Friday, January 23, 2009

KISAH MUFFIN episod 1

Semalam balik dari ofis singgah kejap ke UO Ampang. Beli bahan nak buat muffin. Untuk makluman, aku tengah giler buat muffin sekarang ni. Maklumlah bila ada yang suka makan, maka semangat nak membuat tu sudah pastilah berkobar-kobar..


Sedang cari bahan ada sorang ibu dan anak-anaknya pun sedang sibuk cari bahan juga. Kat tangannya ada resepi kot...anak-anak dia nampak ecited sangat mintak ibunya buatkan kuih. Tapi akak tu macam teragak-agak pulak nak beli bahan.

Akak tu nampak baik dan aku tengok dia pun macam orang yang biasa2 sangat..bukanlah aku nak pandang pada standart...maksud aku dunia dia hanya keluaraga dia sahaja...

Tapi akka tu ringan mulut....
" adik pun nak buat kuih juga ker?"
" a'ah. saja2 jer kak..nak cuba buat "
" adik nak buat kuih apa?"
" nak try buat muffin ni. saya tengah cari pandan emulco ..tak ada la pulak"
" muffin tu yang diaorang dok sibuk cakap cup cake tu yer?"
"a'ah betul lah tu...tapi saya buat yang biasa jer..tak adalah nak hias-hias pun..buat makan sendiri jer..."
Akak pun baru nak cuba buat. Anak-anak sibuk suruh akak buat. Diaorang nak jual. Akak tak reti nak buat. Ni dapat resepi dari akak ipar. Tapi tak tau nak beli coklat yang macam mana..banyak sangat jenisnya ni..

Aku pun tengoklah resepi tu...

"lain resepi dengan yang saya buat. Rasanya saya buat lebih senang..macam nilah saya bagi resepi kat akak, aka cuba dulu kalau jadi, boleh lah buat lebih banyak..

Aku pun, ambik pen terus jer bagi resepi yang ada dalam kepala aku tu..akak tu nampak baik sangat dan naif jer tengok dia...hati aku pun rasa senang sangat kalau dapat bagi resepi tu kat dia. Pasal aku sendiri dah cuba dan hasilnya superb.

Dari bahan-bahan sampai ke cara nak membuat..bertinggung aku nulis resepi untuk akak tu..

Akak tu tanya macam-macam...dari cara nak cairkan coklat, nak hias sampailah nak letak harga untuk sebiji muffin tu...

aku dah rasa macam buat kelas memasak la pulak kat situ...apa yang aku tau aku ajarlah..tapi bab nak letak harga sebiji muffin tu...aku serah jer kat dia. Apa yang dapat aku cakap kat akak tu,' akak kira balik modal, baru boleh letak harga. Kita berniaga ni jangan sampai rugi dan kalau nak untung pun, yang patut-patutlah....kalau kita buat sedap...ambik untung lebih sikit apa salahnya. Yang penting customer puas hati".

Sebelum aku g bayar apa yang aku beli, akak tu bagitau yang dia duduk kat flat depan UO ni..berniaga nasi lemak. Dia ajak aku datang ke kedainya. Dan akhirnya kami berkenalan sambil bertukar no telefon..

Hampir 45 minit juga aku dok borak ngan akak tu..Hai lambatlah aku ambik anak hari ni...tapi tengah layan jem bodoh kat stadium bukit jalil tu, en.middy call bagi tau yang dia dah ambik anak. Alhamdulillah...

1 comment:

hnyhar said...

mana resipinya..nak jgk cube muffin resipi wak tu...tepekla nnti k..