Tuesday, January 13, 2009

Beli Jiwa...

N3 ni bukan semua orang boleh paham..tapi tetap nak aku abadikannya supaya satu hari nanti bila terkenang atau terbaca, aku boleh tersenyum sendiri...
PART 1 ( 8 Jan )

Sabtu ni ( 17 Januari ) x-classmate nak buat reunion..Dah pastinya aku teruja. Tapi kenapa hari Sabtu? Siang pulak tu..aku yang kerja goment ni memang lah boleh...tapi laki aku yang kerja sendiri tu yang payahnya...memang lah bos company sendiri..boleh set cuti sendiri...tapi tidak bagi seorang kontraktor....

Mula-mula masa sub call bagitau tarikh dah ditetapkan, ting-tong juga...dah sah-sahlah susah sikit nak pergi...hari sabtu orang masih bekerja...kalau diri aku sendiri, dah tentu lepass...tapi tak sampai hati dan rasa tak betul pulak nak tinggalkan tiga orang askar aku tu..kalau bawak anak, tak bawak En.middy pun tak betul juga...nanti kalau ada yang tersalah anggap...siapa yang salah?

Terus sms en.middy bagitau semua maklumat pasal reunion tu...

Seperti yang dijangka...."Knp x buat mlm. Tghari langsung x bleh keje.."
Aku pun reply balik..." kalau keje tak palah. Tak payah pergi". ( sila baca dalam intonasi merajuk key...)

Sejak itu, aku terus tak tanya dah lagi. En.middy pun, diam. So aku kira, aku dah tau jawapannya..

PART 2 ( 12 Jan )

En.Middy sampai rumah kul 8.00 malam. Agak awal. Tapi sejak balik, hp nya tak berhenti berbunyi. Kejap-kejap sms masuk. Kejap-kejap orang call. Aku memang suka pasang telinga. Dan rasanya kejap lagi dia nak keluar ni..

Honestly. Walaupun ikatan perkahwinan ini akan menjangkau 5 tahun April ini..aku masih tak boleh ajar hati ini terima dia keluar malam, balik lambat, lepak kedai mamak...

"Walaupun.."

Walaupun aku tau dia keluar melepak, jumpa kawan, gi ngeteh...sebab itu cara dia cari duit..jumpa orang sana, jumpa orang sini, lobi projek sana, lobi projek sini...macam-macam.

Bila tau jer dia nak keluar, air muka dan mood aku mesti berubah. Aku tak boleh tipu orang kalau pasal air muka ni. Senyumlah lebar mana pun, gelak lah kuat manapun...orang tetap akan perasan..

Aku rasa en.middy dah paham sangat..
Dan aku sendiri, walaupun dah biasa dengan keadaan ini, tetap nak sakit hati juga...tetap tak suka juga.

Tetiba....satu soalan keluar dari mulut en.middy...pertanyaan yang tak terjangka dek pemikiran aku waktu itu..
"
jadi ker nak buat reunion tu?'' kwang-kwang-kwang.....

Aku yang tadinya masam macam cuka tetiba rasa nak ketawa la pulak. Apahal, time2 dia nak kuar ni...tetiba jerr tanya soalan tu...

Oh, sungguh pandai suami aku membeli jiwa ini...

Cepat-cepat aku sambut..''diaorang, jadilah. Dah papa kerja, mama tak jadi pergila...''

''Bolehlah kalau nak pergi. Tapi pagi tu papa g kerja dulu sekejap, tengahari kita g, lepas g majlis mama, papa sambung kerja lagi petang tu...''
''iyalah.."

Kesian pulak terkejar2. Aku tak tau...persetujuan tu dah dipikirkan sekian lama, atau idea tu datang sebab tengok aku dah bertukar air muka bila dia nak keluar malam tadi...??? hahahaha...

SUB TUNGGU KEHADIRAN AKU...INSYALLAH!!

5 comments:

ina's said...

aku tunggu ko

Tukang cerita said...

Orang lelaki memang tak bleh tgk air mata isteri...
kelemahan dorang....
~tp, akak suka dgn kelemahan yang satu nih...~
:)

muztika said...

syahida.. biasalah tu.. i pun kadang2 jongket jugak bab2 ni kalau sokmo keluar dengan kawan.. ingatkan i sorang jer perangai mcm tu, rupanya ada jugak manusia lain eh..he..he..he..

beloved said...

bila dengar jer nak kuar...mulalah nak naik hangin kan? Hehehe...saya pun ingat saya sorang jer perangai cenggitu...rupa-rupanya...

Anyway... kak Atikah...thanks sudi jengok blog tah perper ni,...sangat2 enjoy tgok gambar dalam blog akak tu.

MalayConfinementLady said...

pandai en midi pujuk ek...
kalo papa Alia dia buat dek je...