Wednesday, December 31, 2008

Bila Jari Mula Menari...


2009

CORETAN AKHIR TAHUN...

Salam pada semua...

Dah akhir tahun hari ini..sekejap jer rasanya setahun tu..dulu masa aku kecik-kecik, sehari pun rasa lama sangat..adakah kerana waktu itu aku budak-budak maka masa terasa lama kerana tidak ada apa yang hendak dibuat selain dari main.

Dan bila umur merangkak tua ini, maka 24 jam yang tuhan sediakan itu seakan tidak cukup pula rasanya...setiap kali tak sempat nak buat sesuatu, mesti kata ah,besok jer la buat...biasanya hari berakhir dengan to be continued...macam dalam drama lah pulak. Tapi aku sendiri sedar dan terima hakikat bahawa kita hidup di akhir zaman, masa akan menjadi singkat telah pun tertulis dalam kalam Allah..

Pejam celik, pejam celik, 2008 dah pun berakhir...alhamdullilah tahun ini perkara yang paling manis berlaku dalam hidup aku bilamana aku dikurniakan seorang lagi cahayamata. Bonusnya dia baby lelaki..maka lengkap sudah keluarga ini..ada puteri dan putera..rasanya buat masa ini, aku tak ada perancangan nak tambah ahli keluarga lagi..tunggulah haddy besar sikit..perancangan awal kalau boleh aku nak enam orang anak.

Tapi memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan cabaran dalam mendidik anak-anak dari segi akademi dan sosial yang benar-benar menguji diri, buat aku berfikir banyak kali. Tapi siapa tahu..andai Allah memang mahukan enam orang khalifah nya daripada aku, maka aku terima dengan senang hati. Rezeki setiap anak itu tetap ada walau susah manapun kita...Mudah-mudahan anak-anak mendengar kata dan hormat orang tua. Itu yang terbaik dan paling asas ....kepada sesuatu yang lebih baik.

Dalam manis ada pahitnya, tahun ni aku terlepas kenaikan pangkat seperti yang aku ceritakan dalam n3 yang lepas, dan berita baik suam-suam kuku yang aku khabarkan tempoh hari dah pun sejuk. Permohonan pertukaran ke Putrajaya tidak mendapat kelulusan pihak atasan dengan alasan tiada yang mengganti tempat aku. Sedih? Sedih la juga...tapi kena redha. Bila tuhan memberi, kita terima dan bila tuhan mengambilnya kita kena redha...itu bukan rezeki kita.

So, next year aku bakal terima seorang engineer baru. Pengganti Bakiya. Sebenarnya aku dah kenal dia ni. Pernah keluar lunch sesama. Kalau ikut umur, aku lebih tua dari dia. Hopefully dia bukanlah seorang yang bossy dan boleh ngam dalam bekerja. Kalau tak, habislah aku...

Azam? Tahun 2008 punya azam nak kuruskan badan hancus...tapi tak apalah, aku akan bawa ke depan dan berusaha lebih gigih supaya ianya akan tercapai..( nasi oh nasi kenapa engkau sedap?)...so tahun ni tak nak target tinggi sangatlah...dapat 65 kg pun dah kira bagus sangat.

Tahun ni selain nak kuruskan badan, ( azam wajib tiap-tiap tahun)..aku nak lebih pandai uruskan masa. Nak kurangkan marah dan menjerit kat rumah. Belajar bersabar dan lebih kasih pada anak-anak. Enjoy dengan anak-anak. Kalau boleh aku yang nak kena jadi budak-budak dan bukan budak-budak yang jadi aku...buat apa saja untuk anak-anak...Insyallah, kalau kita mintak yang baik-baik, mana mungkin tuhan tak izinkan...

Untuk diri sendiri, nak ubah sikap pemalas yang ada dalam diri ni. Sikap bertangguh-tangguh dan "nantilah" kalau boleh akan aku cuba kikis, umur aku tahun depan dah 29 tahun, dah masuk lingkungan tua, anak-anak pun dah besar, jangan sampai dia mencontohi yang tak baik dari aku..menyesal kemudian tak berguna..mengharapkan anak jadi baik, maka aku kena jadi baik dulu...azam!azam!azam!

Tahun ni juga aku nak start kumpul duit balik..dulu kumpul duit sebab nak masuk rumah baru, sekarang kumpul duit untuk kesenangan hari muka...ada duit sikit, simpan la sikit ada duit banyak simpanlah sikit...wakakaka..

Oklah tak tau nak tulis apa lagi...cukup dulu sampai sini untuk tahun ini..aku pun harap kawan-kawan ada azam yang bagus2 tahun 2009. Siapa-siapa yang berjaya capai target azam 2008 tahniah aku ucapkan. Kalau tak dapat, usaha lebih sikit tahun depan..

SELAMAT TAHUN BARU! SEMOGA TAHUN 2009 LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUM INI. SEMOGA KITA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK. AMIN!

No comments: