Wednesday, August 20, 2008

Kursus Bina Negara


Hari ini baru rasa selesa nak menulis dan bercerita tentang kursus yang aku hadiri hari tu. Kursus Bina Negara 5 hari yang di adakan di Maran Pahang.

Terus terang aku cakap, aku pergi dengan perasaan terpaksa...semuanya sebab rasa malas nak buat aktiviti-aktiviti yang aku dah boleh agak.Pakai uniform lagi. Macam budak-budak sekolah. Lagi satu, bila cakap jer kursus bina negara, orang-orang yang dah pergi selalu cakap kursus tu teruk,semuanya kena cepat,nak mandi pun tak sempat, kena train macam askar lah, fasilitatornya garang-garang lah...macam-macam lagilah. Lebih-lebih lagi bila rasa umur dah banyak ni,disertakan lagi dengan pakej badan yang tak berapa nak fit ni...letih jer rasa bila tau ada aktiviti-aktiviti kecerdasan. Malasss mak tau!

Perjalanan dari Ampang ker Maran lebih kurang 3 jam. Tapi aku rasa kalau naik kereta, mesti kurang dari 3 jam. Biasalah kan...bila dah berhenti kat R&R tu, bukannya boleh 10, 20 minit. Paling tidak, setengah jam sudah tentu...kurang tak da..lebeh ada.


Tengah pikir nak makan apa pulak. Tadi kat Genting Sempah kitaorang dah makan nasi lemak.


Akhirnya keli masak sambal dan kobis masak lemak putih ini menjadi santapan gue..


Ni seangkatan juga ni...dari kiri ayu, kak eja, siken dan kak sham


Tapi semua tu masa belum sampai....
Bila dah sampai sana, masa mendaftar lagi aku dah dapat rasa yang aku akan selesa kat sini. Fasilitator yang menguruskan pendaftaran semuanya nampak ok.Dan ternyata aku selesa sampai hari terakhir. Khabar-khabar yang aku dengar sebelum aku pergi tu,SALAH LANGSUNG!!!!


Gambar atas dan bawah : Sesi pendaftaran




Pendapat peribadi aku, tenaga pengajar kat sini faham dan fokus tentang tujuan kursus ini diadakan. Memupuk semangat cintakan negara.Kerana semangat cintakan negara itu hanya di mulut, tetapi apa yang kita buat untuk kita tunjukkan kita cintakan negara ini?

Macam aku sendiri, pasal sejarah negara pun banyak yang kantoii...tapi kat sini aku didedahkan dengan cerita wira-wira negara dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berusaha keras, berkorban sehingga titisan darah yang terakhir semata-mata untuk mempertahankan bumi Malaysia ini.Isu-isu perkauman yang perlu dipandang serius dan bentuk-bentuk ancaman dari dalam dan luar negara yang perlu disedari agar dapat memastikan bahawa kita masih ada negara.( Ceh..ceh..ceh serius kan? tapi seriusly itu yang aku dapat kat sana...berkobar-kobar!! kira berjayalah fasi-fasi aku tu..).


Lagi satu nak bagitau kat korang atau sesaper jerlah yang terbaca laman ni,..kalau ada orang bagi cd free cerita Hati Malaya tu kat aku, aku percaya entah bila la aku nak tengoknyerr...ataupun aku tak akan tengok.


Tunjang utama filem Hati Malaya



Tapi kat sana selepas solat solat subuh, filem Hati Malaya tu di buat pengisian tazkirah. Aku cakap dengan korang...lepas tengok cerita tu, aku rasa nak cari satu yang original untuk aku simpan supaya aku boleh tunjuk kat anak-anak aku nanti macam mana negara ini mencapai kemerdekaan. Memang diaorang akan dapat info tu di sekolah...tapi dengan menonton filem ia salah satu pendekatan yang berbeza. Filem tu tak dinafikan ada kekurangan dari segi fizikal tapi...pada aku, isi cerita itu yang betul-betul penting dan sampai kepada penonton.


Ok, cukup cerita Hati Malaya.



YumYum....best giler kalau dapat blueberry cheese cake nih



15 Ogos 2008 Hari Jumaat - Birthday aku. Tahun ni tak sambut lah...sedih la pulak. Tapi yang buat terubat tu...kawan-kawan baik ramai yang ingat birthday aku. Tak ada hadiah, tapi dengan sms jer aku dah cukup senang hati...




Dalam dewan semasa menunggu penceramah pembentangan kertas kerja. Skema kan? Pakai baju sekolah.



Aktiviti seterusnya aku kat sana, banyak perbincangan dalam kelas. Aku tak boleh cerita kat sini sebab dah janji..cerita dalam kelas, habis kat kelas aje..tak boleh bawak keluar.



Gambar atas dan bawah : Sementara menunggu yang lain untuk aktiviti riadah





Riadah. Fuhhh!!! Giler wei...kitaorang kena lari 2 km pergi balik dalam ujian kecerdasan. Lari baru 20 tapak,aku dah pancit...berat betul badan nih. Tak cukup nyawa aku dibuatnya. Besok tu bangun dari tidur, tegang giler urat peha..


Menara ini ketinggiannya lebih kurang 40 kaki




Besoknya aktiviti riadah kitaorang lebih mencabar..nampak tak menara kat atas tu...first time aku buat benda tu...apatah namanyer aktiviti tu, tak ingatlaa....tapi yang aku tau, kita oarang kena turun dengan menggunakan tali. Gayat gilerrr...sampai bawah aku rasa macam tak leh nak jalan. Menggigil lutut...perrrh aku kagum, kagum dengan diri sendiri, macam tak cayer jer aku boleh buat benda ni.


Gambar atas dan bawah : Ni lah group aku..kumpulan 1 sedang makan berjemaah


Yang best jugak kat sini ialah MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN! 6x makan sehari. Bayangkan? Memang burst lah aku punyer diet...balik-balik naik 1 kg lebih siut...macam mana tak naik, biskut kering pun rasanyer macam sedap sangat kat sana. Agaknya sebab penat dan lagi satu, makan beramai-ramai. Tu yang selera agaknya.

EXAM
Bukan gambar sebenar...tak ada sapa nak tolong ambik gambar exam hari tu.. lebih kurang macam nilah keadaanya.


Hari akhir aku kat sana,kita orang akan diuji dengan UJIAN. Objektif jer, tapi kalau tak betul-betul,confius jugak pilihan jawapan yang diberi tuh.Alhamdulillah aku rasa aku boleh jawab...

Kembara. Hah ni lah aktiviti akhir yang kitaorang dok teryanya-tanya. Macam manalah rupanye KEMBARA tu?


Bersiap sedia untuk memulakan kembara...Kumpulan 1. Meh aku kenalkan sorang-sorang..dari kiri, aku lerr..lim bee ling, kak sarah, azri, epy, reza, hasry, wan, adha dan yang paling comel dalam kumpulan ni nawawi.


Memulakan perjalanan...blog punya pasal belum pun keluar dari kem tapi dah sibuk bergambar..


Legaaaa...sampai jugak kat tanah landai...perrrh tinggi giler bukit nih.


JUNGLE TREKING...fuhhh..gilerr aku cakap korang..punyerlah tinggi bukit tuu..menegak pulak lagi..Memang mencabar...berpeluh-peluh..tapi aku suker sangat. Aku pun dah lama sangat simpan lemak nih..biarkan dia terbakar.


Meneruskan perjalanan


Tunggu kawan yang tertinggal. Sambil-sambil tu berehat lah apa lagi?.......


Yang best nyer masa kembara tu, aku enjoy jer dengan kengkawan. Tak ada pikir apa-apa pun yang menakutkan. Tapi, tiba-tiba.....jeng-jeng-jeng!!!aku nampak...PACAT.
Geli geleman aku. Mula lah rasa tak senang hati. Manalah tau kalau-kalau ada yang dah tersangkut kat baju ker, dalam seluar ker...ishk memang geli lah...





Redah sungai...ni pun best jugak. Lama tak turun sungai. Sungai kat sini cantik dan masih bersih. Lepas dah sampai ke last point, kita orang satu kumpulan makan tengah hari kat tepi sungai...sentimental betullah..aku takkan lupa kenangan nih.. tapi lupa lah nak ambik gambar masa makan tuu...maklumlah, tengah laparlah katakan.

Lepas makan kitaorang balik ke bilik...sampai jer kat depan pintu, ada minah ni suruh kita orang check dalam seluar kalau-kalau ada pacat. Pasal dah ada yang kener..aku dgn liza apa lagi..takut-takut juger..tapi mesti kene tengok juge, bila liza angkat seluar dia..memang betul ada pacat. Aku apa lagi jeritlah...aku bukan apa, akau gelilah tgk benda lembik-lembik nih, hitam pulak tu..gemok giler pacat tu...ishkishkisk aku tak boleh ceritalah aku punyer geli, tuhan jer tahu. Nasib baik aku tak kena....


Hah ni la kawan aku yang nama Liza tuuu...


Memang happy aku kat sini, walaupun kerinduan dengan anak dan suami tu semakin menebal, tapi dengan ada kawan-kawan yang baik, mesra dan menyenangkan...terubat jugalah rasa rindu tu..terima kasih kepada semua.

So, itu ajerlah cerita tentang pengalaman aku masa menghadiri Kursus Bina Negara tu..
Buat kawan-kawan...semoga terus sukses dengan kerjaya masing-masing dan semoga ikatan silaturrahim yang dicipta di sini dapat diteruskan sampai bila-bila.


Nak cakap jugak...aku pun dapat extra kilo masa kat Kem tu...Tak caya tgk gambar kat bawah ni..tapi tak apalah. Yang penting hati ini puas!!!



Ni gambar berhenti makan kat Genting Sempah. Gambar sebelum.


Ini gambar masa kat R&R Temerluh. Gambar selepas. Nampak kan perbezaannya?


Ini jer lah gambar yang sempat aku snap masa kat sana...

1 comment:

Dhevamaalini Murugham said...

hi kak,
ni nak tanya pasal kem btn tu..
saya akan pergi esok..
nak tanya macam mana fasiliti kem..
tempat mandi tu shower asing asing ke mandi berkemban dengan kolah?
tempat tidur dia macam mana?.bilik ke dorm?...
so far ada apa apa penting yang kena bawak ke?..