku nyer order...

2. Suka bersila atas kerusi... ( kekadang restoran tu sejuk sangat..)

3. Biasanya makanan yang orang lain order akan nampak lebih sedap dari yang aku nyerr...so automatik terkena penyakit si sub . Mula lah sudu dan garfu merayap melebihi sempadan...kalau ngan en.middy, silap-silap terus tukar pinggan....

B. 3 perkara dibuat sebelum tido

1. 1 jam sebelum tido, sembur febreez atas tilam dan seangkatan dengannya...sambil penuhkan bilik ngan aircond.
2. cuci muker, gosok gigi dan paki krim malam
3. check keperluan untuk membuat susu dan menukar pempers malam nanti
4. kunci jam...kul 6.15 dan ekstra kok terlajak kul 6.45 pagi..( eh!eh! 4 lapulak...)

C. 3 perkara dibuat lepas bangun tido

1. off alarm dulu...tak bukak pun mata lagi...main raba jerr
2. bangun buat susu anak..supaya bila aku tinggalkan untuk mandi, dia tak nangis..
3. siap-siap nak g kerjalah...
(kehkehkeh.....cam skema jerr jawapan aku ni..)

D. apa yang sedang anda fikirkan sekarang ni

1. bos aku hantar sms mintak follow up bhgn ukur bahan pasal VO. Malasnyer aku nak call..
2. bila nak kul 5.30 ni..nak balik..kat luar tu punyalah gelap nak hujan..confirm jem tahap babun jap lagi..
3. kat manalah en.middy pilih tempat nak dating malam ni...

E. Plan biler dah pencen nanti A.K.A dah tuo nanti

1. menguruskan satu perniagaan milik sendiri
2. round the world ngan en.middy....yang penting g buat haji dulu
3. nak selalu habiskan masa bersama keluarga walaupun mungkin ketika itu ada perniagaan yang harus diberi perhatian...( ceeewahhh!! macam real siuttt...)

No comments: