Wednesday, June 8, 2011

Kisah "AKU NAK KURUS"

Tadi ada baca blog member aku. Namanya suzana.Ceritanya pasal nak kuruskan badan.

So, tetiba aku pun rasa cam nak cerita salah satu tajuk paling penting dalam hidup aku adalah kisah NAK KURUS.

Aku ni dilahirkan dengan berat badan lebih kurang 8 paun. Lebih kurang 3.6kg. Mak aku cakap, punyalah susah nak keluarkan aku, dah lah mak aku tu tak berapa nak besar. Pulak tu sakit nak bersalin lama pulak...ermm..Anak-anak aku pun semuanya 3kg lebih juga, so aku rasa aku tau mcm mana keadaan mak aku masa tu. Harap-harap aku ni anak yang baik2, walaupun aku dah susahkan mak aku 31 tahun yg dulu. Thank you Mak!

Ok,so memandangkan berat lahir jer dah dkt 4 kg, diberi pula susu ibu dan makanan yang baik2 dari sumber yang baik2, maka aku pun terus membesar...dari kecik sampai habis sekolah, lum pernah lagi orang nak kata
" eii idut dah kurus lah" lum pernah k!

Yang biasa aku dengar
" eiii...idut ker tu? besarnya ko...dah kalah emaknye.."

tak pun ayat yang cenggini ( ni kira ayat paling kurang ajor )
" ni cik yah bagi makan nasi ker, bagi makan dedak nih?"

Masa tu aku sekolah lagi, kiranya semua orang pikir arhh..aku budak-budak lagi.
Yang diaorang tak pikir adalah...budak-budak pun ada perasaan beb, bukannya kayu!

Berat dari lahir sampailah form 5 tak pernah turun. Lagi pun masa tu berat badan bukanlah benda yang aku nak kisah sangat. Agaknya sebab aku tak der boyfriend kot. Lagipun masa tu belum tau melawa. Baju pun, baju kurung always dan kalau seluar pun, tracksuit dgn t-shirt. Maklumlah baju kurung dah tentu2 jahit ikut ukuran badan, tracksuit dan t-shirt pun jenis pakaian yang selesa-selesa...so sebab tu tak rasa susah nak cari baju. Lagipun masa tu kan belaja lagi mana ada duit.
Aku lum pernah lagi pasang angan-angan tuk pakai itu ini tapi dengan guna duit mak pak aku.

Tapi bila habis jer sekolah, aku g kerja kilang.
Bergaul dengan orang yang lebih tua.
Baru nampak dunia. Rasanya macam pandangan tu dah cukup luas,
tapi aku tak tau yang sebenarnya aku baru keluar setapak je dari dalam tempurung.
Dunia ni teramat lah luasnya..seumur hidup pun takkan mungkin habis kita jelajah.
Seumur hidup pun belum tentu kita boleh kenal manusia-manusia yang ada disekeliling kita.

Masa kerja kilang nilah, ada sedikit perubahan dalam hidup aku..
Aku mula perhatikan orang.
aku perhatikan perwatakan dan
aku perhatikan penampilan.
Dan sebagai manusia biasa aku mula meniru sikit-sikit mana yang aku berkenan.

Masa ni lah baru aku sedar, gemoknya aku.
Ada duit pun tak guna, sebab bila nak beli baju yang cantik2,
semuanya saiz kecik. Walaupun saiz yang kat leher baju tu tulis XXL,aku rasa saiz sebenarnya macam M jer..yang M lagilah kecik.Susah, memang susah sangat nak cari baju.

Itu cerita baju.
Tinggi aku 160cm.
Tang peha dan bontot adalah part yang paling menyusahkan hati aku.
Ukur lilit pinggang aku 30 inci. Tapi aku kena cari seluar bukan ikut saiz pinggang, tapi ikutlah mana-mana seluar yang boleh muat masukkan peha dan bontot aku tu. Tak cantik sangat-sangat.

Seingat aku, masa aku kahwin, adalah kemuncak badan aku yang paling gemok.
Orang bila nak kawin, jaga badan.
Aku pun cam tu juga..bukan tak risau.
Macam-macam yang aku cuba.
Teh lah, pil lah..dari yang murah sampai lah yang mahal.
Tapi,haremmm...tak berkesan langsung.

Mak risau giler takut mak andam tak ada baju saiz aku.
Mak pulak bgtau kat mak andam yang aku ni gemok gedempol agaknya masa tu, dah Mak andam tu pun risau juga.
Akhirnya mak andam yang aku tak kenal tu pun tawarkan diri nak jahitkan baju baru untuk aku.
Tapi memang koboi lah,
Mak andam cuma call aku tanya ukuran bahu berapa, dada berapa, pinggang berapa...
Sekali dah siap...erkkk! Pakai jer lah..
Bila tgk gambar kawin tu sekarang, macam tak percaya itu aku.

Lepas kawin, aku ada pasang satu niat
" lepas kawin aku nak jaga badan balik. kalau berjaya, aku harap itu hadiah untuk en.middy sebab terima aku jadi isterinya even aku gemok gedempol dan tak lawa sungguh masa tu. Hadiah juga untuk dia sebab sudi bersanding dengan aku di atas pelamin dengan keadaan aku yang sebegitu rupa".

alhamdulillah,
lepas bersalin anak pertama, berat aku turun bawah 80kg.
Tak lah kurus, tapi taklah gemok sangat.

Seterusnya aku try maintain untuk tak naik berat sehingga 80kg kalau aku tak mengandung.

Paling best sekali ( best ke? )lepas bersalin anak ketiga, berat aku naik dari 72kg ke 82kg. Tapi mujur aku jumpa member yang ada masalah berat badan lepas bersalin.
Dia lah yang ajak aku g klinik jumpa doktor.

Kalau sorang-sorang, maunya aku pergi? Mungkin tidak.
Tapi aku rasa aku bertuah juga sebab aku pergi klinik yang doktornya pun pentingkan kecantikan. ( kiranya doktornya pun jenis yang jaga badan ).
Cer bayangkan, kalau aku g mintak nasihat pasal penurunan berat badan pada doktor yang terang-terang tak jaga badan...macam mana?
Mesti doktor tu meluat jer kan tgk aku?
Silap2 dia kata aku perli dia pulak. Haahaha...

Cuma aku nak kata aku bernasib baik jumpa orang yang betul.
First, dia periksa tekanan darah, jantung dan yang berkaitan. Sejarah perubatan cthnya, sejarah penyakit keluarga senuanya dia tanya.
Dia bagi menu yang perlu aku ikut.

Dr. tu selalu bagi semangat.
Dan kawan aku tu juga sebenarnya yang membakar semagat.
Mana tidaknya, dua minggu pertama, berat aku turun dua kg sama mcm dia.
Dua minggu yang ke dua, aku turun lagi dua kg, dia pulak boleh turun lima kg.
Siapa tak tercabar beb...
Masuk dua minggu ketiga, berat aku stagnant. Tak naik tak turun.
Dr pun tanya " awak ada ambil perancang "
"ada, injection 3 bulan sekali"
"cuba awak stop dan gantikan dengan pil. saya syorkan pil Yasmin"

Aku pun try, dan sehingga genap tiga bulan, aku berjaya mencapai berat sasaran doktor iaitu 67kg. Alhamdulillah. treatment tu memang cuma tiga bulan. doktor tu tak nak kami bergantung dengan ubat terus menerus. Apa saja yang diambil berlebihan akan memudaratkan.

So cabaran adalah sangat-sangat hebat.
Tapi seumur hidup aku, itulah saat yang paling best.
Sehingga aku sedar, berat 60kg untuk aku...aku akan nampak terlalu kurus.
Masa berat aku 70kg pun aku dah tak boleh duduk atas lantai.
Inikan pulak 60kg.
So, pada pendapat aku, BMI tu sesuai untuk sesetengah org jer.

Habis treatment aku mula berjinak-jinak dengan GYM. Bukan angkat berat, cuma buat senaman yang ringan-ringan macam berbasikal, berlari, berjalan atas treadmill dan senaman naik tangga. Seminggu 3 kali,1jam setengah setiap sesi. Badan memang fit. 6 bulan aku maintain dengan rutin tu.

Baju saiz 46 terus tak leh pakai.
Beli baju saiz 40 paling besar pun 42.
Dah tak tgk dah baju saiz XL.
Baju dah tukar saiz ke L atau M ikut cutting.
Seluar saiz 36 tukar saiz 30 atau 32.

Walaupun berat aku tak cecah 65kg, tapi aku rasa dah cukup selesa.
Ada juga yang tanya, aku sakit ker? Sebab muka dah mula cengkung sikit.
Tapi tak perlah yang penting aku sehat.

Oklah tu cerita yang best...nanti aku sambung lagi cerita pasal NAK KURUS ni....yang terkini pasal berat badan aku sekarang.

5 comments:

Lily said...

takper idut...lepas bersalin nih...ko diet la kaww2....hihihihih

beloved said...

yer..mesti kena pantang betol2.

momsforreal said...
This comment has been removed by the author.
momsforreal said...

Jumpa dr kat mana ye nak kurus tu. Saya nak try la.

Unknown said...

Awk mkn pil Yasmin brp bulan boleh kurus?