Thursday, January 15, 2009

Ambil Perhatian...


Ubat selesema didakwa beri masalah ( Copy paste dari Berita Harian )

CHICAGO: Penawar selesema popular yang kerap digunakan ibu bapa, Vicks VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam. Mereka berkata, menggunakan produk Procter & Gamble Co (P & G) itu dengan cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang kecil membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk. “Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia disapu di bawah hidung,” kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.


Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan tubuh mengeluarkan lebih banyak lendir untuk melindungi saluran pernafasan. Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding orang dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit. “Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung atau di dalam hidung bagi sesiapa pun dan tidak sepatutnya digunakan pada kanak-kanak di bawah usia dua tahun,” kata Rubin. Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghadapi masalah pernafasan selepas salap itu disapu di bawah hidungnya.

Mereka mengkaji feret, yang memiliki anatomi saluran pernafasan sama seperti manusia. Pada haiwan yang mengalami jangkitan dada itu, produk berkenaan meningkatkan lendir dan mengurangkan kemampuan haiwan berkenaan membersihkannya. - Reuters

http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNews/20090113/VapoRub_children_090113/20090113?hub=CTVNewsAt11

http://news.xinhuanet.com/english/2009-01/14/content_10655342.htm

No comments: