Saturday, August 30, 2008

Bila Jari Mula Menari 2...



Eh..eh ada sambungan la pulak. Bukan apa, aku rasa tajuk ni macam best jer kan? Betul tak? "Bila Jari Mula Menari" Keyboard ni macam piano, walaupun tak ada muzik tapi alunan rasanya sama rentak dengan naluri aku. Aku boleh tulis apa jer walaupun tak ada topik, lihat jari jemari ni mencari huruf macam satu tarian pulak. Cantik..pergerakkannya. Gerakannya ikut rasa ikut hati.... jom kongsi rasa dengan aku...

Sejak akhir-akhir ni, hati aku berbunga-bunga...rasa macam orang tengah bercinta pulak. Hari-hari berhias, nak rasa cantik jerr...(biar bukan lawa sangat pun, at least tidaklah selekeh). Dulu aku tak kisah sangat dengan penampilan, aku selesa jadi aku. Tapi berbaloi ker kita tetap dengan keselesaan itu tanpa buat apa2 perubahan? Macammana dengan orang yang rapat dengan kita? Selesakah dia dengan keselesaan kita itu?

Sekarang berat aku dah kurang sikit, baju lama pun dah boleh pakai, bila beli baju pun dah boleh yang up to date sikit. Tak adalah macam baju makcik-makcik. Aku baru 28 thun, belum tua sangat pun kan? Husband pun perasan dengan perubahan ini. Nampak dia happy...

Semua orang suka kan yang cantik...aku pun suka sesuatu yang cantik, dan aku sendiri akui aku suka tengok perempuan cantik. Kadang-kadang rasa macam best jer jadi cantik. Semua orang suka, ramai yang sudi nak kawan dengan orang cantik. Kalau yang lelaki confirm nak buat kita kawan, teman dan isteri. Mata aku ni kalau tengok orang cantik mesti tak cukup sekali. Semuanya aku nak tengok, muka dia, ruas tangan dan kaki yang panjang, jari2 yang panjang dan runcing, perut yang flat, kulit bersih tanpa cela atau parut, rambut dia yang lebat ( kalau dia free hair ), cara dia pakai tudung, dressing dia dari kepala sampai kaki pendek kata semualah....( itu pendek yang kata, panjang tak kata apa-apa ). Agaknya sebab aku tak punya itu semua.

Honestly, masa aku jumpa husband aku dulu, aku ni cubby....tapi bila tengah bercinta aku rasa aku betul2 di alam kegembiraan. Bila dating jer, mesti g makan. Tak pernah lah kalau jumpa tu tak makan. Itu agenda wajib. Mesti buat. Sampailah masa aku dapat kerja gomen, lagilah....tak banyak bergerak, duduk jer kat ofis sampai bontot pun kembang sama saiz dengan kerusi.

Masa aku kawin lagi lah bulatnya, aku pun malu nak frame gambar kawin aku...pernah juga terfikir, nanti kalau aku dah kurus, aku nak ambik gambar pakai baju pengantin sekali lagilah...sampai macam tu sekali, aku frust dengan majlis yang aku tak urus persiapannya betul2. Tak macam budak2 sekarang, semuanya teliti dari baju, gambar, konsep sampai cenderahati untuk jemputan semuanya complete. Tapi nak cakap macam mana, masa tu..itu ajalah yang mampu aku buat. Lagi pulak baru kerja, duit bukannya ada sangat, budak sekarang setahun kerja dah boleh buat pinjaman bank, tu yang meriah...tapi nak pujuk hati,..selesai kan ajer yang wajib, lepas ni aku dah boleh tumpu kepada simpan duit dan bina kelurga. Tak payah pening-pening fikir pasal hutang majlis kawin....nanti anak dah keluar 2, 3 hutang tak habis2 lagi.

Aku yang gemok, gemuk, ada beza tak o dan u? Sama jer kot? Itu la aku...

Bila dah kawin, kita tahu husband kita dah terima kita seadanya selain soal jodoh kita yang telah ditentukan Tuhan. Jadi, walaupun husband kita tak pernah complain dengan bentuk badan kita, itu hanya kerana nak jaga hati kita supaya tak kecil hati dengan komen dia dan aku sendiri ingatkan diri aku, baik mana pun dia, dia tetap manusia biasa yang mana akan, kembali kepada fitrah, suka kan yang cantik....yang lain nombor dua.

So, lepas bersalin anak ketiga ni, berat aku turun banyak berbanding anak no1 dan 2. Kenapa? agaknya sebab masa mengandung hari tu aku dikesan ada kencing manis, so aku on diet control...lepas bersalin aku dikatakan bebas dari kencing manis, syukur sangat-sangat, walaubagaimanapun, aku tetap takut...yerlah bila dah gemuk sangat, macam-macam penyakit nak menyinggah, so aku nak ambik kesempatan ini untuk maintain diet supaya berat aku tak naik lagi...

Ada orang bila gemuk dia cantik, tapi untuk aku, bila gemuk aku tak cantik...susah nak dress up, cari baju pun susah, seluar apatah lagi...memang dah banyak baju yang besar-besar sekarang, tapi tak kena dengan selera aku..jadi apa salahnya aku buat perubahan pada diri aku tahun ini.

Aku pun tak nak, kerana badan yang gemuk ini husband aku ada alasan untuk tengok perempuan lain. Kalau perempuan tu kurus, aku boleh usahakan untuk aku jadi kurus,macam yang dia suka, kalau perempuan tu baik, aku akan usaha untuk jadi lebih baik dari dia, kalau dia pandai, aku akan usaha untuk lebih pandai atau sama pandai dengan dia, semuanya akan aku usahakan...tapi kalau perempuan itu lebih cantik dari aku, aku redha....sampai situ ajalah yang aku termampu...

So kawan-kawan yang terbaca blog ni, bagilah semangat untuk aku teruskan diet ni...korang yang kenal aku, mesti tak pernah tengok aku kuruskan? Sebab, aku tak pernah kurus pun,..aku target hujung tahun ni berat aku 60 kg. Harap-harap impian ini tercapai....kalau berjaya nanti aku ambik gambar angka kat penimbang aku tu, aku tampal kat blog nih...

Apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bagi aku tuhan sudah jadikan aku cukup sempurna dan aku bahagia...cantik itu hanyalah kelebihan dari mata manusia, itupun belum tentu menjanjikan bahagia...

Cuma sebagai isteri aku hanya berusaha untuk berikan yang terbaik kepada lelaki yang bergelar suami ini..kerana, membuat dia tersenyum ajer, sudah cukup membahagiakan aku.. Sekian dulu.

Bila jari mula menari.....

Friday, August 29, 2008

Bila Jari Mula Menari...



Dah seminggu rasanya, bila petang jerr hujan. Aku rasa tanah dah tepu dek air sebab tu petang kelmarin di KL dan Kajang banjir...

Keratan akhbar Kosmo 28 Ogos 2008


Macamana tak banjir, tgklah hujan tu. Ini jam 5.30 petang tapi dah gelap macam ni..

Layankannn jerlah jem ni...



Tiga tahun yang lepas semasa aku di Unit Pemantauan Banjir Bahagian Hidrologi dan Sumber Air Jab.Pengairan dan Saliran Malaysia, boleh dikatakan tiap kali hujan lebat dan kemudiannya banjir, kami di unit tu pasti akan sibuk. Itu hujan biasa...bila tiba musim tengkujuh pulak, maka bermalam lah kami mengikut giliran masing-masing. Tapi aku tahun pertama jer stayback lepas dapat baby, yang bujang jer lah kena stayback. Tapi yang paling best, bos dan pengarah aku pun stayback juga.

Laporan hidrologi berkenaan kejadian banjir tersebut mesti dihantar ke Ketua Pengarah dalam tempoh tidak lebih 24 jam. So, jumlah hujan (mm) yang korang baca dlm paper tu , dan aras air sungai atau aras banjir semuanya keluar dari unit ini lah.

Kat unit ni juga ada buat ramalan hujan dan aras air. Biasanya kita orang buat masa musim tengkujuh untuk sungai-sungai di Negeri Kelantan dan Pahang dengan menggunakan model-model hidrologi macam LTF dan Tank Model. ( ceh!aku cerita macam korang paham jer yer...aku pun bukan nya pandai sangat pun..cuma nak kongsi cerita pasal kerja aku ni jerrr..)



Dulu..sebelum aku join JPS ni, aku ingatkan diaorang punya kerja jaga parit, longkang...yerlah dulu nama dia Jabatan Parit dan Tali air, lepas tu Pengairan dan Saliran pulak..so first impression mesti orang ingat kerjanya cuma berkaitan dengan longkang,saliran dan seangkatan dengannya...


Tapi bila aku dah join dengan JPS ni...masyallah, punya lah luas bidang pekerjaannya. Macam-macam ada kat sini. Banyak benda yang aku tak expect ada kat sini. Tiba-tiba jer aku rasa macam tu sekali sempitnya pemikiran aku selama ini. Dan aku rasa fungsi jabatan ini tidak kurang pentingnya dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.



Inilah dia SMART Tunnel. Kauorang dah lalu lum?

Cuma kadang-kadang sedih juga...bila orang tanya aku kerja mana dan aku jawab aku kerja JPS, ada yang blur, macam tak pernah dengar pulak. Padahal dalam berita kalau tengah musim banjir tu, jabatan aku tu lah yang paling glamor sekali. Terowong SMART yang dibangga-banggakan tu keluar dari jabatan ini lah juga.


Sedih betul..sebab negara dah maju, media elektronik dan cetak macam-macam rupa sekarang, rakyat Malaysia, duduk kat Malaysia tapi bila sebut JPS tak kenal, bila sebut Terowong SMART buat muka pelik...itu baru sebut satu jabatan, belum sebut jabatan-jabatan lain, kalau sebut yang lain conpom melongo....

Memang cuma segelintir jer yang macam ni. Tapi honestly orang macam ni memang ada dalam negara kita ni..aku dah jumpa. Agaknya sebab tak suka tengok berita dan membaca. Yang dibacanya majalah hiburan yang suka ambik tau hal kehidupan orang lain yang tak ada kena mengena dengan hidup dia sendiri. ( kahkahkahkah...membebel la pulak..membebel kat sapa pun aku tak tau. Layannn.... )

Dah la...apa yang aku nak cakap, kalaupun korang sedang berbahagia dengan kehidupan korang sekarang, jangan lupa sesekali buka minda, keluar dari kepompong dan lihatlah dunia. Ambil tahu tentang persekitaran korang tapi bukannya sibuk nak tau hal orang. Contoh yang aku bagi tadi tu, cuma sikit jer....bayangkan kalau orang luar yang tanya pasal terowong SMART kalau kita sebagai rakyat Malaysia ni buat muka pelik macam tak pernah dengar, kan ker maluuu, sadisssss betul tak?



oklaa, sampai sini dulu. Sebenarnya, tadi aku tak ada idea nak tulis apa...tapi bila jari-jari ini sudah buka langkah dan menari-nari, rasa macam tak nak stop pula..sampai sini dulu kita jumpa lagi.

Monday, August 25, 2008

Balik Kampung


Hari Sabtu jam 10.30 pagi aku dan family baru bertolak dari rumah mak ( seremban ) ke Felda Sg.Kemahal ( rumah ibu dan bapa mertua ku ). Malam ni ada kenduri arwah. Maklumlah..., kan ker dah nak puasa minggu depan.. insy'allah..

Semalam En.Middy aku tanya, besok pukul 10 pagi boleh gerak ker? Aku angguk tidak, geleng pun tidak. Uruskan budak-budak ni bukannya boleh buat janji. Macam-macam halnyer....tapi ni pukul 10.30 pagi aku dah gerak, kira oklah tuh! Lambat 30 minit jerrr..


My puteries ni sudey merampas kuasa gue...dua-dua tak nak duduk belakang.


On the way ke rumah atuk dan nenek Pahang


Haddy jer lah teman mama kat belakang.

Biasanyer bila balik Kemahal, aku ikut Kuala Klawang. Ikut Kuala Pilah pun boleh juga, tapi ikut Pilah banyak keretalah...kalau ikut Kuala Klawang, jalannya belok-belok tapi tak banyak kereta so, rasalah cepat sikit sampainya..lagi pun bawak budak kecik ni, malas nak lama-lama dalam kereta.

Tak sampai pun setengah jam, semuanya dah pengsan. Hany macam biasa akan mintak aku pangku Haddy pasal dia nak tidur dalam bakul.


Sampai-sampai jer, aku macam biasa mesti nak urus anak-anak dulu. Kali ni tak dapat tolong orang kat dapur sebab Haddy melalak. Papa dia marahkan kakaknya...dia pulak yang sedih. Lama pulak tu nak diam. Nasib baik anak buah aku rajin-rajin so, adalah yang tolong mak mertua aku kat dapur.


Makan tengahari lauk kobis masak lemak putih, sambal belacan dengan ikan goreng. Layannn...tengah lapar la katakan. Tapi yang syok sekali sebab tinggal makan jerr...semuanya siap dihidang.
Siap jer kitaorang bersantap, lebih kurang pukul 2.30 petang, orang-orang blok yang perempuan dah datang nak tolong masak ( jawa cakap 'rewang') untuk kenduri malam ni.



Buah tembikai, agar-agar, gulai nenas ikan masin, asam pedas ikan tengiri, sambal goreng sayur (jawa style) dan ayam goreng...nyum..nyum menu kenduri malam tu. Tapi aku tak sempat nak ambik gambar. Gambar yang ada ni pun, sebab ada yang nak try camera pada handphone aku tu.


Atas ni gambar tengah bungkus 'berkat' untuk orang-orang yang rewang petang tadi. Nampak tak aku kat mana? Lelaki yang dok bersila tu, pegawai pemerhati tak bertauliah...En. Middy aku la tuuu.
Pukul 11.00 mlm semuanya dah settle.


Kek apa pulak nih?


Semalam, ada yang berhajat nak sambut birthday ahli family yang lahir bulan Ogos ni..kebetulan ramai yang lahir bulan ini. Aku dan anak buah aku Aulia lahir 15 hb, Alesya 21hb, Epis adik ipar aku 27 hb dan bapa mertua ku lahir 28 hb.




So aku dan En.Middy aku gi la cari kek kat pekan Kemayan. Sebelum tu aku dah berangan nak makan blueberry cake yang aku cerita dulu...tapi Kemayan ni pekan koboi la katakan satu jer pun kedai kek yang ada tu pun namanya KEDAI KEK MENTAKAB...macam mana boleh jadi Mentakab pun tak tau lah so, terima jer lah apa yang ada...yang aku beli ni Tiramisu Blueberry regenyer RM50 sekilo.



Mahal ker tak mahal aku pun tak tau...rasanyer kira ok la jugak. Anak aku suka, kira sedaplah tu.




Ahad 24 hb Ogos 2008. Semalam ingatkan nak potong kek, tapi semuanya dah kenyang makan lauk kenduri, so tunda la ke hari ini. Yang sibuk sangat nak potong kek tu anak akulah sapa lagi? Tiap-tiap bulan hari jadi dia. Tiap-tiap bulan mintak beli kek.


Nanti mama belajar buat kek lah yer..papa pun dah bising pasal oven yang mama beli raya tahun lepas, baru sekali jer pakainyer.


Beria-ia dia makan kek tu..."ma sedap maa..."







Pukul 4.00 petang barang-barang yang nak bawak balik semuanya dah siap. Aku dan anak-anak pun dah siap. Tapi...


Hujan selebat-lebat alam...malas lah pulak nak kuar rumah hujan-hujan ni...sebab ada baby kecik. Takut terkena tempias hujan.

En.Middy dan puteries kesayangannya yang tertidur....

"Maa...sejuknyer maaa..banyak angin duduk kat sini" ( mana tak sejuknyer..duduk kat tingkap)

Kereta kesayangan hamba...

Mama dan Haddy...

Last-last pukul 6.45 petang juga kami bertolak....

Sampai Seremban rumah mak aku lebih kurang pukul 8.00 malam,

Bertolak ke Puncak Jalil pukul 9.30 malam

Sampai rumah, aku pun tak tau bila, pasal aku tidur....kesian En.Middy aku bawak kereta sorang-sorang...

Friday, August 22, 2008

Breast Feeding


Penuh dengan kasih sayang....

Ni cerita semalam. Aku tak sempat nak taip, tapi tak apalah, taip hari ni pun ok jugak kan?...

Sekarang ni asal petang jer mesti hujan. Lebat pulak tu. Sebab tu la orang guna kereta kot. So time balik kejer mesti jem. Walaupun hari-hari biasa laluan aku tu memang jem, tapi bila hujan dia jadi luar biasa.

MRR2 dekat susur Taman Connought..kalau jem kat sini kalau bukan excident, mesti air bertakung kat Bandar Tasik Selatan tu..




Traffic light kat Technology Park Malaysia.

Planning aku balik kerja ni aku nak gi beli breast pump. Rodzy lah yang dok promote benda alah ni. Menyahut kempen pemberian susu ibu secara exclusive kpd baby. Mula-mula aku tak kisah sangat, sebab bila aku di rumah aku masih menyusukan Haddy dengan susu badan. Cuma kat nursery jer aku bawakan susu formula. Tapi bila pergi kursus 5 hari tu, aku asyik perah dan buang, lama-lama susu aku hampir kering. Kan ker konsep penyusuan susu badan ni " Ada permintaan, ada pengeluaran" tak ada permintaan so tak adalah pengeluaran...


illustrasi

Disebabkan aku masih nak beri Haddy susu badan, so korban lah sikit duit untuk beri yang terbaik kepada dia. Rasa menyesal pun ada juga, sebab tak beli pump ni sejak anak pertama lagi. Tapi tak perlah...sekurang-kurangnya kita tak ulang kesilapan yang sama. Hidupkan mesti lebih baik??


Haa..nilah dia nama kedai yang aku nak gi beli breast pump tu. Kedai ni kat Seri Kembangan dekat dengan Pasar Borong Selangor. Kalau kauorang nak g tengok apa yang ada kat kedai tu, try layari http://www.momslittleones.com/ bila tgk map nak g kedai ni, ropa-ropanya dekatlah sangat dengan rumah aku. Tu yang aku boleh pergi sendiri tu.
Aku sampai kedai tu lebih kurang jam 6.45 petang, sampai-sampai budak yang jagakedai tu tengah terkial-kial nak bukak pintu. Dia part time kat situ. Budak yang biasa jaga kedai cuti hari ni. Setengah jam jugak lah aku tunggu...tapi budak tu ramah, so tak lah boring sangat.


Naik jer suprise juga tgk kedai nih, tapi dalam masa yang sama kagum pun ada jugak. First sebab yang aku tau, owner kedai ni Perempuan Melayu. Kedai ni simple jer, tapi ramai pelanggannya. Itu yang datang kedai, yang beli secara online tak tau lagi. Barang kat sini boleh dikatakan mahal-mahal juga. Tapi bila ramai orang yang beli, so pikirkan lah sendiri kualitinya...





3 keping jer sempat snap, tapi bolehlah beri gambaran keadaan kedai tu kan?

Breast pump yang aku beli tu nama nya Spectra 3 Electric Breast Pump kalau beli mechine jer harganya RM368, tapi for sure yang kita nak pakai bukannya mechine tu jer. Banyak lagi accersories nyer...so belilah pakej nyer yang dia panggil Extravaganza Spectra 3.


Dalam pakej ni kita akan dapat

- pump motor/body

-1 botol susu biasa complete dengan tapaknya

-12 botol untuk simpan susu

-2 corong dan 2 tiub

-Moms Precious Smart Pack ( beg ) siap dengan pelindung hujan

dalam beg ni, ada satu cooler beg dan 3 reuseable ice packs


Inilah dia complete set pakej yang aku dapat tu....

Sempat lagi menggayakan smart packs ni....jangan ketawa key...semuanya kerana semangat berblog nih!


Nak tau tak harga nyer berapa??

Rege untuk pakej ni RM 570.50

Ada lah pulak 50sen yer?

Yang jaga tu budak part time kan, so aku pun malas nak mintak kurang. Aku tengok dia buat kerja pun, dia dah gelabah semacam. Asyik mintak maaf jerr, kesian pulak. Apapun, dia layan customer bagusss....Nama dia Ayu. Thanks Ayu.

Sampai rumah sikit lagi nak pukul 8 malam. Mandi, siapkan diri tengok berita sambil pump susu...15 minit aku dapat 1 botol susu lebih kurang 4oz. Okey lah tu...

PUASNYER HATI INI.... TUHAN AJER YANG TAHU.


Thursday, August 21, 2008

Hadiah Hari Jadi


Hari ini usia aku 28 tahun 6 hari...apa yang bestnyer hari ni?

Haaa....yang bestnyer, aku baru dapat hadiah dari en.middy aku..Perfume jenama apa, tak sempat nak tengok tapi yang pastinyer harumannya aku suka.

Aku tak adalah pulak bayangkan yang en.middy aku nak bagi present, sebab hari tu aku dah dapat present perfume jugak masa dia balik dari Jakarta haritu...lagipun, dah enam hari berlalu..

Suprise lah jugak...tapi tak berapa nak exitedlaaa, sebab semalam aku panas hati dengan en.middy aku yang balik lambat. Aku rasa panas semalam tak sejuk lagi kotttt? Sebab tulah tak berapa nak exited.

Cantik tak???

Bukannya tak biasa dia balik lambat...Apa yang buat aku marah sangat pun aku tak tahu, sampaikan aku tak boleh nak senyum lagi....seolah-olah present tu tak boleh nak pujuk marah ini..

Apa-apa pun, aku hargai dan terharu sebenarnya dengan apa yang dia buat...tak sangka dia ada usaha juga nak buat aku tersenyummm...thanks papa..

Aku harap sebelum petang ni, aku dah coolllll...taknak lah balik masam-masam muka. Lagi pun aku sendiri tak tau apa yang buat aku marah sangat nih. Ngade-ngade jer lebeh..


Wednesday, August 20, 2008

Kongsi Rasa


Tak tau nak bagi tajuk aper...cuma nak kongsi rasa..

Sebelum pergi kem hari tu, kan aku ada buat suprise utuk hubby aku...dan, hasilnyer...

AKU BERJAYA!!!!!

Tapi aku nak kongsi cerita disebalik kejayaan aku tu, ada 2 hal yang terjadi. Nyaris-nyaris...

Satu

Hubby aku tak pasti dia nak guna kereta yang mana satu. Kejap cakap nak pakai kereta ni, kejap cakap nak pakai kereta lagi satu. Aku takut jer, besok aku letak elok2 kat kereta ni, kang dia nak pakai kereta yang satu lagi.

Dua

Lepas balik dari S'ban hantar anak, aku sibuk packing barang nak bawak pergi kem. Yang dia pulak dah naik bilik. Aku bukan apa, aku takut giler kalau-kalau dia bukak komputer. Sebab rancangan aku tu aku dah tulis dalam blog nih. Perrh... suspen gilerr...aku cakap kalau dia bukak blog nih, confirm tak akan ada suprisenyer besok. Makan jer la coklat tu malam ni juga.

Tapi nasib menyebelahi aku....aku berjaya buat dia tersenyum. Dan yang paling best bila dia kata 'geram sangat kat mama...lepas bagi bunga mama hilang lima hari' dan nampak sangat dia excited sebab first time dapat bunga.

Aku lagilah excited....kiranya misi aku tu berjaya.

So Disember ni birthday dia pulak. Suprise apa la pulak aku nak buat lagi????

Kursus Bina Negara


Hari ini baru rasa selesa nak menulis dan bercerita tentang kursus yang aku hadiri hari tu. Kursus Bina Negara 5 hari yang di adakan di Maran Pahang.

Terus terang aku cakap, aku pergi dengan perasaan terpaksa...semuanya sebab rasa malas nak buat aktiviti-aktiviti yang aku dah boleh agak.Pakai uniform lagi. Macam budak-budak sekolah. Lagi satu, bila cakap jer kursus bina negara, orang-orang yang dah pergi selalu cakap kursus tu teruk,semuanya kena cepat,nak mandi pun tak sempat, kena train macam askar lah, fasilitatornya garang-garang lah...macam-macam lagilah. Lebih-lebih lagi bila rasa umur dah banyak ni,disertakan lagi dengan pakej badan yang tak berapa nak fit ni...letih jer rasa bila tau ada aktiviti-aktiviti kecerdasan. Malasss mak tau!

Perjalanan dari Ampang ker Maran lebih kurang 3 jam. Tapi aku rasa kalau naik kereta, mesti kurang dari 3 jam. Biasalah kan...bila dah berhenti kat R&R tu, bukannya boleh 10, 20 minit. Paling tidak, setengah jam sudah tentu...kurang tak da..lebeh ada.


Tengah pikir nak makan apa pulak. Tadi kat Genting Sempah kitaorang dah makan nasi lemak.


Akhirnya keli masak sambal dan kobis masak lemak putih ini menjadi santapan gue..


Ni seangkatan juga ni...dari kiri ayu, kak eja, siken dan kak sham


Tapi semua tu masa belum sampai....
Bila dah sampai sana, masa mendaftar lagi aku dah dapat rasa yang aku akan selesa kat sini. Fasilitator yang menguruskan pendaftaran semuanya nampak ok.Dan ternyata aku selesa sampai hari terakhir. Khabar-khabar yang aku dengar sebelum aku pergi tu,SALAH LANGSUNG!!!!


Gambar atas dan bawah : Sesi pendaftaran




Pendapat peribadi aku, tenaga pengajar kat sini faham dan fokus tentang tujuan kursus ini diadakan. Memupuk semangat cintakan negara.Kerana semangat cintakan negara itu hanya di mulut, tetapi apa yang kita buat untuk kita tunjukkan kita cintakan negara ini?

Macam aku sendiri, pasal sejarah negara pun banyak yang kantoii...tapi kat sini aku didedahkan dengan cerita wira-wira negara dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berusaha keras, berkorban sehingga titisan darah yang terakhir semata-mata untuk mempertahankan bumi Malaysia ini.Isu-isu perkauman yang perlu dipandang serius dan bentuk-bentuk ancaman dari dalam dan luar negara yang perlu disedari agar dapat memastikan bahawa kita masih ada negara.( Ceh..ceh..ceh serius kan? tapi seriusly itu yang aku dapat kat sana...berkobar-kobar!! kira berjayalah fasi-fasi aku tu..).


Lagi satu nak bagitau kat korang atau sesaper jerlah yang terbaca laman ni,..kalau ada orang bagi cd free cerita Hati Malaya tu kat aku, aku percaya entah bila la aku nak tengoknyerr...ataupun aku tak akan tengok.


Tunjang utama filem Hati Malaya



Tapi kat sana selepas solat solat subuh, filem Hati Malaya tu di buat pengisian tazkirah. Aku cakap dengan korang...lepas tengok cerita tu, aku rasa nak cari satu yang original untuk aku simpan supaya aku boleh tunjuk kat anak-anak aku nanti macam mana negara ini mencapai kemerdekaan. Memang diaorang akan dapat info tu di sekolah...tapi dengan menonton filem ia salah satu pendekatan yang berbeza. Filem tu tak dinafikan ada kekurangan dari segi fizikal tapi...pada aku, isi cerita itu yang betul-betul penting dan sampai kepada penonton.


Ok, cukup cerita Hati Malaya.



YumYum....best giler kalau dapat blueberry cheese cake nih



15 Ogos 2008 Hari Jumaat - Birthday aku. Tahun ni tak sambut lah...sedih la pulak. Tapi yang buat terubat tu...kawan-kawan baik ramai yang ingat birthday aku. Tak ada hadiah, tapi dengan sms jer aku dah cukup senang hati...




Dalam dewan semasa menunggu penceramah pembentangan kertas kerja. Skema kan? Pakai baju sekolah.



Aktiviti seterusnya aku kat sana, banyak perbincangan dalam kelas. Aku tak boleh cerita kat sini sebab dah janji..cerita dalam kelas, habis kat kelas aje..tak boleh bawak keluar.



Gambar atas dan bawah : Sementara menunggu yang lain untuk aktiviti riadah





Riadah. Fuhhh!!! Giler wei...kitaorang kena lari 2 km pergi balik dalam ujian kecerdasan. Lari baru 20 tapak,aku dah pancit...berat betul badan nih. Tak cukup nyawa aku dibuatnya. Besok tu bangun dari tidur, tegang giler urat peha..


Menara ini ketinggiannya lebih kurang 40 kaki




Besoknya aktiviti riadah kitaorang lebih mencabar..nampak tak menara kat atas tu...first time aku buat benda tu...apatah namanyer aktiviti tu, tak ingatlaa....tapi yang aku tau, kita oarang kena turun dengan menggunakan tali. Gayat gilerrr...sampai bawah aku rasa macam tak leh nak jalan. Menggigil lutut...perrrh aku kagum, kagum dengan diri sendiri, macam tak cayer jer aku boleh buat benda ni.


Gambar atas dan bawah : Ni lah group aku..kumpulan 1 sedang makan berjemaah


Yang best jugak kat sini ialah MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN!MAKAN! 6x makan sehari. Bayangkan? Memang burst lah aku punyer diet...balik-balik naik 1 kg lebih siut...macam mana tak naik, biskut kering pun rasanyer macam sedap sangat kat sana. Agaknya sebab penat dan lagi satu, makan beramai-ramai. Tu yang selera agaknya.

EXAM
Bukan gambar sebenar...tak ada sapa nak tolong ambik gambar exam hari tu.. lebih kurang macam nilah keadaanya.


Hari akhir aku kat sana,kita orang akan diuji dengan UJIAN. Objektif jer, tapi kalau tak betul-betul,confius jugak pilihan jawapan yang diberi tuh.Alhamdulillah aku rasa aku boleh jawab...

Kembara. Hah ni lah aktiviti akhir yang kitaorang dok teryanya-tanya. Macam manalah rupanye KEMBARA tu?


Bersiap sedia untuk memulakan kembara...Kumpulan 1. Meh aku kenalkan sorang-sorang..dari kiri, aku lerr..lim bee ling, kak sarah, azri, epy, reza, hasry, wan, adha dan yang paling comel dalam kumpulan ni nawawi.


Memulakan perjalanan...blog punya pasal belum pun keluar dari kem tapi dah sibuk bergambar..


Legaaaa...sampai jugak kat tanah landai...perrrh tinggi giler bukit nih.


JUNGLE TREKING...fuhhh..gilerr aku cakap korang..punyerlah tinggi bukit tuu..menegak pulak lagi..Memang mencabar...berpeluh-peluh..tapi aku suker sangat. Aku pun dah lama sangat simpan lemak nih..biarkan dia terbakar.


Meneruskan perjalanan


Tunggu kawan yang tertinggal. Sambil-sambil tu berehat lah apa lagi?.......


Yang best nyer masa kembara tu, aku enjoy jer dengan kengkawan. Tak ada pikir apa-apa pun yang menakutkan. Tapi, tiba-tiba.....jeng-jeng-jeng!!!aku nampak...PACAT.
Geli geleman aku. Mula lah rasa tak senang hati. Manalah tau kalau-kalau ada yang dah tersangkut kat baju ker, dalam seluar ker...ishk memang geli lah...





Redah sungai...ni pun best jugak. Lama tak turun sungai. Sungai kat sini cantik dan masih bersih. Lepas dah sampai ke last point, kita orang satu kumpulan makan tengah hari kat tepi sungai...sentimental betullah..aku takkan lupa kenangan nih.. tapi lupa lah nak ambik gambar masa makan tuu...maklumlah, tengah laparlah katakan.

Lepas makan kitaorang balik ke bilik...sampai jer kat depan pintu, ada minah ni suruh kita orang check dalam seluar kalau-kalau ada pacat. Pasal dah ada yang kener..aku dgn liza apa lagi..takut-takut juger..tapi mesti kene tengok juge, bila liza angkat seluar dia..memang betul ada pacat. Aku apa lagi jeritlah...aku bukan apa, akau gelilah tgk benda lembik-lembik nih, hitam pulak tu..gemok giler pacat tu...ishkishkisk aku tak boleh ceritalah aku punyer geli, tuhan jer tahu. Nasib baik aku tak kena....


Hah ni la kawan aku yang nama Liza tuuu...


Memang happy aku kat sini, walaupun kerinduan dengan anak dan suami tu semakin menebal, tapi dengan ada kawan-kawan yang baik, mesra dan menyenangkan...terubat jugalah rasa rindu tu..terima kasih kepada semua.

So, itu ajerlah cerita tentang pengalaman aku masa menghadiri Kursus Bina Negara tu..
Buat kawan-kawan...semoga terus sukses dengan kerjaya masing-masing dan semoga ikatan silaturrahim yang dicipta di sini dapat diteruskan sampai bila-bila.


Nak cakap jugak...aku pun dapat extra kilo masa kat Kem tu...Tak caya tgk gambar kat bawah ni..tapi tak apalah. Yang penting hati ini puas!!!



Ni gambar berhenti makan kat Genting Sempah. Gambar sebelum.


Ini gambar masa kat R&R Temerluh. Gambar selepas. Nampak kan perbezaannya?


Ini jer lah gambar yang sempat aku snap masa kat sana...