Friday, December 5, 2008

Nasi Beriani Gam




Nasi beriani "kambing" tetap menjadi pilihan...


Padahal, malam tadi baru makan lamb chop kat Bravos...


Al-kisah..


Sabtu lepas, lepas tengok cerita Selamat Pagi Cinta, en.middy bawak aku gi makan nasi beriani gam putra kat....mana ek? Ala..kat tepi jalan nak g putrajaya tu...dekat-dekat dengan UNITEN dan Hospital Serdang..

Ni first time aku makan kat sini..Ramai gak orang makan kat situ...siap ada live band lagi tengah2 hari buta tu.. Macam kat kenduri kawin lah pulak..





Restoran ni ramai pelanggan, tapi tuan kedai ni kedekut gilerr lah..


Nak tau apasal aku cakap macam tu? Atap nye dah la pakai canopy jew..Kedai makan ni asal boleh jer..tak cantik langsung la..Duit yang banyak tu, apalah salahnya buat acsess..dah tau pelanggan ramai, ni buat tak pandang jerr becak depan kedai dia tu...ishk, kok yer pun nak kaya cepat...pikirlah kemudahan pelanggan jugak..setakat nak buat jalan..anggap jer la satu perlaburan..kalau ada acess yang bagus, kan lagi ramai orang boleh datang...ni tak!





Lagi satu aku nak bagi tau, nasi beriani tu memang sedap, walaupun harganya mahal sikit dari nasi beriani INSAF, aku boleh terima lagi, sebab itu standard nasi beriani lah..cuma, air kat situ mahal gilos..air sirap bodoh tu harganya RM2...air laici pulak RM3.50..adalah 3 biji laici dalam tu..rasanya macam tak patut..kalau tempat beraircond okla jugak..lagi satu sebabnya..korang gi tengok sendiri lah kedai tu apa rupanya..



Tapi tak tau la pulak kalau mahal sebab ada live band...Boleh ker sebab tu?





No comments: