Monday, January 5, 2009

Hari masak-masak

01.01.2009

Selamat pagi..selamat tahun baru...selamat semuanya..

Hari ni hari pertama tahun 2009. Kebanyakan negeri cuti hari ni. Johor tak cuti...kalau ada negeri lain lagi yang tak cuti aku tak pasti..Besok Jumaat. Alang-alang cuti tahun yang masih berbaki 15 hari lagi tu masih ada, aku sambung jerlah cuti lagi besok.

So, sarapan pagi ni..( tak adalah pagi sangat.Pukul 11 pagi..dah nak masuk tengah hari pun..) buat mee goreng dua versi..pedas dan tak pedas..Kiranya mee tu masakan pertama untuk tahun nilah..anak-anak aku memang suka makan mee..( nasib baik mee, kalau nasik beriani ker, susah juga aku dibuatnya..)


Nampak tak cili api tu..


Mengadap...betul-betul makan nih! Bukan main lagi si hany bersila..

Askar kecik ni pantang nampak makanan kejap lagi sampai lah tu..

Mintak disuap...Oh! yer kengkawann...sila abaikan pemandangan dua tayar basikal yang tersimpan dalam baju aku tu yerr...huwahuwahuwa...

So itu sarapan pagi nyer menu..tengah hari ni nyer menu pulak...

Aku bab nak bagi nama untuk masakan ni memang tak pandai..sebab aku jenis suka masak yang simple-simple jerr...orang kampung cakap..masak campak-campak jerr..

Kalau ikan merah ni boleh lah aku namakan ikan merah masak tomato...hheehe.

Inilah hasilnya masak campak-campak tadi...

Ikan merah masak tomato...untuk anak-anak..tak pedas pun..

Hah! Itu makan tengah harinyer menu..tengah duduk-duduktengok tv sebelah petang,..teringat pulak ada pisang nagka empat biji kat dapur..en.middy punya ayat ' kalau goreng pisang pun sedap '...

So, apa lagi? Tak reti-reti nak kedapur?...

Pisang nipah yang banyak tu, mak mertua yang beri. Pisang tanam sendiri tu...ingatkan nak goreng, boleh lah bagi kat jiran sikit..tapi nak balik seremban petang ni, tak sempat rasanya nak goreng semua. Lagipulak orang yang aku nak bagi tu baru jer keluar..bawak balik seremban jer lah...

Tadaa...siap sudah dengan kopi o nya sekali...

Lepas minum petang, aku pun siap-siap kemas baju nak balik seremban. Besok aku cuti, tapi en.middy ada site visit pulak ke segamat..malas lah nak duduk rumah..budak-budak pun mesti bosan jer...balik kampung best sikit...atok boleh bawak cucu-cucunya jalan-jalan...

No comments: