Thursday, June 9, 2011

Nak Kurus Part 2

Sambung lagi..part 2 ni cerita yang tak best pulak.

Bulan 6 tahun 2010 aku dapat berita gembira. Naik pangkat. Dari J29 ke J36. Iaitu dari Penolong Jurutera naik ke Penolong Jurutera Kanan. Dan aku pun dah maklum sangat, bila naik pangkat, confirm kena tukar tempat kerja. Dari Putrajaya aku ditukarkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Maka mimpi ngeri pun bermula...jeng..jeng..jeng..

Sejak tukar tempat kerja, jadual aku totally berubah. Masa banyak betul dalam kereta. Aku kepenatan. Keluar gelap, sampai rumah pun dah gelap. Tak ada lagi senaman apatah lagi GYM.Sampai je rumah terus masak, uruskan diri sambil tunggu en.middy balik. Makan malam pastu siapkan keperluan anak dan suami untuk esok, urus rumah dan tidur. Perkara tu mula jadi rutin aku sekarang, sampai sedar tak sedar, dah dua bulan aku tak ambil pil peracang aku.

Dan dalam dua bulan tu jugalah berat aku naik 10kg. Memang sedih. Sedih sebab tak berjaya nak maintain berat. Kalau nak diikutkan, aku still control makan, tapi aku tak tolak kalau sebab-sebab kenaikan badan ni adalah kerana aku terus stop senaman dan kesan dari dah tak ambil pil perancang tu lagi. Makan apa semuanya tersimpan jadi lemak. Doktor pun nasihat kalau boleh carilah masa untuk bersenam.

Masuk bulan ketiga aku kat KL ni, berat dah cecah 83kg. Akhirnya aku ambik keputusan nak mengandung. Pada aku lebih baik aku gemok ada isi, daripada gemok saja-saja dan badan gemok sebab lemak.

Bulan 12, 17 hb, merupakan 1st day last period aku dan aku dengan sendirinya mengesahkan bahawa aku dah mengandung bila pregnancy test aku adalah positive. Anak dah tiga, tak yah buang-buang duit g klinik sebab nak sahkan mengandung je. Buang duit.

Berat aku maintain 83kg dari bulan 12 sampailah bulan 4. Maknanya sepanjang tempoh kehamilan aku berat aku tak naik. Tapi masuk jer bulan ke5 kehamilan, berat aku naik 2.5kg, so sekarang berat aku adalah 85.5kg. Dan ini adalah sejarah kehamilan aku yang paling berat. Sejarah mengandungkan ketiga-tiga anak aku yang lepas, berat yang paling berat adalah 86.00kg last timbangan sebelum masul labor room untuk melahirkan haddy. Sekarang ni baru 6 bulan, berat dah cecah 86kg.


Ini gambar hari ini. 9 Jun 2011



Risau aku dibuatnya. Selera pun makin bertambah.
Pagi nasi, lunch nasi dinner pun nasi.
Bila difikirkan memang ngeri, tapi bila time nak isi perut, ngeri kemana, diet apatah lagi?

Sekarang, aku cuma berharap supaya berat tak naik lagi dan betul-betul harap bulan Ramadhan akan datang ni dapat kawal kenaikan berat badan ni. Mudah-mudahan.Insyallah..aku betul-betul harap, aku sehat dan baby pun sehat juga.

So buat suzana jangan sedih-sedih. Orang paham perasaan jana tu, tapi buatlah benda tu sebagai pembakar semangat dan jangan putus asa, sebab cabaran yang paling besar dalam menurunkan berat badan ni adalah macam mana cara nak kekalkan berat yang dah kita capai tu. Itu sebenarnya cabaran untuk kita.

Memang jeles sangat-sangat dengan orang yang metabolismanya tinggi. Sebab tu diaorang boleh makan banyak, tapi badan tak naik. Orang jenis kita ni, makan sikit naik, makan banyak lagilah naik.

Masa proses turunkan berat badan, kita tahan nafsu, kita seksa batin dan kehendak, semuanya sebab ada sasaran. Tapi bila sasaran dah dicapai, biasanya kita akan bagi kelonggaran pada diri sendiri, contohnya..
"ala rasa sikit je"
"kalau aku tak makan pun,. bukan boleh turun sekilo pun"
"ala...bukan jumpa selalu benda nih"
"orang belanja beb, rugi tak makan"

Tak salah sebenarnya, tapi kena ingat-ingat selalu. Seksa nak turunkan berat badan ni. Hanya orang yang alami jer tau..dugaan demi dugaan. Sabar ajelah.

Aku nak kurus bukan sebab nak nampak cantik ajer, tapi aku nak kurus sebab aku nak sehat. Aku nak kurus juga sebab aku tak nak mengeluh bawak badan sendiri dan aku nak kurus sebab aku tak nak susahkan orang nanti.

Semoga aku dapat kuatkan tekad dan azam untuk berusaha kuruskan balik badan lepas aku bersalin nanti.
Dan jana, orang doakan jana dapat apa yang jana hajatkan dan semoga kita boleh berkongsi mana-mana yang baik untuk cita-cita kita ini.
Gud luck to you!

2 comments:

Unknown said...

syida...tima kasih bg jana semangat...nak nangis pulak bila baca entry ni...terharu..susah nak jumpe kawan yang susah sama2 ni...bila time kita susah atau ada masalah dia bg semangat...kawan suke banyak..time suke hmm ramai jer...time kita ada masalah semua lari.... mmg susah betul nak kuruskan badan kan...kalau nak gemukkan hmm senang jer..tak sangka syida amek keputusan mengandung terus ek hehhehe..jana lom terpikir bila tah nak tambah sorang lagi angkatan tentera kat umah tu hhuhuhuh....pasal nak kurus ni kan org yg baca blog jana jer tahu jana tgh amek jus mate ni...jana berazam nak kurus masa raya ni...sbb balik jer kampung jumpe sedara mara semua cakap jana gemuk.....mula2 dulu ok tapi lama2 asik itu jer dorang cakap emm lama2 tension n menyampah lak hahahhaah...so mesti kena kurus jugak nih..ape2 pun thanks syida...bagi jana semangat dan berkongsi cerita...

beloved said...

sama-sama jana,orang yang alami jer tau dan faham...teruskan usaha ok!