Tuesday, December 9, 2008

Harap maklum

Salam semua...

Rasanya tak terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha @ Raya Korban..kepada seluruh umat islam dan kawan2 yang setia mengunjungi hamparan hati Hamisya ini.

Resah gelisah tengok blog ni tak berupdate, tapi masa menguasai segalanya. Banyak perkara yang perlu di dahulukan...

Sepanjang bercuti sempena hari raya ini,banyak gambar dan cerita harian aku yang nak aku kongsikan bersama-sama kawan2...tapi mungkin bukan sekarang, bukan esok dan mungkin juga bukan minggu ini.Aku tak punya waktu untuk aku ceritakan kesemuanya lantaran tugas yang terpaksa aku beri lebih perhatian dalam minggu ini.

3 kejadian tanah runtuh dalam masa seminggu ini betul2 menyedihkan. Dalam perjalanan balik ke kampung last week, aku terima sms dari engineer aku menyatakan ada kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa. Dia ada ingatkan aku bahawa report seperti biasa kena keluar selepas meeting jawatankuasa tanah runtuh diadakan. Aku faham dan janji akan buat apa yang patut hari selasa ini.

Tapi, pagi tadi lepas siap2 nak g kerja dan kemaskan anak2, aku pun drive ke nursery.Tapi nursery tutup. Aku puas recall memory, dok ingat2 kalau2 ada diberitahu nursery tutup lagi hari ni...tapi rasanya tak ada orang bagitau..nak marah pun tak guna...apa yang boleh aku buat, call ofis dan ambil emergency leave lah hari ni..nak harap en.middy offer untuk jaga anak...ntah bila lah boleh ku dengar...

Pukul 12.30 tengah hari, bos call tanya macam mana nak cari data hujan? Dia kena pergi meeting jawatankuasa tanah runtuh yang aku sebut kan tadi..( aku memang dah agak, akan ada meeting hari ni...tapi nursery punya pasal, aku terpaksa EL ). Nasib baik rumah ni ada internet, bolehlah aku tolong bos cari kan data hujan yang dia nak tu. Alhamdulillah, dapat juga aku membantu walaupun dari rumah..

So, besok aku pun tak tau, nak kena buat report yang mana dulu...ulu yam ker,jalan semantan ker, atau bukit antarabangsa? Tunggu arahan...dan Saya Yang Menurut Perintah..seperti biasalah...cuma besok aku kena kuat kan semangat, untuk tak gatal tangan kejap2 klik kat blog...report ulu yam aku tak siap-siap sebab suka merayap g tengok blog kengkawan lah...macam orang bercinta pulak...angau.

Sebab tu malam ni aku nak ambik kesempatan ni untuk beritahu, kalau-kalau kawan-kawan datang tengok benda yang sama jerr kat blog nih, ...faham-fahamlah bahawa report aku tu tak siap lagi.

Tapi mungkin juga, siapa tau...tekanan dalam menyiapkan report tu, blog ini terapinya...apa salahnya kongsi rasa dengan kengkawan kan? so, kalau nampak terupdate pulak, maknanya tengah tensen la tu...

Ok la...i'll miss u all...

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi bertandang di hamparan hati Hamisya ini..see u then..

No comments: