Monday, December 1, 2008

SELAMAT PAGI CINTA...

Tengok iklan kat TV tentang cerita Selamat Pagi Cinta ni, aku rasa ramai yang tertarik nak tengok. Tak tau lah mungkin sebab muzik latar nyer yang best, atau kerana pelakonnya atau kerana bayangan jalan cerita yang romatis dan memilukan...lagi-lagi cerita tu ada kisah suami dan isteri...dan mungkin sebab yang itu kot, yang buat aku nak tengok sangat.

Aku cakap dengan en.middy, aku teringin nak tengok cerita tu
en.middy macam biasa, ok jerr

Mulanya aku ajak tengok hari Jumaat malam..tapi bila tengok jadual tayangan, cerita tu sampai kul 6.30 petang jerr...sebelah malam banyak cerita omputih
En.middy bagi cadangan tengok cerita James Bond
Actually aku nak sangat tengok cerita SPC tu tapi kalau tak dapat tengok pun tak kisah sangat...asal dapat berdua-duaan dengan en.middy tu dah kira bagus

Tapi at last, en.middy ubah rancangan, agaknya sebab tengok aku beria2 nak g tengok cerita tu..dia kata Sabtu pagilah kita pergi tengok cerita Selamat Pagi Cinta, lepas tu singgah Seremban ambik anak, dan terus keTangkak.

Aku dengan gembiranya terus packing baju malam tu jugak. Taknak tergesa-gesa besok( sabtu).


So, seperti yang dirancang, pagi tu gi tengok wayang dulu kat IOI MALL. Masa nak g beli tiket tu, GSC dah ramai jugak orang... Aku dah suspen jerr ni, takut dapat kerusi depan....lepas beli popcorn, kami pun terus masuk panggung.

Bila masuk dalam panggung aku rasa yang tengok cerita pagi tu adalah lebih kurang 10 orang termasuk aku...hati ni berdebar juga..yang ramai-ramai tadi g tengok cerita apa pulak?..macam tak laku jerr, cerita ni...

Di awal cerita memang best...tapi lama-lama..aku perasan cerita tu cerita orang malas
Cerita tu ishk..susah nak cakap lah

Jalan cerita dia macam ni ..

Jumpa-jumpa kawin, dah kawin tetiba sakit pastu mati...kisah pasangan yang lagi satu...pandang2 jatuh hati, ajak dating, declare jadi kekasih...dah bercinta tetiba mak pak kawinkan dengan orang lain...macam tu jerr...

Dua tahun kemudian, dua orang yang ditinggalkan tu...bertembung dan... -korang pikirlah sendiri... -

Ni cuma pandangan peribadi aku..korang yang dah tengok aku tak taulah pendapat korang apa pulak.....lain orang lain pendapat

So, kalau ini percubaan pertama pengarah, dan percubaan pertamanya berjaya meraih jutaan ringgit..., tahniah diucapkan

Lain pula dengan aku...ini merupakan percubaan pertama aku nak tengok cerita melayu kat wayang setelah bertahun tak g tengok wayang, tapi yang aku dapat hanyalah hempeh
Malu ngan en.middy pun yer jugak..nasib baik dia tak cakap.."Hah! kan orang dah cakap...cerita tu mesti tak best nyer..."

Bukan tak nak support cerita melayu...tapi kalau itu sahaja yang boleh dihidangkan kepada penonton,....rasanya baik aku g tengok cerita madagascar or bolt pagi tuu...wwawawawa.....cerita itu memang menyedihkan...kalau fazura menangis dlm filem tu sebab laki dia mati, aku pulak sedih sebab salah pilih filem untuk ditonton dan peluang berdua-duaan dengan laki aku jadi hambar...en.middy tidur sampai habis cerita

Keluar panggung..aku senyap jerr..dalam hati berharap, janganlah sampai en.middy mengomel...kalau dia mengomel, aku yang panas telinga nanti..dan nasib baik dia diam jerr

Lepas tengok wayang, jalan-jalan kat shopping com tu...hari ni 29.11.08 kan hari pertama sale, so meriah sungguh dengan tag discount kat sana sini..en.middy sempat sambar satu kemeja t. Boleh pakai g kenduri kawin esok

Masa jalan-jalan tengok baju tu...en.middy sempat tanya satu soalan..Nak tau tak dia tanya apa?

"mama rasa cerita tadi tu best ker?"

wawawawa...ishk..ishk..sob..sob..sadis tul soalan tu...wawawwawa........


So aku bukan nak hasut korang supaya tak gi tengok cerita tu...aku cuma luahkan apa yang aku rasa jerr...kalau korang nak gi, gilah...mana tau pendapat kita berbeza...?



Sekian...


2 comments:

ietams said...

tu yg buat malas nak pi wayang tengok citer melayu..

MalayConfinementLady said...

tue la kan...
bukan nak perlekeh cerita melayu,
tp kbykn cerita melayu camtu lah.
perabih duit je gi tgk...