Tuesday, January 6, 2009

Cerita Taska dan Beg Sekolah Hana

Semalam aku baru langsaikan bayaran nursery untuk hana, hany dan haddy..seribu lebih jugak semuanya. Ngam-ngam duit bonus aku bulan ni..Nasib baik ada duit bonus hujung tahun..sebelum ni rancang dapat duit bonus tu nak belikan katil untuk puteries aku..tapi tak dapat jugak nak beli bulan ni..bulan depan jer la..hana,hany..tak sangka pulak mama pendaftaran sampai seribu lebih..

Tapi nak buat camnerr? Terimalah kenyataan, kita hidup dalam zaman semuanya mahal..

Bila terkena macam tu, berterima kasih banyak-banyak kat kerajaan kerana bayar bonus dua kali. Kalau lah dia bagi sekaligus masa nak raya haritu...alamatnya, rentung lah aku..so bonus yang separuh lagi tu bolehlah cover..

Bab anak-anak, aku yang pilih untuk take over, kalau tak, entah kemanalah aku belanjakan duit aku tu...en.middy bayar yang lain-lain..rumah, kereta dan segala mak nenek bil..( bil telepon aku jer..aku bayar sendiri) gaji aku tak lah banyak mana..tapi insyallah cukup menampung segala keperluan dan sedikit kehendak..aku dan anak-anak..

Tahun ini Hana 4 tahun ( coming soon this 9 of february) jadinya dia dah tak boleh campur satu nursery dengan kanak-kanak bawah 4 tahun. Itu syarat JKM. So hari ni hari pertama hana masuk taska vs nursery yang baru...

Dia acited sangat nak tukar sekolah..( hana sebut nurssery tu sekolah). Actually aku tak ada buat persiapan sangat sebab tak tau macamana keadaannya nanti. Uniform pun pakai kat sekolah. Pagi aku hantar cenggitu jerr, so dia akan mandi kat sekolah. Mungkin belajar sampai tengah hari..pastu ada kelas mengaji dan petang bila aku ambik dia nanti dia dah siap mandi dan pakai baju malam. Sama macam nursery biasa cuma dia dah mula belajar kat nursery yang baru ni...

Bangga juga sebab dia nampak ok jerrr dan betul2 acited..mulutnya dalam kereta tak habis-habis bercakap pasal nak pergi sekolah baru... tapi ada satu ayat tu " ma, haddy tak boleh ikut hana ker?" Dia kalau dengan haddy memang sayang giler, tapi kalau dengan hany kurang sikit pasal hany selalu belasah dia..Alahai..anak..

So, sekarang ni aku pulak yang tak sabar nak balik dan dengar maknenek tu cerita pasal sekolah barunya...lambatnya petang...

BEG SEKOLAH

Kalau teringat beg sekolah hana yang dia bawak pagi tadi sedih pulak hati ini...beg pooh tu bos lama aku yang hadiahkan masa aku pregnant dulu. Cute jerr dan cantik. Sebelum ni buku-buku hana yang aku beli semuanya aku simpan dalam beg tu. Bila dah penuh aku simpan beg tu dalam stor bawah tangga.

Semalam aku carilah balik beg tu sebab nak bagi hana bawak gi sekolah barunya...this is a time..nak pakai beg tu. Tapi tetiba jer darah aku menyirap dengan mahluk tuhan yang tak diundang duduk dalam rumah aku tu..kerjanya memang merosakkan harta benda. Cik ti dah gigit beg pooh tu..panas hati tul lah.

Papanya kata, "beli je la yang baru besok"..memang la aku akan beli kalau dah macam tu rupanya..tapi besok hana nak pakai apa?

Atas inisiatif walaupun tak sampai hati sebenarnya...aku tampal jer lubang tu pakai plaster..nasib baik lubang tu kat bahagian bawah. So tak nampak sangat tampalan tu.

Hana tanya juga pagi tadi, kenapa beg tu ada plaster..so aku pun storylah yang sebenar-benarnya..nasib baik anak aku ni jenis yang tak kisah..dia terima jerr apa yang dia dapat..

So lunch hour jap lagi aku ingat nak g cari beg sekolah hana lah...

No comments: