Friday, December 19, 2008

Bila Jari Mula Menari Lagi....

( Sepatutnya catatan ini aku kena publishkan semalam...tapi disebabkan terlalu banyak kerja...aku tak sempat nak usik blog semalam...so, hari ni baru sempat.. )

Bismillahhirrahmannirrahhim....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Setelah sekian lama..akhirnya dapat juga aku mengadap pc cabuk kesayangan aku ini. Acited sangat nak update cerita.Hari ini aku balik kerja cepat. Bukanlah cepat macammana..cuma aku balik on time...dua tiga hari yang lepas, asyik balik lambat jerr...

Semalam mak datang ambik budak-budak...semuanya kerana haddy kena ruam lampin yang teruk...tak sanggup pulak aku nak hantar haddy ke nursery. Bukannya tak percaya kat nursery..cuma aku rasa, dalam keadaan haddy macam tu, dia perlukan perhatian yang lebih...kalau dia kencing atau erk..erk..mesti nak kena cepat basuh, kalau tak mesti dia rasa pedih..

Kesian tengok dia..masa kena cuci,menggigil2 kaki dia tahan pedih..nangis tak payah cakap lah...so, petang semalam aku call emak mintak tolong jagakan haddy. Emak apa lagi..aku tak sampai rumah lagi, dia dah sampai dulu...

Mulanya pujuk hana supaya tak ikut neneknya, tapi hana mana bagi, haddy dibawak neneknya tanpa dia. Aku pujuk dia " hana tak payahlah ikut nenek...mama tak ada kawan"..."ala...hana nak ikut nenek dengan haddy"..."kalau hana ikut nenek, sapa nak teman mama?"...Nak tau dia jawab apa? "Papa kan ada...."

At last putera dan puteries aku ikut atok dan neneknya balik seremban...

So hari ini en.middy outstation ke Kuala Kangsar...tinggal lah aku sesorang kat rumah ni...sebab tu tadi, siapkan semua kerja rumah, basuh baju dan gosok baju aku dan en.middy untuk besok dan jumaat, masak maggi dan buat nescafe o, tutup tv, lampu dan kipas, cepat-cepat naik kat workstation kat bilik atas ni..untuk up date blog.


Complete...bersedia untuk tugas-tugas khas...

Kasi closeup sikit maggi aku nih! Pedess gilos...tapi sedep...

Dah memang tabiat aku, duduk jer depan pc ni, mesti nak main game dulu...ingat nak pecahkan rekod en.middy yang berlagak semalam...tapi hampeh, kalah la pulak..


Hah! dah kalah barulah nak upload gambar dan buka blog...

Sambil tu dengar radio sayanganku kini iaitu Suria FM...best giler dari radio no.1...setiap pagi jumaat aku mesti nak pecah perut dok dalam kereta...ada satu segmen bersama "kak V"...memang originality dan ikhlas...tak ada tapis nyer...trylah dengar..( Iklan lah pulok...)

Berbalik semula kita....
Untuk aku mengimbas semula kisah-kisah lama yang tersimpan sejak seminggu yang lepas, serabut jugak kepala otak aku nak susun gambar dan cerita..

Sebenarnya sebab utama buat blog ni, bukanlah nak menunjuk apa-apa, cuma nak berkongsi cerita..dan, kalaupun tiada yang sudi membaca, cukuplah ianya menjadi catatan peribadi yang akan aku kenang dan hadiah untuk anak-anak aku nanti...tapi aku tetap berterima kasih kepada yang setia menjengok2 blog ni, walaupun tak berupdate...TQ.

Ini lah kisah-kisah yang tertinggal itu....

No comments: