Thursday, December 4, 2008

Cerita susu la pulok...


Ini shopping bukanlah shopping suka-suka. Ini shopping rutin tiap-tiap bulan..

Aku ni duduk kat seri kembangan, tapi tempat shopping aku biasanya kat Ampang ni lah...biasanya kalau hari Jumaat tu panjang sikit lah langkah aku. Tengoklah mana yang ada sale. Kadang-kadang ke Tesco Ampang, Carrefour Ampang, UO Galaxy Ampang, Spectrum/Bintang Bandar Baru Ampang..

Tapi kalau nak window shoping atau shopping suka-suka, suka la aku gi Ampang Point, JJ Maluri, JJ Equine, IOI Mall dan semestinya SOGO.

Gambar kat bawah ni, shopping masa lepas dapat gaji jumaat last week kat Tesco..lambat upload pasal camera ni telah diambil tuannya ( en.middy ). So daripada gambar tu tak dibuat apa, boleh la aku buat bahan untuk update blog kesayangan ni..



Sebenarnya ni shopping fasa satu...beli barang anak-anak dulu..shopping fasa 2 biasanya tengah bulan, beli lagi barang budak-budak ( biasanya susu lah ), keperluan rumah, dan dapur pulak...

Kalau tengok barang2 kat atas tu, tak adalah apa sangat..tapi...harganya tiga ratus juga...untuk aku yang gaji tak berapa nak banyak nih, menyengih jugaklah time hulur duit tuu!

Itupun nasib baik anak-anak minum Dumex jerr...boleh dikatakan antara susu yang murah..dan sedap bagi anak-anak aku so, tak adalah berkira sangat nak membelinya..

Pada aku semua susu sama...jenama yang buat harga tu lain-lain..tapi THE BEST SUSU IBU lah...kalau pun disebut susu tu ada DHA,AA, FOS..bla..bla..ada sesiapa pernah tengok ker apa rupa benda-benda tu, dan ada sesiapa pernah pastikan benda-benda tu memang ada dalam susu tersebut? Ker...asal tengok sampul jerr?..Lagi satu, ada kah kita benar-benar faham atau hanya menerima apa yang diterangkan...

Walaupun begitu, secara peribadi aku berpendapat, persekitaran lebih banyak mempengaruhi perkembangan anak-anak sebenarnya dan Susu itu hanyalah satu keperluan..

Ada sesiapa tak bersetuju? Bagi la komen...



No comments: