Friday, December 26, 2008

Bayar hutang


Bukannya hutang siapa-siapa..hutang tak update blog ni hah!...sekali lagi upload gambar dari camera..pastu tengok tarikh dan mulalah bercerita...lambat pun lambatlah. Yang penting setiap peristiwa yang aku dah rakam dari lensa ini perlu diabadikan dalam blog kesayangan aku ni...


SUP TULANG...


Ni sup tulang yang aku masak jumaat 2 minggu lepas (19/12/2008). Daging korban yang aku bahagikan tiga hari tu. Makan dengan sambal kicap, memang best gilerr.

Majlis Pertunangan Lagi...

Besoknya ( 20/12/2008) sepupu aku bertunang..kali ni sepupu yang lelaki pulak. Tunangannya orang Abdullah Hukum Kuala Lumpur. So mak mintak aku menghantar sekali. Lagi pulak, anak-anak pun ada dengan mak so, nanti aku akan ambik bawak balik sekali. Ini antara gambar2 yang sempat aku ambik haritu.

On the way nak g rumah bakal sepupu...

Jumpa rombongan di masjid UM. Yang kat atas ni sebahagian sepupu dan anak buah aku.

Cik hany dan papa middy nya...

Hai haddy...dah belajar cara2 memandu kerr?

Perbincangan...baju batik biru tu ayah akulah...selaku wakil pihak lelaki

Khusyuk mendengar...rumah bakal sepupu aku ni tak lah besar mana..kitaorang pulak datang sampai lima kereta, mana lah tak bersesak jadinya..

Aku dan en.middy rileks jer duduk kat dapur ngan anak2.

Pose istimewa hana..

Ni lah bakal sepupu aku tu..aku panggil Tini jerr

Emak aku yang arungkan cincin...

Cincin tersarung dijari...maka termetrilah sudah satu ikatan..

Senyuman dan tawa gembira apa yang dihajatkan terlaksana juga akhirnya..

Kenangan diabadikan...

Maintain lawa...

Antara barang hantaran dari pihak perempuan..

Hah inilah pasangan si perempuan...Abang Enol. Selamat Bertunang semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin..


BUAH MATA KUCING...


Balik dari majlis tunang tu...anak-anak semuanya ikut aku semula. Meriah lagi lah rumah ni.


Dan di petang yang cukup indah itu, lepas mandi...dua beradik tu makan buah mata kucing yang aku beli kat pasar malam semalam.

Atas motor lagi...


MAIN PASIR

Malas nak cerita panjang-panjang...korang tengok lah anak-anak bertuah aku tu buat apa..memang jakun. Maklumlah rumah dia mana nak ada pasir, semuanya dah bersimen. Aku kecik-kecik dulu puas lah main pasir @ tanah ni..maklumlah budak kampung. So, walaupun aku membebel bila tengok anak-anak main pasir, tapi sebenarnya bukannya kisah sangat...sebab aku pun memang suka main pasir masa kecik-kecik dulu..so aku paham..biarkan jer lah..























1 comment:

hnyhar said...

cutenye..main pasir..