Wednesday, December 31, 2008

KAD DARI SUZI - sahabat yang jauh nun di perantauan


Thanks suzi semoga tahun baru ini bakal memberikan lebih banyak rezeki dan kesihatan yang berpanjangan buat kita semua..

Bila Jari Mula Menari...


2009

CORETAN AKHIR TAHUN...

Salam pada semua...

Dah akhir tahun hari ini..sekejap jer rasanya setahun tu..dulu masa aku kecik-kecik, sehari pun rasa lama sangat..adakah kerana waktu itu aku budak-budak maka masa terasa lama kerana tidak ada apa yang hendak dibuat selain dari main.

Dan bila umur merangkak tua ini, maka 24 jam yang tuhan sediakan itu seakan tidak cukup pula rasanya...setiap kali tak sempat nak buat sesuatu, mesti kata ah,besok jer la buat...biasanya hari berakhir dengan to be continued...macam dalam drama lah pulak. Tapi aku sendiri sedar dan terima hakikat bahawa kita hidup di akhir zaman, masa akan menjadi singkat telah pun tertulis dalam kalam Allah..

Pejam celik, pejam celik, 2008 dah pun berakhir...alhamdullilah tahun ini perkara yang paling manis berlaku dalam hidup aku bilamana aku dikurniakan seorang lagi cahayamata. Bonusnya dia baby lelaki..maka lengkap sudah keluarga ini..ada puteri dan putera..rasanya buat masa ini, aku tak ada perancangan nak tambah ahli keluarga lagi..tunggulah haddy besar sikit..perancangan awal kalau boleh aku nak enam orang anak.

Tapi memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan cabaran dalam mendidik anak-anak dari segi akademi dan sosial yang benar-benar menguji diri, buat aku berfikir banyak kali. Tapi siapa tahu..andai Allah memang mahukan enam orang khalifah nya daripada aku, maka aku terima dengan senang hati. Rezeki setiap anak itu tetap ada walau susah manapun kita...Mudah-mudahan anak-anak mendengar kata dan hormat orang tua. Itu yang terbaik dan paling asas ....kepada sesuatu yang lebih baik.

Dalam manis ada pahitnya, tahun ni aku terlepas kenaikan pangkat seperti yang aku ceritakan dalam n3 yang lepas, dan berita baik suam-suam kuku yang aku khabarkan tempoh hari dah pun sejuk. Permohonan pertukaran ke Putrajaya tidak mendapat kelulusan pihak atasan dengan alasan tiada yang mengganti tempat aku. Sedih? Sedih la juga...tapi kena redha. Bila tuhan memberi, kita terima dan bila tuhan mengambilnya kita kena redha...itu bukan rezeki kita.

So, next year aku bakal terima seorang engineer baru. Pengganti Bakiya. Sebenarnya aku dah kenal dia ni. Pernah keluar lunch sesama. Kalau ikut umur, aku lebih tua dari dia. Hopefully dia bukanlah seorang yang bossy dan boleh ngam dalam bekerja. Kalau tak, habislah aku...

Azam? Tahun 2008 punya azam nak kuruskan badan hancus...tapi tak apalah, aku akan bawa ke depan dan berusaha lebih gigih supaya ianya akan tercapai..( nasi oh nasi kenapa engkau sedap?)...so tahun ni tak nak target tinggi sangatlah...dapat 65 kg pun dah kira bagus sangat.

Tahun ni selain nak kuruskan badan, ( azam wajib tiap-tiap tahun)..aku nak lebih pandai uruskan masa. Nak kurangkan marah dan menjerit kat rumah. Belajar bersabar dan lebih kasih pada anak-anak. Enjoy dengan anak-anak. Kalau boleh aku yang nak kena jadi budak-budak dan bukan budak-budak yang jadi aku...buat apa saja untuk anak-anak...Insyallah, kalau kita mintak yang baik-baik, mana mungkin tuhan tak izinkan...

Untuk diri sendiri, nak ubah sikap pemalas yang ada dalam diri ni. Sikap bertangguh-tangguh dan "nantilah" kalau boleh akan aku cuba kikis, umur aku tahun depan dah 29 tahun, dah masuk lingkungan tua, anak-anak pun dah besar, jangan sampai dia mencontohi yang tak baik dari aku..menyesal kemudian tak berguna..mengharapkan anak jadi baik, maka aku kena jadi baik dulu...azam!azam!azam!

Tahun ni juga aku nak start kumpul duit balik..dulu kumpul duit sebab nak masuk rumah baru, sekarang kumpul duit untuk kesenangan hari muka...ada duit sikit, simpan la sikit ada duit banyak simpanlah sikit...wakakaka..

Oklah tak tau nak tulis apa lagi...cukup dulu sampai sini untuk tahun ini..aku pun harap kawan-kawan ada azam yang bagus2 tahun 2009. Siapa-siapa yang berjaya capai target azam 2008 tahniah aku ucapkan. Kalau tak dapat, usaha lebih sikit tahun depan..

SELAMAT TAHUN BARU! SEMOGA TAHUN 2009 LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUM INI. SEMOGA KITA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK. AMIN!

Tuesday, December 30, 2008

Balik Kampung

MEOW NENEK

Hany tengah mengintai kucing nenek kat bawah meja..

Ingatkan berani sangat..kucingnya keluar dia pun lari..

Hana ngan hany dok perati nenek bagi makan kucing-kucingnya

Tu cuma tiga ekor jer yang balik, yang belum balik entah berapa ekor lagi..

Hany

Kakak ngan adik yang suka main barang2 kepunyaan mama dan papanya..

Stylo la kununnya tu...

Tunggu yer hana, belajar rajin-rajin dapat kerja bagus-bagus nanti boleh beli kereta sendiri..
SUPPER

Entah kenapa hana asyik mintak makan jer hari ni..kul 4 tadi dah makan nasik. Pukul 8 makan nasik lagi. Pastu atok belanja satay, makan lagi...mata dah berat tapi mintak makan nasik lagi..tapi papanya tak bagi makan nasik lagi pasal dah malam dan perut hana pun dah mengening bulatnya...tapi patu dia sendiri suggest " ma makan roti dengan kuah satay pun boleh lah!"....

Tak sampai hati, bagi lah juga makan... aku dah ngantuk giler nih..

Lepas makan berpeluh-peluh, baru nak ikat rambut...

Petang semalam on the way nak balik rumah, singgah rumah mak seremban sekejap. Bukak pintu belakang nampak pokok rozel ni. Gemok giler, banyak lak buah nya...padahal tanam atas jalan tar yang mak tambahkan tanah sikit....agaknya tangan mak sejuk tu yang menjadi tu..

Ini lah buahnya yang orang buat jem dan jus tu..

Aku goreng pisang makan ramai-ramai memang best. Petang tu abang arin pun singgah rumah mak jugak, so meriah la jadinya...

Anak-anak dengan papanya.


En.Middy.. hana yang snap gambar ni

Mamanya nak interframe jugak..

Birthday Party..

Hari apa tah dapat jemputan birhday party anak kawan sekolah aku ..bila dapat jer sms tu aku terus tanya en.middy kot2 dia boleh pergi. Seperti biasa, jawapan "kalau sempat, kita pergilah" harus aku terima dari en.middy dulu.Yer lah, kang dia kata Ok! sampai masa tak ok, aku jugak yang frustnya...lagi satu yang nak g sangat tu bukan apa..aku nak jumpa si Sub tu hah!Dah setahun tak jumpa. Last jumpa masa reunion kat PD hari tu..


Si Sub yang melayan Haddy..


Entah bilalah dapat berkumpul lagi cam ni yer sub?


Kalau perasan si Haddy menangis time ni...nak tau kenapa?

Dia nak makan agar-agar laici yang gee buat...bila aku sumbat dia diamlah.


To PAPA,

Thanks a lot yang, sebab sudi bawak mama g rumah kawan mama...ingatkan tak jadi pergi..

Popia dan cerita hantu...

Cuti Christmas hari tu duduk rumah ajer...padahal aku amik cuti jumaat ni..en middy sibuk sikit pasal kena siapkan tender.Jumaat ni tender dah tutup.So, layan anak-anak jer lah..

Petang time anak-anak aku tidur, teringin pulak nak buat kudapan. So inilah yang terhasil petang itu. POPIA..


Inti popia.

Tak sangka pulak boleh dapat banyak cenggini..

Boleh la pulangkan pinggan kak ina. Haritu member bagi nasi ayam.



PUAKA NIYANG RAPIK

So, malamnya pulak, tengok cerita hantu. Cerita hantu ni setiap hari Khamis. Kalau aku sorang-sorang tak ada lah aku nak tengok. Tapi anak-anak aku suka naw nengoknya...tapi macam-macam aksilah,..


Kakak ok lagi ni...siap tupang dagu lagi..


Anak bujang aju macam biasa merayap cari kerja..hany pulak tengah habiskan susu.


Siap tutup mulut...bila dengar sound effect dan bersedia tunggu hantunya keluar..

Hana dan hany sedang suspen..

Hah! Antooo..

Dah lega la tu..

Sempat pulak korek bijih..

Time iklan lepak dulu...kacau haddy yang dah nak tidur tu..

Iklan dah habis sambung tengok balik..

Hari lepak-lepak

Biaslah hari Ahad kan hari lepak-lepak. Lebih2 lagi en. middy aku kerja..so, dengan anak-anak kat rumah walaupun serabut sikit, tapi moment sebegini bukan semua orang pernah atau dapat rasai...hilang penat aku..


Sesi penyusuan bermula..kejap lagi tidur lah semua askar-askar ini...


Sarat dengan emosi...


Hana yang ambik gambar ni..aku tengah dok borak dengan kak ina jiran depan rumah yang bertandang..

Friday, December 26, 2008

Bayar hutang


Bukannya hutang siapa-siapa..hutang tak update blog ni hah!...sekali lagi upload gambar dari camera..pastu tengok tarikh dan mulalah bercerita...lambat pun lambatlah. Yang penting setiap peristiwa yang aku dah rakam dari lensa ini perlu diabadikan dalam blog kesayangan aku ni...


SUP TULANG...


Ni sup tulang yang aku masak jumaat 2 minggu lepas (19/12/2008). Daging korban yang aku bahagikan tiga hari tu. Makan dengan sambal kicap, memang best gilerr.

Majlis Pertunangan Lagi...

Besoknya ( 20/12/2008) sepupu aku bertunang..kali ni sepupu yang lelaki pulak. Tunangannya orang Abdullah Hukum Kuala Lumpur. So mak mintak aku menghantar sekali. Lagi pulak, anak-anak pun ada dengan mak so, nanti aku akan ambik bawak balik sekali. Ini antara gambar2 yang sempat aku ambik haritu.

On the way nak g rumah bakal sepupu...

Jumpa rombongan di masjid UM. Yang kat atas ni sebahagian sepupu dan anak buah aku.

Cik hany dan papa middy nya...

Hai haddy...dah belajar cara2 memandu kerr?

Perbincangan...baju batik biru tu ayah akulah...selaku wakil pihak lelaki

Khusyuk mendengar...rumah bakal sepupu aku ni tak lah besar mana..kitaorang pulak datang sampai lima kereta, mana lah tak bersesak jadinya..

Aku dan en.middy rileks jer duduk kat dapur ngan anak2.

Pose istimewa hana..

Ni lah bakal sepupu aku tu..aku panggil Tini jerr

Emak aku yang arungkan cincin...

Cincin tersarung dijari...maka termetrilah sudah satu ikatan..

Senyuman dan tawa gembira apa yang dihajatkan terlaksana juga akhirnya..

Kenangan diabadikan...

Maintain lawa...

Antara barang hantaran dari pihak perempuan..

Hah inilah pasangan si perempuan...Abang Enol. Selamat Bertunang semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin..


BUAH MATA KUCING...


Balik dari majlis tunang tu...anak-anak semuanya ikut aku semula. Meriah lagi lah rumah ni.


Dan di petang yang cukup indah itu, lepas mandi...dua beradik tu makan buah mata kucing yang aku beli kat pasar malam semalam.

Atas motor lagi...


MAIN PASIR

Malas nak cerita panjang-panjang...korang tengok lah anak-anak bertuah aku tu buat apa..memang jakun. Maklumlah rumah dia mana nak ada pasir, semuanya dah bersimen. Aku kecik-kecik dulu puas lah main pasir @ tanah ni..maklumlah budak kampung. So, walaupun aku membebel bila tengok anak-anak main pasir, tapi sebenarnya bukannya kisah sangat...sebab aku pun memang suka main pasir masa kecik-kecik dulu..so aku paham..biarkan jer lah..